Sunday, February 28, 2010

Penat tapi tetap bersemangat

Malam semalam sampai rumah dah lewat malam dari penang,pagi ni pulak ada kuliah di UM.Memang terasa penat sangat..set jam di hand fon pada pukul 5.30 pagi..cadang nak gerak awal ke UM..alarm hand fon tepat berbunyi pukul 5.30pagi,mata berat nak buka,badan pun terasa letih lagi..sedar-sedar dah pukul 6.30pagi,bergegas bangun,mandi dan solat suboh.perancangan awal nak bangun pukul 5.30pagi tapi letih sangat terlajak waktu..ermm..

Kelas pagi ni start pukul 8.00pagi,kelas bahasa arab.saya gerak dari rumah sudah pukul 7.30pagi..memang dah xsempat nak ke kelas bahasa arab..ni pertama kali xpergi kelas bahasa arab..ermm..xpela nak buat macam mana kan..semangat juga pergi ke kuliah biarpun dalam keadaan penat..malam tadi tido 4jam sahaja..saya drive dari rumah ke bandar bentong,kemudian parking kereta di belakang bus stand bentong.Saya pergi ke KL dengan menaiki bas central pukul 8.00pagi.Lepas bayar tiket dalam bas,saya terus lelapkan mata,sedar-sedar dah sampai KL.pukul 9lbh saya sampai KL.Sampai hentian bas pekeliling saya terus menaiki Star LRT menuju ke Masjid India,dari Masjid India saya tukar train Putra Lrt ke Universiti.Sampai Universiti saya berjalan kaki menuju ke pintu pagar UM,menunggu sahabat baik saya datang jemput (abg johar).kebutalan saya sampai kelas bahasa arab baru habis dalam pukul 10pagi.rugi tu memang rugi..xpela,boleh tanya kawan.

Pada awalnya rasa macam 50-50 nak pergi ke kuliah tapi kuatkan semangat dan lawan sifat malas..kalau tak pergi ke kuliah banyak rugi...abg johar cakap tadi pelik juga selalu saya akan mesej dia kalau nak tumpang pergi ke kuliah,dia tunggu juga k masjid UM..dia cakap mungkin saya bawa kereta sendiri..rupanya saya lewat pergi ke kuliah..kawan-kawan kelas bahasa arab ramai bertanya kenapa saya xmasuk ke kelas bahasa arab pagi tadi..saya cerita la pada diaorang sebab kenapa..kak mun cakap,xceria kelas tanpa saya..saya tergelak tadi..hehe..

Alhamdulillah dalam 2kelas hari ni,saya tak rasa mengantuk biarpun tido dalam masa 4jam sahaja..syukur alhamdulillah..banyak ilmu yang pensyarah berikan..kalau la saya tak pergi ke kuliah hari ni mesti saya rugi sangat-sangat..balik dari kuliah tadi,sempat juga saya pergi ke Masjid Negara ada ekspo Halal 1Malaysia,letih-letih jalan lagi..hehe..Tadi jumpa sahabat FB saudara Sauful Hisyam Omar di sana,dia berniaga di ekspo..dah 3hari ekspo tu bermula dan hari ini penutupan..ramai orang datang tadi biarpun petang tadi hujan lebat di KL..lama juga saya berborak dengan abg saiful tadi..solat magrib di Masjid Negara..pukul 8.30pm gerak balik bentong..balik rumah nak rehat puas-puas..selamat malam..sekian..

Saturday, February 27, 2010

Sambungan cerita semalam.....

Pada pukul 10.30pagi tadi,kami bergerak ke rumah pengantin..lebih kurang 15minit kami sampai ke rumah pengantin..dalam pukul 11pagi..juru nikah sampai..kawan saya (khairol) menunggu acara akad nikah..tengok muka dia ada rasa gementar sedikit..nasib baik juru nikah ni cukup sporting..dia buat lawak supaya pengantin lelaki tak rasa gugup..kita orang pun ketawa la juru nikah buat lawak..habis dengar khutbah nikah,bapa pengantin perempuan memulakan acara akad nikah..Alhamdulillah acara akad nikah berjalan dengan lancar dengan sekali lafaz..Syukur... Alhamdulillah..melihat pengantin perempuan minits air mata kerana dah bergelar isteri..Tahniah buat sahabatku Khairol & Afzan..Selamat pengantin baru..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..Juru nikah cakap kat pengantin lelaki,bagi isteri makan cukup2,kasi naik sekilo setiap bulan..apa lagi kami di situ gelak beso..saja jerr juru nikah usik pengantin baru..hehe..

