Monday, May 31, 2010

Seruan membaca Qunut Nazilah!

Menyeru semua sahabat-sahabat melakukan Qunut Nazilah di dalam solat fardhu buat saudara-saudara kita yang sedang berhadapan dengan anjing-anjing Yahudi. Doakan kemusnahan buat tentera-tentera Israel. Perbanyakkan doa di dalam solat, di dalam sujud, di dalam tasyahud akhir sebelum memberi salam

Ringkasan tatacara melakukan Qunut Nazilah

a) Boleh dilakukan dalam setiap solat fardhu
b) Dilakukan pada rakaat terakhir
c) Sebelum atau selepas bangun dari ruku'

Jika sebelum: Selepas selesai membaca al-Fatihah dan surah yang lain, terus angkat tangan dan baca doa Qunut Nazilah.

Jika selepas Ruku': Bangun i'tidal, selepas itu angkat tangan dan berdoa [macam ketika Qunut Subuh]

( اللهم إنا نستعينك ونؤمن بك ، ونتوكل عليك ونثني عليك الخير ولا نكفرك ، اللهم إياك نعبد ، ولك نصلي ونسجد ، وإليك نسعى ونحفد ، نرجو رحمتك ونخشى عذابك ، إن عذابك الجدَّ بالكفار مُلحق ، اللهم عذِّب الكفرة أهل الكتاب الذين يصدون عن سبيلك "

“Allaahumma inna nasta’eenuka wa nu’minu bika, wa natawakkalu ‘alayka wa nuthni ‘alayka al-khayr, wa laa nakfuruka. Allaahumma iyyaaka na’budu wa laka nusalli wa nasjudu, wa ilayka nas’aa wa nahfid. Narju rahmataka wa nakhsha ‘adhaabaka, inna ‘adhaabaka al-jadd bil kuffaari mulhaq. Allaahumma ‘adhdhib il-kafarata ahl al-kitaab alladheena yasuddoona ‘an sabeelika

(O Allaah, verily we seek Your help, we believe in You, we put our trust in You and we praise You and we are not ungrateful to You. O Allaah, You alone we worship and to You we pray and prostrate, for Your sake we strive. We hope for Your mercy and fear Your punishment, for Your punishment will certainly reach the disbelievers. O Allaah, punish the infidels of the People of the Book who are preventing others from following Your way).”

Baca lengkap di sini
http://lobaitampin.blogspot.com/2009/01/where-is-our-qunut-nazilah.html

Sunday, May 30, 2010

RUGIKAH JADI WANITA SOLEHAH?

Asma' binti Yazid al-Ansariyah, seorang sahabiah Ansar, telah mengunjungi Rasulullah (saw) untuk bertanya berhubung hak dan kebebasan kaum wanita dalam Islam.

Katanya: "Ya Rasulullah, tuan hamba lebih ku kasihi daripada ibu bapaku sendiri. Wanita-wanita Islam telah mengutus hamba sebagai wakil mereka untuk berbicara dengan tuan hamba. Sesungguhnya tuan hambalah utusan Allah kepada kaum lelaki dan wanita," ujar Asma’.

"Kami ini dan kaum wanita mukminah lainnya kebanyakan daripada waktu kami hanya tinggal dalam lingkungan rumah tangga sahaja. Kami harus memuaskan keinginan suami-suami kami, melahirkan anak untuk mereka dan menguruskan rumah tangga. Oleh itu, kaum lelaki telah mengatasi kami dalam banyak perkara,” sambungnya lagi.

“Mereka mendapat ganjaran untuk amalan-amalan yang tidak dapat kami lakukan. Mereka mengerjakan solat fardhu yang lima waktu dan solat Jumaat di masjid. Mereka pergi menziarahi orang mati (serta turut mengiringi jenazahnya). Mereka juga dapat menunaikan ibadat haji berkali-kali.

“Dan paling utama sekali mereka juga turut berperang pada jalan Allah. Ketika mereka pergi mengerjakan haji atau berperang sabil, kami menjaga harta benda mereka, melahirkan anak untuk mereka dan menenun kain untuk mereka,” sambung beliau lagi. Apakah kami juga turut mendapat pahala daripada amal-amal mereka itu?" ujar Asma’ untuk mendapat kepastian.

Dengan tenang Rasulullah (saw) bersabda; "Dengarlah oleh mu baik-baik, kemudian pergilah khabarkan kepada wanita-wanita yang telah mengutuskan dikau ke mari. Bahawasanya apabila seseorang wanita itu mencari keredhaan suaminya dan menguruskan kerja-kerja rumahnya dengan puas hati suaminya, maka ia akan mendapat ganjaran yang sama dengan lelaki dalam amal-amal mereka kerana Allah itu."

