Monday, December 28, 2009

Cuti-cuti Malyasia ( Kuala Terengganu )

Dah lama xupdate blog saya..1st saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 1431hijrah.selamat tinggal tahun 2009 dan selamat datang tahun 2010.semoga tahun baru ni lebih baik dan azam yang kuat berbanding tahun sebelumnya..

Pada 21.12.09 saya bertolak ke Kuala Terengganu dengan menaiki bas SANI ekspress dari Hentian Putra. Bertolak dari Hentian Putra pada pukul 10malam. Tapi sebelum berangkat ke Kuala Terengganu saya terlepas bas hanya beberapa saat. Pada ketika itu,perasaan saya mula jadi cemas dan panik. Maklum la takut xlepas ke Kuala Terengganu. So,saya cepat pergi ke kaunter Sani Ekspress..Allah s.w.t. menguji keiman saya..saya banyak bersabar..berserah kepada Allah s.w.t..tnya pada akak kaunter.macam mana ni,bas saya dah terlepas.Dia cek dalam komputer.Bas pukul 10.30 sudah penuh.Ya Allah,saat pasa ketika itu perasaan menjadi xmenentu.minta tolong abg bas.Abg drebar bas tu cakap tumpang dia,sebab bas dia nak pergi ke Kota Bharu.akak kaunter bas tadi dah kontek bas yang sepatut saya naik. Lepas tu saya tumpang naik bas ke Kota Bharu.. Semua Bas Sani Ekspress berhenti di stesen minyak di Gombak. Dalam hati ni bercakap sempat x aku dapat bas tu semula..dah la duduk dalam bas tu xdiam dibuatnya..abg drebar bas tu buat lawak,pe salahnya pergi kota bharu..saya tengah risau,dia boleh buat lawak.sampai ke stesen minyak shell gombak,saya turun cari bas yang sepatutnya saya naik..saya kecewa sekali lagi.masa itu Allah menguji tahap kesabaran saya lagi..macam mana ni..dalam perasaan saya ni rasa macam xjadi pergi ke Kuala Terengganu. Saya cari no bas M2 tapi xjumpa.yang ada M1,M3 & M4..bas ni semua nk ke Kuala Trengganu juga..Alhamdulillah akhirnya saya dapat naik bas dengan bantuan abg drebar bas..rezki saya dapat seat kosong..hanya tinggal satu sahaja..saya naik bas M1.yang seronok dapat duduk di seat 1 tingkat atas..syukur sangat2..bas terus bertolak ke Kuala Terengganu.perasaan lege dan terima kasihmu Ya Allah..dapat juga saya teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.Alahmdulillah selamat sampai ke Kuala Terengganu pada pukul 4.40pagi..Saya terus telefon abg isma..lebih kurang 20minit abg isma ambik saya dan bawa ke rumahnya.Ini adalah pertemuan pertama saya dengan abg isma..Perasaan gembira amat sangat..selalu kami berchating dan berbual melalui telefon sahaja.

Sampai ke rumahnya,rehat sekejap menunggu masuk waktu solat suboh. Alhamdulillah kami solat suboh berjemaah disurau..Lepas solat suboh,abg isma menyampaikan kuliah suboh..pengisian yang cukup bagus sekali.selesai kuliah suboh kami sarapa pagi bersama di kedai..balik ke rumah jumpa famili abg isma dan kenal2..yang paling best dapat jumpa dengan fawwaz anak abg isma.nak cerita sedikit mengenai Fawwaz..biarpun kami xpernah jumpa,kami hanya berhubung melalui chating sahaja..seorang anak yang baik..dia panggil saya (ammu) maknanya pakcik.dari situ saya mula rapat dan sembang2..abg isma ada 5cahaya mata 3orang perempuan & 2orang lelaki.yang kecik sekali bernama Adim.