Sesudah selesai akad nikah,dimulakan dengan doa selamat..tanda syukur majlis akad nikah berjaya..lepas itu,kami dihidangkan dengan makan yang cukup sedap,yang paling saya suka ikan puyu..rasa sudah lama tak makan ikan puyu,ikan puyu dari sawah padi sebab rumah ustaz halim bersebelahan dengan sawah padi..dah lama saya xjumpa afzan isteri khairol semenjak dia pindah dari felda..sekolah rendah dulu memang la rapat..pergi belajar tahfiz pun sama2..bila dah besar dah xberapa cam muka..dia pun dah xcam muka saya..dia cakap dah lain muka saya ni..hehe..akhir sekali sesi bergambar beramai-ramai..Layanan tadi cukup bagus sekali..Insyaallah kalau ada rezki kita jumpa lagi..Terima kasih banyak-banyak buat Ustaz Halim sekeluarga..:-)

Berjalan ke Nibong Tebal dan Kuala Muda Sg.Petani

Semalam:

Pukul 9pagi pertolak ke Penang dari Bentong..pergi kenduri kawan kawen..singgah sekejap di stesen minyak petronas Genting Sempah untuk isi minyak..selepas itu meneruskan perjalanan melalui jalan genting-batang kali..kalau ikut Kuala Lumpur jauh dengan tol lagi..masa keluar highway Karal-Kuala Lumpur,ada dua kemalangan berlaku di Sg.Dua.Tiada kemalangan jiwa,cuma terbabas dibembahagi jalan,mungkin sikap pemandu yang bawa kereta secara membahaya diselekoh.Saya meneruskan perjalanan.

Pada pukul 12.30 tengah hari,singgah di hentian Tapah untuk makan tengah hari,suasana di hentian sangat ramai orang,yela semperna cuti maulidur rasul ramai yang pulang ke kampung.Selesai makan dan rehat,saya dan ahli keluarga kawan saya terus meneruskan perjalanan.kebetulan hari jumaat,maka kami tidak solat jumaat dan kami hanya buat solat jamak.

Pada pukul 3 lebih,kami selamat tiba di Nibong Tebal.singgah di situ rumah paksedara kawan..kami bermalam di sini..rehat-rehat sekejap..lepas asar bertolak ke Kuala Muda,Sg.Petani.Jumpa sedara mara kawan di sana..sampai di sana lihat tempat kene Tsunami pada tahun 2004.ada yang rumah musnah teruk,ada yang sudah di baiki.sedih melihat kawasan tersebut..sampai rumah (Pak Ngah) kami berehat dan makan malam..sempat juga kawan saya,bawa pusing kawasan kampung.lihat permandangan di waktu senja..sembang dengan Pak Ngah cerita pasal tsunami.rumah dia kene teruk..alhamdulillah semua ahli keluarganya selamat dalam bencana tersebut.Pak Ngah cerita masa tsunami berlaku ada 3 kenduri kawen,sedih bila dengar cerita pasal tsunami..alat peralatan kawen habis semua musnah..tapi alhamdulillah semua selamat dan sempat juga selamatkan diri..pak ngah cerita masa kejadian,penduduk kampung melihat buih laut memanjang dan hairan kenapa berlaku?xpernah perkara ini berlaku..cadang semalam nak pergi juga muzium tsunami di sana tapi ada pasar malam jalan di tutup xdapat la tengok muzium..apa yang berlaku kejadian tsunami buat pengajaran kita semua..

BERSAMBUNG......