Sabda Baginda lagi; "Apabila seseorang perempuan itu mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebajikan dan mengampunkan baginya seribu kejahatan dan mengangkat baginya darjat dan setiap suatu yang terkena cahaya matahari beristighfar untuknya."

Ummul Mukminin Sayidatina 'Aishah (r.ha) berkata; "Bunyi alat pemintal benang seseorang perempuan itu, adalah seimbang dengan gema takbir jihad pada jalan Allah. Dan mana-mana perempuan yang memakaikan pakaian kepada suaminya daripada benang yang dipintalnya sendiri, maka ia mendapat seratus ribu kebajikan bagi tiap-tiap lanjur benang tenunan kain itu."

Sabda Rasulullah (saw), "Seorang perempuan itu, apabila ia mengerjakan solat lima waktu, dan berpuasa pada bulan Ramadhan, dan memelihara maruahnya dan taat kepada suaminya, masuklah ia ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang ia kehendaki."

Saturday, May 29, 2010

JAGALAH AURATMU...WAHAI PUTERIKU

DUA BELAS AURAT WANITA

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.





Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Friday, May 28, 2010

Wajah-wajah mayat di dalam Kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari kiblat. Itulah petanda semasa hidupnya telah melakukan syirik kepada Allah.
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu atau tidak menjaga solat.
3. Mayat yang kepalanya menjadi batu hitam legam. Itulah tanda semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah tanda semasa hidupnya suka makan harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya. Itulah tanda semasa hidupnya suka berkelahi, gossip dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya yang baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah tanda orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya senyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya sukakan ilmu dan beramal soleh.
....Ya Ghaffar, Ya Qahhar, selamatkanlah kami semua dari fitnah yang dahsyat ini.

Wednesday, May 26, 2010

MAKANAN YANG MENGANDUNGI BAHAN BABI

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

-MINYAK MASAK LAM SOON (CAP HELANG & BURUH)
-UBAT PEARL CREAM ARCHE (THAILAND)
-AJINOMOTO (THAILAND)
-AIS KRIM RM1.00 KR ATAS
-SEMUA TAUHU BUATAN ORANG CINA
-SABUN LUX & LOTION BADAN BUATAN MALAYSIA, USA & THAILAND
-SABUN FAB BERBUKU
-LOBAK JERUK
-MEE & KUETEOW BASAH BUATAN ORANG CINA
-KRIM MUKA HAZELINE SNOW
-SEMUA JENIS SERBUK MEE SEGERA TERUTAMA MAGGI
-PUCUK, KULIT POPIA, FISH CAKE & BEBOLA IKAN BUATAN ORANG CINA
-DAGING BURGER IMPORT
-SARDIN, KARI AYAM DALAM TIN YONG TAU FU BUATAN ORANG CINA
-KASUT BOLA JENIS 'GOLD CUP'
-BERUS GIGI 'REACH'
-MEE KERING (SANGGOL)
-MEE REBUS TULANG & KIUB PERASA AYAM
-SEMUA SABUN MANDI YANG DIIMPORT
-AJINOMOTO KECUALI KELUARAN KILANG LOT 5710 JALAN KUCHAI LAMA KL
-SEMUA JENIS SHAMPOO KECUALI KELUARAN ORANG ISLAM
-HAVE PEARL CREAM
-RAMUAN KENTUCKY FRIED CHICKEN & MC DONALD
-UBAT KURAP BUATAN ORANG CINA
-BEEHON SEGERA SIAM
-SABUN MANDI YANG BERMINYAK

MENGANDUNGI ALKOHOL DAN UNSUR-UNSURNYA

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL DAN UNSUR-UNSURNYA

-BARANG AVON KESELURUHANNYA
-PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
-MINYAK RAMBUT BRYLCREM (HIJAU)
-RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI, SHELTOX, BAYGON & MORTIN
-SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
-KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
-TONIL BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

SEMEMANGNYA BANYAK LAGI BARANGAN YANG ADA DI NEGARA KITA YANG TIDAK DIKETAHUI DENGAN JELAS, YANG PASTINYA JANGAN TERTIPU DENGAN PENGGUNAAN TANDA HALAL DI BARANGANNYA, LIHAT DAHULU DI BAHAGIAN KANDUNGANNYA SEBELUM MEMBELI...........

RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS, UNIVERSITI MALAYA, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA, MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM CAP DAN TURUT SERTA MENYEBAR, PERAKAN MALAYSIA (Badan Penyelaras Perakan Malaysia Caw. Batu Pahat, Johor)

Monday, May 24, 2010

"BILA NYAWA DICABUT MALAIKAT"

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:


"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.


Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.


Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:


"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."


Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:


"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."


Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:


"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:


"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang berimanitu."


Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Sunday, May 23, 2010

Huru-hara kiamat

SURAH al-Takwir ini termasuk dalam kategori surah Makkiah. Ia berjumlah 29 ayat dan diturunkan selepas surah al-Masad. Hubungan surah ini dengan surah Abasa yang terdahulu ialah kedua-duanya menceritakan peristiwa hari kiamat dan bala bencananya.

Imam Ahmad, al-Tirmizi dan al-Hakim meriwayatkan hadis daripada sahabat Umar r.a yang mengatakan bahawa: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin melihat hari kiamat yang seolah-olah dia melihat dengan mata kepalanya, maka bacalah: Idhashshamsu kuwwirat, idhassama'un fatarat dan idhassama'un shaqqat".

Firman Allah SWT: Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap).

Al-Maraghi berkata: Tanda-tanda datangnya hari Kiamat ialah ketika matahari digulung, cahayanya pudar dan hilang ketika dunia mengalami kehancuran sehingga tidak ada satu pun benda di alam lain yang boleh menggantikan benda-benda itu.

Firman Allah SWT: Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak.

Syed Qutb berkata: Gugurnya bintang dimaksudkan ia kelak akan terjatuh bertaburan dari sistem yang mengikatnya dan akan padam cahayanya. Allah SWT sahaja yang tahu bintang manakah yang akan jatuh bertaburan.

Adakah kumpulan bintang-bintang yang dekat dengan kita atau galaksi yang terdiri dari ratusan juta bintang atau seluruh bintang yang tidak diketahui bilangannya melainkan Allah SWT.

Namun, yang pastinya ada bintang-bintang yang akan gugur bertaburan pada hari kiamat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh berita yang benar ini. Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Allah SWT sahaja.

Firman Allah SWT: Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu)

Al-Maraghi berkata: Sehingga ikatannya terlepas dan terhempas di padang sahara dan terbang dibawa awan di atas kepala.

Firman Allah SWT: Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar.

Menurut al-Qurtubi bahawa tidak terurusnya unta bunting pada saat itu hanyalah sebagai perlambangan sahaja. Ini disebabkan pada hari kiamat sudah tidak ditemui unta bunting.

Tuhan menggambarkan huru-hara hari Kiamat bagaikan satu keadaan di mana seseorang berangan-angan mempunyai unta bunting 10 bulan yang nescaya unta itu akan dibiarkan sahaja kerana amat sibuk menjaga urusan dirinya sendiri yang lebih kritikal itu.

Firman Allah SWT: Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan.

Ibn kathir berkata: Dan umat manusia telah mengabaikan unta-unta pilihannya yang sedang bunting serta mengabaikan urusan kebajikannya sedangkan sebelum ini binatang itulah yang disayangi.

Ini kerana mereka disibukkan dengan hal yang lebih utama tanpa memikirkan kewujudan hari kiamat dan peristiwa lain yang akan berlaku.

Firman Allah SWT: Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur.

Al-Maraghi berkata: Ia juga bermaksud laut meluap. Perkara ini disebabkan airnya bergelombang bagaikan lautan api kerana di dalam perut bumi terdapat magma yang dapat menggegarkan permukaan bumi.

Pada ketika itu air mendidih dan terus berwap sehingga yang tinggal hanya bara api sahaja. Kajian saintifik telah menetapkan bahawa di perut bumi terdapat gunung-gunung berapi yang selalu bergejolak dan menimbulkan gempa bumi yang hebat boleh menghancurkan dataran bumi dan gunung-ganang di beberapa daerah.

Contohnya gempa bumi yang telah terjadi di Nessina, Itali pada tahun 1909 dan kemudian di Jepun. Dalam beberapa hadis disebutkan: "Bahawa laut itu adalah penutup neraka jahanam".

Firman Allah SWT: Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya.

Iaitu ketika jiwa itu kembali kepada jasadnya ketika memasuki awal kehidupan akhirat. Pendapat ini daripada Ikrimah, al-Dahhak dan al-Sya'bi.

Firman Allah SWT: Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, dengan dosa apakah ia dibunuh?

Syed Qutb berkata: Kerendahan jiwa manusia di zaman jahiliah mengakibatkan tersebarnya adat menanam anak perempuan hidup-hidup kerana takut malu dan miskin. Adat ini telah diceritakan oleh al-Quran sebagai merakamkan keburukan zaman jahiliah. Ketika inilah Islam datang menyelamatkan umat arab dari jurangnya yang dalam dan mengangkat darjat manusia seluruhnya.