Hari pertama saya sampai ke Kuala Terengganu,saya dibawa abg isma sekeluarga jalan2 di Kuala Terengganu..pergi ke Pasar Payang,lepas tu pergi makan nasi ayam dan pergi ke Pantai Buruk..sepanjang saya berada di Terengganu banyak kenangan yang cukup indah sekali. Percutian saya di Kuala Terengganu di isikan dengan majlis ilmu2 agama yang disampaikan oleh abg isma. kuliahnya setiap malam..sedikit sebanyak saya dapat menimba ilmu..saya lihat abg isma seorang guru agama yang cukup bagus dan disegani..saya sebagai adiknya cukup bangga mempunyai seorang abg yang cukup hebat dalm ilmu agama..semasa di sana saya dan abg isma jarang makan di rumah kerana habis kuliahnya,orang2 surau ajak pergi makan kt luar,pergi kenduri doa selamat...dalam 1hari banyak betul makanan yang orang-orang kg berikan.habis kuliah,dihidangkan makanan dan xcukup lagi siap bawa bungkus lagi..alhamdulillah ni semua rezki datang dari Allah s.w.t..mengajar ilmu-ilmu agama cukup besar pahalanya..yang paling saya suka abg isma ajar ilmu tajwid..memang best dan mudah faham..dalam percutian saya kali ni mmg cukup bermakna,selain kita tgk tempat orang..dapat menimba ilmu..sekurangnya balik xde fikiran kosong..sebelum saya balik ke Bentong,dapat beli sedikit ole2 dari Terengganu..Terima kasih abg isma belanjer makan dan minum semasa saya berada di Kuala Terengganu.siap belikan untuk saya baju tanda buat kenangan..pada waktu malam sebelum saya berangkat pulang,saya sempat bergura senda dengan anak-anak abg isma..seronok sangat mereka sebab ammunya buat lawak..sampai fawwaz gelak tergolek2...mmg seronok..main teka teki dan banyka lagi

Pada 27.12.09..saya pulang semula ke Bentong..abg isma sekeluarga pula pada petangnya pulang ke Sibu,Serawak untuk memulakan tugas sebagai seorang pendidik..teruskan berdakwah..semoga Allah mempermudahkan urusan abg isma..Perasaan sedih dan sayu bila nak berpisah..nak menangis memang ada tapi tahan..hanya Allah sahaja yang tau dalam hati ini..rasa sekejap sahaja kami berjumpa..setiap yang mula pasti ada akhirnya..semoga ukhwah yang terjalin akan kekal sampai bila-bila. Inilah sedikit sebanyak yang dapat saya ceritakan semasa saya berada di Kuala Terengganu..Insyaallah kalo ada panjang umur dan murah rezki saya akan ke Sibu pula..Kaulah Sahabat,Kaulah Seorang Abang yang cukup baik..Jumpa lagi abg isma sekeluarga..Ma'assalaamah wa ilalliqa'...:-)

Saturday, December 5, 2009

HARI INI EXAM BERMULA DI APIUM..

Bangun pagi seawal pukul 6pagi,mandi dan solat subuh.. lepas subuh sudah bersiap-siap ke API untuk menghadapi peperiksaan..bertolak dari pandan indah dengan menaiki STAR LRT menuju ke stesen MASJID JAMEK..lepas tu tukar PUTRA LRT dari MASJID JAMEK ke UNIVERSITI..peperiksaan bermula jam pukul10 pagi..sempat lg minum pagi dengan kawan-kawan sekelas di warong tepi Masjid Ar-Rahman..habis minum saya dan kawan-kawan gerak ke API.tinggal lagi sejam peperiksaan bermula..sempat lagi bincang dengan kawan pasal soalan yang akan keluar..tepat jam pukul10 pagi peperiksaan bermula..hari ini periksan subjek IKTIBAR SEJARAH RASUL..2jam 30minit peperiksaan dijalankan..soalan tadi boleh tahan juga..baca last minit kuar soalan tu..alhamdulillah rezki..laju jer menulis..hehe..macam xcukup masa jer jawab soalan tadi..panjang berjelar menulis tadi..mula2 tulisan cantek la bila sampai soalan berikutnya dah lain gaya tulisan..alhamdulillah berjaya juga saya jawab semua soalan peperiksaan tadi..amin..