Friday, February 26, 2010

LIMA BELAS MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah S.A.W. bersabda ; "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini maka bala akan turun kepada mereka iaitu:
  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah itu dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakait dijadikan hutang.
  4. Anak derhaka kepada ibunya.
  5. Suami memperturutkan kehendak suami.
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Suka menjauhkan diri dari ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan didalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (Arak) sudah diminum dimerata tempat.
  12. Kain sutera banyak di pakai oleh kaum lelaki.
  13. Para artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat) maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diroboh menjadi makhluk lain.
KERETANGAN

Dunia hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah S.A.W. ini,cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Banyak maksiat orang lakukan,
balakan turun sebagai seksaan,
angin yang merah Allah tiupkan,
gempa yang dasyat dan mengegarkan.

Sudahlah diri teruk sekali,
kenapa pula orang dicaci,
sahabat Nabi suka dimaki,
itu perangai orang yang dikeji.


Harta negara jadi habuan,
bagi siapa pegang jawatan,
wang amanah diniagakan.

Anak derhaka tidak terbilang
awan dibaiki,ibu dibuang

Orang yang hina suka ditabal
Orang dimulia kerana nakal

Jadilah zakat laksana hutang
Kehendak isteri tidak dihalang

Suruhan ayah suka ditinggal
Di dalam masjid suka berbual

Arak diminum tiada sopan
Kain sutera jadi pakaian

Thursday, February 25, 2010

ORANG YANG BAIK BERKURANGAN YANG JAHAT BERTAMBAH

Daripada Aisyah r.a berkata: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : “Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik,dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat bernai melawan orang yang baik.”

H.R. TABRANI

KETERANGAN

Di antara tanda-tanda kiamat ialah:

1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.

2. Bila hujan berkurangan,cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.

3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan yang sangat banyak.

4. Orang yang membuat kebaikan dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.

5. Analanak berani melawan cakap orang tua.

6. Orang-orang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.

Marilah kita berdoa mudah-mudahan Allah S.W.T meyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong dikalangan mereka yang sesat.


Hujan berkurang cuaca panas,

Makin bertambah pelaku ganas,

Budaya lepak segan dan malas

Dadah dihisap arak segelas.


Anak derhaka menjadi-jadi,

Alim ulama tidak dihormati,

Didikan Islam tidak diberi,

Ta’zim dan taat tidak diminati.


Anak tiada mengenang budi,

Banyak sekali tempat maksiat,

Ibu bapa dibuat abdi,

siang malam meruntuh umat.

Wednesday, February 24, 2010

Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah

Golongan pendakwah yang terdiri daripada kalangan tenokrat dan golongan intelektual diluar pengajian Islam selalunya tidak memandang peripentingnya mereka memahami peranan tafsir dalam materi dakwah mereka. Pengajian tafsir dianggap asing dan terasing daripada keperluan mereka membawa halatuju dakwah dan selalu pula penerangan dakwah digunakan kaedah khulasoh kepada intipati ayat Quran untuk mengelakkan rasa bersalah mereka dalam penggunaan ilmu ini. Pemikiran ini sebenarnya salah dan bercanggah dengan usul dakwah yang sebenarnya. Tafsir dan pemahaman Hadis adalah tunjang kepada segala permulaan dakwah. Adapun method dan marhalah dakwah adalah suatu sikap penekunan pendakwah kepada orientasi madu' mereka sendiri dan semestinya intipati tafsir dan pemahaman Al Quran dan Hadis perlu disajikan dalam bentuk yang pelbagai dan kreatif.

Kita melihat bagaimana ulama' silam mengadakan dakwah yang berkesan hanya menggunakan kuliah-kuliah tafsir mereka. Mengapakah hal ini berlaku secara efektif? Perlu diketahui, pada zaman kegemilangan perkembangan ilmu Al Quran, terlalu ramai manusia yang ingin memnguasai penemuan terkini dalam penafsiran Al Quran sehingga penafsiran bir Rayi' juga mendapat tempat yang agak tinggi kerana berlainan daripada penafsiran ala tradisi yang lebih terkawal dan kurang menepati citarasa pembangunan mereka pada zaman tersebut. Hal ini berbeza kini apabila tafsir sudah dianggap enteng dan remeh. Tafsir Al Quran moden tidak disebarkan kepada masyarakat secara bersepadu dan tersusun apatah lagi kaedah penyampaian masih terkumpul di surau, masjid dan madrasah semata-mata.