Firman Allah SWT: Dan apabila surat-surat amal dibentangkan.

Ibn Kathir berkata: Oleh yang demikian, hendaklah seseorang memperhatikan dengan apa dia mengisi lembaran catatannya.

Mujahid berkata: Iaitu ditarik. Sedangkan al-Suddi berkata: Iaitu dibuka dan al-Dahhak mengemukakan: Mengelupas dan kemudian menghilang.

Firman Allah SWT: Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya.

Al-Maraghi berkata: Ketika langit sudah terbuka secara keseluruhan sehingga tidak ada lagi apa yang dikatakan atas dan bawah.

Firman Allah SWT: Dan apabila neraka dinyalakan menjulang.

Al-Qatadah berkata: Neraka itu dinyalakan oleh murka Allah SWT dan pelbagai kesalahan anak cucu Adam a.s.

Firman Allah SWT: Dan apabila syurga didekatkan.

Al-Dahhak, Abu Malik, al-Qatadah dan al-Rabi' bin Khaitsam berkata: Iaitu mendekati para penghuninya.

Firman Allah SWT: (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

Al-Maraghi berkata: Pada saat seluruh kejadian yang telah diterangkan di atas berlaku, barulah setiap orang mengetahui amalannya yang diterima dan yang ditolak.

Kebanyakan manusia yang sewaktu hidupnya di dunia ini tertipu oleh pujuk rayu syaitan, pada hari kiamat kelak akan mendapati amalan-amalan mereka itu ditolak dan tidak dihargai Allah SWT. Bahkan amalan itu dijauhkan daripada Allah SWT serta dia mendapat kemurkaan-Nya.

Orang yang melakukan amalannya dengan riak untuk dilihat oleh orang ramai, maka amalannya itu hanya dianggap usaha yang sia-sia sahaja dan tidak diterima oleh Allah SWT.

Oleh sebab itu, kita wajib memandang perbuatan kita dengan kacamata Islam dan menimbangnya dengan timbangan yang benar. Allah SWT hanya menerima amalan yang lahir daripada hati yang berisi keimanan, penuh cinta dan mengharapkan keredaan-Nya serta melakukan kewajipan-Nya dengan bersungguh-sungguh.

Semoga kita bertambah keimanan berkenaan dengan hari kiamat dan seterusnya menjadikan kita golongan yang mendapat keredaan daripada-Nya. Amin.

Friday, May 21, 2010

AURAT WANITA BERHADAPAN IPAR DUAI..

Alhamdulillah , Segala Puja - Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina .

Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ) . Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat .

Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah ( seperti di dapur ) . Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .

Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " ( pandangan penuh berahi ) kepada kakak ataupun adik iparnya . Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai " makna jahat " !? .

Tudung kepala ( yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ini ) .

Inilah dia hukumnya berdasarkan mudahnya Islam . Di samping kemudahan diberikan , Islam tidak lupa juga memberi amaran akan bahayanya apabila kemudahan itu disalah gunakan .

Tidak dapat dinafikan , di dalam dunia moden ini kadang-kadang seseorang wanita itu terpaksa tinggal serumah juga dengan ipar-duainya lantaran perkerjaan ataupun pengajian . Hubungan ipar-duai itu hendaklah dijaga dengan batas-batasnya .

Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar-duai kita tetapi hubungan sebagai ipar-duai sahaja . Tidak lebih daripada itu .

Tapi BAHAYA ipar-duai ini juga perlu diawasi . Tidak sedikit manusia yang " TERLAJAK " dengan ipar-duai sendiri disebabkan hubungan dengan ipar-duai ini LEBIH HALUS , LEBIH SUKAR DIKESAN DAN LEBIH MESRA .

Kerana itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amarannya dengan mengatakan bahawa " Ipar-duai itu adalah MAUT " iaitu , " hubungan sumbang " dengan ipar-duai sendiri lebih merbahaya berbanding dengan orang yang tiada kaitan kekeluargaan dan persemendaan . Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : Drp Saidina 'Uqbah Bin 'Amir r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : (( " Jaga-jaga ! , Janganlah kamu bersunyi-sunyian ~ khalwat ~ dengan mana-mana wanita " )) , maka bangunlah seorang lelaki drp Kaum Ansor bertanya : " Bagaimana pula dengan ipar-duai ? " . Jawab Baginda s.a.w : " Ipar-duai itu sendiri adalah MAUT " )) . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh ( 9 / 5232 ) dan al-Imam Muslim rh ( 4 / 2172 ) . Juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ( 4 / 149 ) dan al-Imam at-Tirmidzie rh ( 3 / 1171 ) serta al-Imam as-Suyuthi rh ( Al- Jamie? as-Soghir : 2905 ) .