Tafisr seperti Tafsir Al Munir yang bercirikan Maudu'I, tafsir-tafsir seperti Tafsir Ustaz Ahmad Sohanji yang bercirikan santai, serta yang paling menarik pada pandangan penulis adalah Tafsir yang dikarang oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang penuh dnegan unsur personafikasi, metafora, analogi menarik dan dialog-dialog perumpamaan yang memahamkan khalayak. Agak menyedihkan kesemua khazanah moden ini tidak keluar daripada kepompong sebaran konvensionalnya. Khayalak yang menerima kesan tafsiran sebegini masih khayalak yang sama dan tidak melibatkan segmen yang lain. Hal inilah yang perlu dijadikan topik perbincangan dikalangan pendakwah berkenaan peri pentingnya, penyebaran tafsir Al Quran dilakukan dalam method yang terkini dan keluar daripada tradisi klasik.



Dakwah melalui medium kontemporari serta medium elektronik.



Masyarakat hari hampir menepati ciri masyarakat elektronik. Hampir kesemua aktiviti melibatkan talian internet, teknologi maklumat serta perhubungan seranta yang cepat. Walaupun tradisi masyarakat Malaysia masih klasik, namun penguasan IT dalam masyarakat menyebabkan mereka lebih gemar mencari maklumat dihujung jari melebihi kaedah lama yang diberkati iaitu meneliti buku, makalah dan kitab lama-lama yang berkat. Mereka ini inginkan maklumat yang segera, tepat dan mudah. Dalam hal ini, persaingan maklumat yang benar dan salah akan berlaku. Peranan pendakwah yang bergelar mahasiswa Islam ialah menguasai niche atau ruang vakum ini. Vakum bagi pengisian yang benar bagi medium elektronik dan IT ini akan sentiasa ada kerana maklumat melalui mediaum ini terlalu mudah dan tidak terhad. Lantaran itu, adalah menjadi satu kesalahan besar bagi kita yang mengabaikan method ini serta meremehkan tugasan mulia ini. Sajian tafsiran Al Quran secara maudu'I ini boleh diselitkan secara;

· Tulisan ilmiah atau separa ilmiah.

· Sketsa, cerita kenangan peribadi, dialog dan sebagainya.

· Berita semasa yang dikaitkan dengan ayat Al Quran.

· Puisi atau lirik lagu.



Kreativiti memasukkan unsur ayat Al Quran memungkinkan masyarakat yang inginkan sajian segera ini akan mendapat bahan yang sewajarnya. Perang cyber perlu dimulakan oleh sesiapa sahaja yang membaca tulisan ini demi bersaing dengan pengisian negetif yang sedia ada. Pendakwah adalah individu yang progresif dan proaktif dalam mencari jalan kerjanya.

Pengertian tafsir maudu'i

Pengertian ini berbentuk hasil daripada jalin dua perkataan iaitu al tafsir dan al maudu'i. Tanpa jalinan ini, al maudu'I tidak akan membawa apa-apa pengertian. Al maudu'I bermaksud topik atau tajuk tertentu. Tafsir secara bertopik adalah suatu bentuk khulasoh (kesimpulan ayat Al Quran). Walaupun dari segi asal maksud tafsir sendiri seperti yang dijelaskan oleh Ibnu A'syur bermaksud " suatu disiplin ilmu yang berfungsi menjelaskan perkataan-perkataan Al Quran sama ada secara umum mahu pun terperinci", hakikatnya tafsir yang cuba dikupas ini adalah berbentuk topik dan kadangkala tidak terlalu meneliti aspek setiap perkataan.