Sebaik-baiknya kita tidak duduk serumah dengan adik-beradik ipar kita .

Namun jika AMAN DRP SEBARANG BAHAYA ( apatah lagi dengan keganjilan perilaku dan kecenderungan seks zaman sekarang ) , maka TIDAKLAH MENGAPA tinggal serumah dengan mereka .

Mudah-mudahan Allah Ta'ala menyelamatkan kita sentiasa drpd musibah2x yg xdiingini.... Amin Ya Rabbal Alamin .

Thursday, May 20, 2010

PENGHAYATAN

Bismillahirrahmanirahim...

"Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya.
Maha Suci Allah setiap pagi dan petang.
Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi,
dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan orang musyrik.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.
Tiada sekutu bagi-Nya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk dalam golongan orang Islam."

Marilah kita sama-sama menghayati erti doa iftitah di atas, doa yang dibaca pada awal permulaan solat dengan sebenar-benar penghayatan dan pemahaman. Walaupun membaca doa iftitah sunat tuntutannya, namun saya dengan sukacitanya menggalakkan sahabat-sahabat Muslimin serta diri saya sendiri untuk sentiasa mengamalkan pembacaan doa tersebut dalam solat.

Dalam doa tersebut, terkandung janji dan taat setia kita kepada Allah SWT bahawa solat, ibadat, hidup dan mati kita hanyalah untuk-Nya. Jelas bahawa matlamat hidup kita sebenarnya hanyalah kerana dan untuk Allah SWT. Membacanya dalam solat serta memahami maksudnya, insyaAllah kita akan lebih khusyuk dalam solat dan solat juga akan menjadi lebih berkualiti.

Jika janji kita kepada Allah itu dipegang betul-betul dan diterjemahkan ke dalam kehidupan melalui amalan seharian kita, percayalah yang kita akan lebih ikhlas dalam mengerjakannya. Segala bentuk pekerjaan sama ada ibadah khusus atau ibadah umum akan dilakukan semata-mata kerana Allah SWT.

Di samping itu, tanya hati anda, berfikir dengan akal, di manakah kedudukan kita sekarang ini? Marilah kita bersama-sama memahami tujuan kehidupan ini. Menjadi hamba-Nya yang patuh dan taat. Menjadi khalifah yang amanah dan jujur. Semoga kita beroleh ketenangan jiwa sebagaimana yang difirmankan oleh Allah yang bermaksud:

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya." (Al-Fajr: 27–28)

Wednesday, May 19, 2010

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Monday, May 17, 2010

Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Saturday, May 15, 2010

Impian berakhir

KUALA LUMPUR – Malaysia tumbang kepada China pada separuh akhir Piala Thomas bukan sesuatu yang mengejutkan tetapi cara kekalahan kita yang kalah tanpa melawan itu yang mengecewakan lebih 12,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam dan seluruh rakyat negara ini.

Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tumpas kepada seteru utamanya, Lin Dan di gelanggang sendiri buat kali pertama, malah kekalahannya kali ini cukup mudah 17-21, 8-21 dalam masa hanya 47 minit.

Pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong juga mengalami kekalahan buruk 15-21, 10-21 kepada pasangan Fu Haifeng-Cai Yun untuk menambah sengsara Malaysia.

Hari buruk pasukan negara dilengkapkan dengan kekalahan mudah Wong Choong Hann 16-21, 7-21 kepada Chen Jin.

Bukan hendak menyalahkan sesiapa tetapi sehari sebelum perlawanan bermula lagi seperti ada yang tidak kena dengan persediaan Malaysia untuk menghadapi perlawanan genting menentang China.

Sehari sebelum saingan separuh akhir, semua pemain dan jurulatih diberikan rehat.

Ia tidak salah tetapi apakah wajar pemain diberi kebebasan melakukan aktiviti luar sedangkan kita sedang berada dalam satu kejohanan besar.

Kekuatan Malaysia dan China pada hakikatnya tidaklah terlalu jauh, tetapi apa yang membezakan kedua-dua pasukan semalam adalah fokus pemainnya.

Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong tidak memberi permainan sendiri, kaki dan kelihatan amat tegang.

Bagi Choong Hann pula, kekalahan kepada Chen Jin hanya membuktikan betapa kudrat tuanya tidak lagi mampu menyaingi pemain yang berusia sembilan tahun lebih muda daripadanya.