Kaedah tafsir bil ma'thur adalah kaedah tafsir yang sebenarnya menjadi amalan para sahabat dan tabiin yang ulung. Para sahabat dan tabiin adalah golongan yang paling dekat dengan Rasulullah SAW dan amat menitik beratkan sebarang pengertian ayat Al Quran agar menepati saranan dan sunnah nabi itu sendiri. Tafsir normatif ini sebenarnya adalah pasak kepada umat Islam dan sebenarnya ayat Al Quran sewajarnya dikupas melalui tafsiran sebenar atau melalui kajian asbab al nuzul. Namun terdapat juga beberapa ayat Al Quran yang perlu dilihat hikmah dan signifikannya kepada sekeliling secara umum dan bukannya sekadar dengan sebab turunnya ayat tersebut. Secara umumnya ayat Al Quran telah memiliki pelbagai aspek dakwah yang unik dimana setiap susunan ayat, susunan kalimah, unsur retoriknya, diksi perkataan dan sebagainya mempunyai kuasa menarik minat manusia kontemporari.

Namun begitu, tidak juga boleh kita bersetuju dengan sikap sesetengah manusia hari ini yang cuba menafsir ayat Al Quran secara jauh daripada kupasan hadis (sekiranya ayat itu telah ada kupasan daripada para sahabat sendiri). Kita boleh bersetuju jika kupasan topik kontemporari cuba mengaitkan ayat Al Quran dengan teori sains sekiranya jelas tidak bercanggah dengan tafsiran ma'thur yang lebaih sahih. Maka tafsir maudu'I sebenarnya menepati ciri ini dimana penelitian ilmuan daripada pelbagai bidang keilmuan terhadap Al Quran mungkin akan menjumpai keserasiannya, walaupun kita masih perlu berserah kepada Allah akan maknanya yang sebenarnya. Tafsir seumpama ini juga boleh dikaitkan dengan kaedah bil Ar Ra'yi yang terkenal dikalangan ulama' muktazilah, ulama' hanafiyyah serta tokoh-tokoh falsafah Islam terkenal.



Bentuk-bentuk tafsir maudu'i

Bentuk pertama : Penafsiran berasaskan perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan.

Proses bentuk pertama berlaku apabila pengarang tafsir menekuni ayat-ayat Al Quran lalu menghimpunkan perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan dari segi bentuk atau perkataan-perkataan yang menjadi terbitan daripada ayat-ayat yang sama di dalam satu tajuk. Himpunan perkataan-perkataan ini dikaji satu persatu dari berlbagai sudut. Mereka kemudiannya membuat tafsiran yang menyeluruh terhadapnya. Proses ini diakhiri dengan beberapa kesimpulan kesan daripada penggunaan Al Quran terhadap perkataan-perkataan itu tadi. Ini kerana penggunaan perkataan yang berulang di dalam Al Quran membawa interpretasi yang tersendiri dari perspektif Al Quran.

Antara perkataan berulang yang boleh dilihat maknanya secara berkelompok adalah seperti,

* Al Ummah
* Al Sadaqah
* Al Jihad
* Al Kitab
* Al Khair



Bentuk Kedua : Penafsiran berasaskan tajuk-tajuk yang ditetapkan oleh pengarang tafsir.

Proses ini dilakukan apabila pengarang tafsir menetapkan sesuatu tajuk tertentu dan dihimpunakan pelbagai ayat Al Quran yang menjelaskan tajuk berkenaan. Di sini adalah memerlukan kemahiran pengarang untuk menguasai pelbagai bidang ilmu selain menguasai Al Quran dengan baik. Ia berlaku dengan 2 kaedah. Pertamanya pengarang mencari suatu tajuk dan dikumpulkan pelbagai ayat Al Quran untuk dijadikan tafsiran kepada tajuk itu. Kaedah kedua ialah pengarang tafsir akan menjelujuri ayat-ayat Al Quran dan pengarang akan cuba mengesan satu tajuk yang boleh mengaitkan beberapa ayat Al Quran. Sebenarnya kaedah Al Maudu'I ini lebih menumpukan kepada tajuk dan bukannya berbentuk huraian tafsiran ayat Al Quran secara harfiyyah serta asbab al nuzul yang lebih ketat dan berhati-hati.