Sementara itu, dua ketua jurulatih negara, Rexy Mainaky (beregu) dan Rashid Sidek (perseorangan) berkongsi pandangan serupa, China terlalu unggul dan Malaysia langsung tidak berpeluang untuk memenangi perlawanan.

Penampilan China kali ini amat mengejutkan, setiap pemain mereka sangat bersedia dan mantap. Tindakan berani negara itu merehatkan kebanyakan pemain utama pada kejohanan antarabangsa, membuahkan hasil yang luar biasa.

“Apa yang boleh saya katakan, China terlalu unggul hari ini. Pemain-pemain mereka hadir dengan persiapan yang amat luar biasa, mereka benar-benar mengejutkan kita.

“Kekuatan China tidak diduga. Terbukti, standard mereka jauh meninggalkan pasukan lain ketika ini. Pemain kita telah cuba memberikan yang terbaik, tetapi kita kalah kepada pasukan yang jauh lebih baik,” akui Rexy.

“Kita sudah memberikan yang terbaik, tetapi ia tidak cukup untuk mengalahkan China. Mereka sangat kuat hari ini,” kata Rashid pula.

Malaysia kini terpaksa menanti dua tahun lagi untuk mengulangi sejarah 1992. Ketika ini, gelanggang kejohanan belum diketahui, tetapi itu tidak penting kerana yang penting, apakah dalam tempoh dua tahun lagi, Malaysia akan memiliki pasukan yang lebih baik dari sekarang?

Thursday, May 13, 2010

Piala Thomas: Hafiz bawa Malaysia ke separuh akhir

KUALA LUMPUR: Muhd Hafiz Hashim menjadi wira negara apabila meraih mata kemenangan untuk Malaysia mengatasi Denmark 3-2 dan mara ke peringkat separuh akhir Piala Thomas dalam perlawanan sengit peringkat suku akhir di Stadium Putra malam ini.

Ketika harapan tinggi negara diletak pada bahunya apabila kedudukan terikat 2-2, Hafiz ternyata tidak mengecewakan dan mudah menewaskan Joachim Persson 21-12, 21-10 dalam permainan perseorangan ketiga.Malaysia akan bertemu China pada perlawanan separuh akhir Jumaat ini.

Skuad badminton negara bermula cemerlang apabila Lee Chong Wei memberi mata pertama selepas menewaskan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17 dalam permainan perseorangan pertama.

Pasangan negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menambah mata kedua selepas mengatasi pasangan Denmark, Carsten Mogensen/Mathias Boe, 21-17, 21-19.

Bagaimanapun, Denmark bangkit merapatkan jurang mata apabila Jan O Jorgensen menewaskan Wong Choong Hann 22-20, 16-21, 21-18 dalam permainan perseorangan kedua.

Kedudukan kemudian terikat 2-2 apabila pasangan bergu kedua negara Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How tewas 26-24, 12-21, 18-21 kepada pasangan Denmark Lars Paaske/Jonas Rasmussen.

Monday, May 10, 2010

PROF.MADYA DR.ABDUL RASHID AHMAD MENINGGAL DI PPUM PADA 8/5/2010 JAM 4.40PM

Pada hari sabtu lepas,habis kenduri kawen kawan saya,saya gerak ke kl.Esok hari ahad saya ada kelas di Akademi Pengajian Islam UM (APIUM). Dalam perjalanan saya ke KL dengan menaiki bas central saya dapat satu panggilan telefon dari sahabat saya yang mengatakan pensyarah saya iaitu Prof.Madya Dr.Abdul Rashid Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada pukul 4.40 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Terkejut dapat berita tersebut,ramai kawan2 bertanya di mana rumah ustaz dan mereka mahu menziarahi.

Keesoknya harinya(Ahad),paginya ada kelas bahasa arab.Saya sepakat dengan kawan-kawan mahu peri rumah arwah sama-sama.Ada kawan lain sudah pergi awal.Ustaz yang ajar kami bahasa arab terkejut dengan berita tersebut,tidak tahu ustaz rashid sudah tiada.Ustaz cakap masuk kelas sekejap belajar sedikit.Dalam kelas arab perasaan saya xtentu hala asyik tengok jam sebab xsabar nak pergi rumah arwah ustaz rashid.Tepat pukul 9 pagi,saya dan kawan-kawan yang lain terus bergerak ke rumah arwah ustaz rashid di Batu 9,Hulu Langat.Dalam perjalanan ke rumah arwah kami tersesat jalan,terlajak ke depan.Terpaksa patah balik belakang semula.Alhamdulillah,selamat sampai ke rumah arwah ustaz rashid.Sampai Ke rumah arwah saya dan kawan-kawan terus melawat jenazah.Ramai tetamu yang hadir termasuk pensyarah-pensyarah di APIUM.Bersalaman dengan mereka.Pukul 10 pagi jenazah ustaz rashid dibawa ke masjid dengan menaiki kereta jenazah untuk di sembahyangkan.Ramai tetamu mengiringi jenazah ke masjid.Ustaz Fauzi Deraman mengetuai jadi imam solat jenazah.

Pukul 10.30 pagi jenazah ustaz rashid terus di bawa ke tanah perkuburan upacara pengebumian.Saya lihat dari dekat jenazah ustaz rashid di bawa masuk ke dalam liang lahad.Alhamdulillah habis semua pengebumian,bacaan talkin yang dibaca oleh imam masjid..Tak lama kemudian hujan lebat membasahi di Hulu Langat..Syukur padamu Ya Allah..Semoga rohnya dicucuhi rahmat dan ditempatkan para-para solihin..Al-Fatihah..

Jasamu tak akan saya lupakan sampai bila-bila.Terima kasih ustaz kerana mengajar kami selama ini..Saya dan kawan-kawan akan tetap kenang sampai bila-bila..

Sunday, May 9, 2010

Tinggal kenangan bersama Prof.Madya.Dr.Abdul Rashid Ahmad

Tinggal kenangan...


Bilik arwah ustaz rashid...

me & arwah ustaz rashid..

kelas tafsir maudu'i..

semangat ustaz rashid biarpon keadaan dia kurang sihat..jasamu akan ku tetap kenang sampai bila2..

Saturday, May 8, 2010

Hayati maksud ayat al-Fatihah

DOA terkadang tidak serupa minta, minta lain tapi buat lain, malah ada juga bertentangan dengan apa yang kita minta dan sebut "amiin".

Bila imam baca doa kita di belakang main sebut saja, "amin" tidak tahu dan faham apa yang imam berkenaan baca.

Doa sebenarnya permintaan, ia perlu difahami kemudian baru ia dapat masuk ke dalam hati.

Kalau main minta atau main angkat tangan saja tetapi tidak memahami apa-apa isi kandungan doa berkenaan ia dianggap sebagai bermain-main ketika berdoa.

Sudah berpuluh tahun kita meminta perkara sama tetapi masih tidak dapat-dapat. Sebenarnya, bukan Allah tidak perkenankan tetapi kita sendiri hanya pandai meminta tetapi tidak pandai mencari.
Minta tetapi tidak mencari sama halnya dengan berangan-angan. Antara yang wajib kita minta setiap hari adalah ayat "ihdinassiratal mustaqim" yang dibaca 17 kali setiap hari.

Maksudnya adalah tunjuklah kami jalan yang lurus. Kita wajib membacanya setiap kali sembahyang. Besarnya makna doa ini adalah ia tidak didahulukan melainkan selepas kita memuji Allah terlebih dahulu.


Kalau main minta atau main angkat tangan saja tetapi tidak memahami apa-apa isi kandungan doa berkenaan ia dianggap sebagai bermain-main ketika berdoa.

Sudah berpuluh tahun kita meminta perkara sama tetapi masih tidak dapat-dapat. Sebenarnya, bukan Allah tidak perkenankan tetapi kita sendiri hanya pandai meminta tetapi tidak pandai mencari.

Minta tetapi tidak mencari sama halnya dengan berangan-angan. Antara yang wajib kita minta setiap hari adalah ayat "ihdinassiratal mustaqim" yang dibaca 17 kali setiap hari.

Maksudnya adalah tunjuklah kami jalan yang lurus. Kita wajib membacanya setiap kali sembahyang. Besarnya makna doa ini adalah ia tidak didahulukan melainkan selepas kita memuji Allah terlebih dahulu.

Bahawa segala pujian itu meliputi pada-Nya dan Dia itu adalah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Doa ini tidak didahulukan ia, melainkan setelah kita berikrar mengaku sebenar-benarnya bahawa hanya Allah, Tuhan yang kita sembah dan tempat kita meminta pertolongan.

Setiap hari minta "jalan yang lurus" tahukah kita apa jalan yang lurus itu? Kalau tidak tahu kena belajar dan membaca. Jalan yang lurus itu sangat penting.

Setengah remaja hanya tahu jalan betul saja, jumpa jalan betul terus merempit. Orang Palestin mati di jalan Allah tetapi kita mati di jalan betul.