Contoh tafsiran klasik dengan kaedah kedua ini ialah:

· I'jaz Al Quran

· Al Amthal fil Quran

· Majaz Al Quran

Contoh tafsiran kontemporari dengan kaedah kedua ini:

* Tafsir tentang uslub dakwah
* Tafsir tentang sains dan Al Quran
* Teori diplomasi di dalam Al Quran.



Sebenarnya kaedah kedua inilah yang banyak digunakan oleh tokoh-tokoh gerakan Islam sedunia dalam menyusun manhaj tarbiah mereka dimana marhalah, sistem usrah, sistem latihan dan sebagainya diijtihad berdasarkan tafsiran melalui kaedah ini. Perlu diingatkan disebabkan kaedah ini bukannya ma'thur melalui tafsiran para sahabat, maka sistem tarbiah, dakwah dan sebagainya bukanlah bersifat qat'ie sehingga menafikan ijtihad gerakan Islam yang berlainan aliran. Inilah pentingnya tafsiran al maudu'I ini.



Bentuk Ketiga: Penafsiran berasaskan objektif surah.

Bentuk ini mudah boleh didapati melalui kitab tafsir seperti Tafsir Al Munir (Dr. Wahbah Az Zuhaili), Tafsir Pimpinan Ar Rahman dan lain-lain. Objektif dan tujuan sesuatu surah itu dilihat dan dinyatakan setiap kali peralihan satu surah ke satu surah yang lain. Hubungkait antara surah juga dilihat untuk melihat hikmah penyusunan Al Quran yang disusun oleh Jibrail AS bersama Rasulullah SAW dahulu. Pengkelasan surah melalui manhaj Aqidah dan Manhaj Syariah dilihat melalui ayat-ayat makiyyah dan madaniyyah. Kaedah ketiga ini diperkenalkan secara jelas oleh Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal lil Quran dalam surah Al Anfal.



Penutup.



Diantara syarat untuk bergelar pendakwah dan penggerak Islam ialah mengusai semampu mungkin keilmuan berkisar tentang Al Quran serta bahasa Arab selaku kuncinya. Menggunakan tafsir dalam setiap kali pengisian, sebagai sokongan aktiviti dan program akan menarik minat segelintir manusia yang jarang mengetahui rahsia ayat Al Quran yang mungkin tidak merasai nikmat kesyumulan Al Quran. Hal ini jelas kerana tafsiran cara lama yang menekankan unsur normatif dan tafsiran daripada hadis, athar sahabat dan tafsiran tabiin semata-mata tidak akan menarik minat masyarakat akhir zaman yang inginkan suatu sokongan dalam aktiviti harian mereka. Sokongan yang diberikan melalui kupasan ayat Al Quran melalui tajuk kontemporari seperti hak asasi manusia, jaminan hak wanita dalam Islam, tajuk-tajuk tentang perubatan serta lainnya akan menyebabkan mereka memandang Al Quran sebagai agenda ilahi yang relevan, segar serta futuristik. Disinilah peranan pendakwah Islam memartabatkan Al Quran melalui kebijaksanaan mereka sendiri. Walaupun sokongan diberikan melalui kemunculan tafsiran sebegini, namun Al Quran tetap bertindak sebagai agen pengawal yang berkesan dan berwibawa. Tafsiran ini bukan sekadar ingin memberi kepuasan kepada masyarakat bahawa dalam Islam ada kaitan dengan dunia mereka, tetapi mereka perlu tahu, Al Quran adalah petunjuk dan bukan sekadar bahan sokongan semata-mata. Kebangkitan era reformisme Islam asia tengah adalah disebabkan tafsir-tafsir yang mempunyai nilai perjuangan seperti Tafsir Al Manar (Rasyid Redha) dan Tafsir Fi Zilal Lil Quran (Syed Qutb).Teruskan berdakwah.

RASUAH BERLELUASA

Daripada Muadz bin Jabal r.a berkata,aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fikir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya,"

H.R AT TABRANI & ABU NUAIM

KETERANGAN

Di akhir zaman rasuah akan menjadi-jadi dalam masyarakat. Wang mempunyai kuasa untuk membeli pangkat dan kedudukan dan wang juga diperlukan untuk mendapat kemudahan daripada pihak yang berpangkat dan berkuasa. Wang telah menjadi tuhan yang disembah oleh setiap orang yang tamak dan rakus. Dalam keadaan yang sebegini rupa orang sudah tidak mempedulikan sesiapa. Maka musnahlah akhlak dan runtuhlah segala budi dan wujud hanyalah kezaliman dan penindasan dari setiap lapisan terhadap lapisan yang memerlukannya.

Bila harta jadi idaman,
wang dianggap sebagai Tuhan,
hilanglah malu dan rasa segan,
meminta rasuah jadu amalan.

Ketika itu runtuhlah akhlak,
usah tanyakan rakus dan tamak,
cantas-mencantas,salak-menyalak,
bagaikan anjing didalam semak.

Tuesday, February 23, 2010

GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG

Daripada Mughirah bin Syu'bah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka) sehinggalah sampai suatu saat yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Mereka sentiasa berjaya.

H.R. BUKHARI

KETERANGAN

Allah S.W.T telah menjadikan umat islam yang terakhir sekali. Oleh iu Allah S.W.T berjanji akan memelihara al-Quran dan memastikan lahirnya generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga wujud golongan mukminin dibumi ini. Kalau kita teliti sejarah umat Islam mulai zaman penyebaran hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah diuji dengan ujian yang berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah,Yahudi dab Nashrani di Madinah, seterusnya gerakkan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, Golongan Bathiniyah,pengaruh falsafah dan fikiran Yunani,serangan bangsa Moghol dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamaddun Baghdad pada pertengahan abad ketujuh Hijrah.

Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramai-ramai terhadap kaum Muslimin ketika kejatuhan kerajaan Islam di Andalus ( Sepanyol) dan seterusnya di sambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Ziaonis Yahudi dan Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan di segi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya. Walaupun ujian yang sangat dasyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam dunia hari ini.

Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walaupun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syiar-syiar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syiar-syiar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walaupun aktivis-aktivis Islam di tindas dan di seksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap daripada muka bumi ini, hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Maka pada masa itu Allah S.W.T akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin. Yang tinggal hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir,maka pada saat itulah akan berlaku hari kiamat.

Setiap zaman dan juga tempat,
mestilah wujud pembela umta,
penyebar ilmu pembawa rahmat,
tetap berjaya tidak tersekat.

Kepada Allah syukur dipanjat,
memilih kita sebaik umat,
penyebar ilmu pembawa rahmat,
hidup kita membawa berkat.

Monday, February 22, 2010

ULAMA TIDAK DIPERLUKAN

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda: "Ya Allah! Jangan Kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama tidak diikut lagi dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya) lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."

H.R.AHMAD

KETERANGAN

Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut untuk mendekati para ulama kerana khuatir perbuatan mereka akan menegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walaupun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Golongan ini juga pandai bercakap dan memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal mereka adalah seperti harimau yang bersedia untuk menerkam dan mencari mangsa.

Para ulama tidak dihormati,
nasib mereka tidak diangkat,
siapa lagi pedoman umat,
kalau mereka tidak diminat.

Bila umala sudah tiada,
barulah kita rasa kecewa,
mayat terbaring dalam keranda,
tiada orang membaca doa.

Sunday, February 21, 2010

RELAKS SEKEJAP..JANGAN TENSION2...PERIBAHASA BARU..

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu…kalau dia berenti….akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa: Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus….pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknanya: Kalau :placesurat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak… be proud of what you are.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: :placeAda orang kentotlah tu…

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri….tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang….check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke….kat tengah ke…tengah baring ke.

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak……btol tak?

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib :placemalang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.

Maknanya: maknernyer . . .

maknernyer…………….

maknernya……………..

Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC……

Pergi lah buat kerja!!!!!

Saturday, February 20, 2010

MENYUBURKAN HARTA DENGAN SEDEKAH

Assalamu’alaikum wr. wb.

Saudaraku…,
Sesungguhnya, sedekah itu tidak akan mengurangi harta kita, melainkan akan bertambah banyak. Memang, secara matematik sepuluh dikurangi dua itu sama dengan lapan (10 – 2 = 8). Namun, sesungguhnya matematik kehidupan itu tidaklah sama dengan matematik teoris.

Secara matematik, jika kita bersedekah, maka hal itu akan mengurangi harta kita sebagaimana contoh perhitungan di atas. Namun, bagi hamba-hamba yang ikhlas, adalah sangat mudah bagi Allah untuk menggantinya dengan rezki yang sebaik-baiknya. Sebagaimana janji Allah dalam Al Qur’an surah Saba’ ayat 39 berikut ini: “Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya”. (QS. Saba’. 39).

Sedangkan dalam sebuah hadis, diperoleh penjelasan bahawa sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengurangi harta kita, melainkan akan bertambah banyak. Oleh karena itu bersedekahlah, semoga Allah merahmati kita. Amin!

Rasulullah saw. bersabda: “Tawadhu’ (merendahkan diri) itu tidak akan menambah kepada seseorang, kecuali ketinggian. Kerana itu bertawadhu’lah kamu, semoga Allah meninggikan darjatmu. Dan pemberian maaf itu tidak menambah sesuatu bagi seseorang, kecuali kemuliaan. Karana itu maafkanlah olehmu, semoga Allah memuliakan kamu. Dan sedekah itu tidak akan mengurangi harta, melainkan akan bertambah banyak. Maka bersedekahlah kamu, semoga Allah merahmati kamu”. (H. R. Ibn Abud Dunia).

Saudaraku…,
Dalam bersedekah, kita tidak perlu takut akan menjadi miskin sehingga hal ini dapat mendorong kita untuk berlaku kikir terhadap sesama. Janganlah kita terpedaya oleh tipu daya syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya Allah menjanjikan ampunan dan karunia untuk kita. Dan Allah Maha Luas karunia-Nya lagi Maha Mengetahui. “Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (QS. Al Baqarah. 268).

Saudaraku…,
Dalam ayat yang lain, diperoleh keterangan sebagai berikut: “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendo`alah untuk mereka. Sesungguhnya do`a kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (QS. At Taubah. 103).

Nah…, dari huraian di atas, apakah kita masih tetap ragu-ragu untuk bersedekah? Apakah kita masih tetap akan berlaku kikir terhadap sesama? Untuk apa? Bukankah di dalam harta kita, ada bahagian tertentu buat mereka? “Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu, bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta)”, (QS. Al Ma’aarij. 24 – 25).

Friday, February 19, 2010

Di serang ikan ganjil ( tidak serupa macam ikan pirana)






ISLAM NAMA SAHAJA

Daripada Ali in Abi Talib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-sejahat makhluk yang ada di bawah kolong(naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah dan mereka fitnah itu akan kembali"

H.A.AL-BAIHAQI

KETERANGAN

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. ini. Kalau belum pun,ia sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

Nasib Islam di akir zaman,
cuma nama tanpa amalan,
Al-Quran dibaca dipertandingkan,
suruh tegahnya tidak dihiraukan.

Ada ulama cari dunia,
bermacam fatwa mudah dikata,
asalkan dapat wang dan harta,
hukum-hakam direka-reka.

Thursday, February 18, 2010

BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Dari Anis bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tidak berlaku (terjadi )hari Qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid.”

H.R. ABU DAUD

KETERANGAN

Diantara tanda hampirnya hari qiamat ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dngan masjid yang mereka bina. Masing-masing Negara berbangga dan berasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja,tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjemaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik tetapi yang datang bersembahyang didalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

Masjid mereka tersergam indah,

Bagai istana yang sangat mewah,

Jadi tumpuan pelancong berkelah,

Tiada malu aurat didedah.


Ketika azan nyaring diseru,

Dari menara tersedu-sedu,

Hanya sedikit datang menuju,

Yang lebih banyak duduk terpaku.