Kalau kita perhatikan sebaik saja meminta jalan yang lurus, "ihdinassiratal mustaqim" Allah mentafsirkan jalan lurus itu adalah Allah sudah berikan nikmat-Nya kepada orang yang terdahulu. Siapakah orang-orang ini?

Mereka adalah Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia' . Apakah itu nikmat? Itulah nikmat Iman, Islam dan Ihsan. Hanya dengan jalan iman, Islam dan ihsan, barulah kita dapat mengikut jalan yang lurus.

Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia melalui jalan itu dan Allah tunjukkan jalannya. Maka yang kita minta itu adalah untuk mengikut jalan seperti mereka supaya kita benar-benar sampai kepada Allah.

Jalan yang lurus inilah yang akan sampai kepada Allah. Selain itu, ada juga jalan tetapi tidak sampai kepada Allah. Allah terangkan lagi dalam surah Al-Fatihah ini, minta dijauhkan kita daripada dua jalan yang tidak sampai kepada Allah.

Itulah dia jalan orang yang Allah dimurkai dan jalan orang yang sesat yang tidak mempercayai Allah seperti Namrud dan Firaun.

Mereka menolak Allah dan mereka adalah orang yang mendapat laknat Allah. Jalan orang yang sesat pula adalah Yahudi dan Nasrani (kristian).

Walaupun mereka percaya Tuhan, tetapi jalan yang mereka lalui itu adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan. Justeru, mereka tidak akan sampai kepada Tuhan.

Orang yang boleh sampai kepada Tuhan adalah mereka yang mengikuti jalan yang lurus. Jalan ini ditempuh oleh Nabi, Rasul, Sahabat, Tabiin dan juga wali Allah sebelum ini.

Maka, kita mengharapkan belas kasihan agar Allah tunjukkan kita jalan supaya kita boleh sampai kepada Allah. Dinyatakan tadi jalan itu adalah Iman, Islam dan Ihsan.

Ketiga-tiganya adalah nikmat besar Allah berikan jika kita mendapatkannya. Namun, ketiga-tiganya mestilah difahami dan dihayati seterusnya menjadi amalan dan perjuangan hidup kita. Barulah kita mendapat jalan yang lurus.

Kalau sekadar slogan atau cakap-cakap saja, itu dikira belum dapat lagi. Cubalah muhasabah diri kita sejauh mana kita bersungguh ketika berkomunikasi dengan Allah.

Paling kurang ayat al-Fatihah yang kita baca seharian, antara faham, kehendak dan realiti biarlah ia selari seiring dan sejalan. Fahamilah, hayatilah, amalkanlah serta perjuangkanlah.

Thursday, May 6, 2010

Malaikat urus hal ehwal manusia, bumi

RUKUN iman yang kedua ialah percaya kepada malaikat. Setiap Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah wajib mempercayai adanya malaikat yang juga makhluk Allah SWT yang diciptakan daripada cahaya.

Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul.


Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah SWT yang tahu. Namun, berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan makhluk lain.


Ia berakal, boleh berkata-kata dan mampu bergerak ke satu jarak yang jauh dalam masa singkat. Kewujudan malaikat semata-mata untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah SWT.


Malaikat tidak makan dan tidak minum, tidak mengantuk dan tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih.


Malaikat sangat banyak bilangannya dan Allah SWT saja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka.


JIBRAIL: Tugasnya membawa wahyu daripada Allah SWT kepada Rasul dan Nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, banjir, ribut dan lain-lain lagi.


MIKAIL: Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan dan mengeluarkan hasil galian bumi.


ISRAFIL: Tugasnya untuk meniup sangkakala ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur. Sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.

IZRAIL: Tugasnya mengambil nyawa iaitu mematikan apabila sampai ajal dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat atau lewat walau sesaat.


MUNKAR: Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.


NAKIR: Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.


RAQIB: Tugasnya menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.

ATID: Tugasnya menulis dosa orang yang membuat mungkar dan kejahatan.


RIDHWAN: Penjaga syurga.


MALIK: Penjaga neraka. Firman Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 66: “Malaikat itu tidak menderhaka kepada Allah mengenai apa yang Dia perintah kepada mereka dan mereka membuat apa jua perintah oleh-Nya.”

Tiga sifat tanda kesempurnaan iman

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain.” (Hadis riwayat Ahmad)

Harta benda atau wang ringgit kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya.
Oleh itu, manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan hak seperti berzakat pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat melimpah ruah.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa juga yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-Nya.” – (Surah al-Israk, ayat 30)

Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara keperluan spiritual (rohani) dan dan fizikal (material, intelektual) di mana semua komponen ini saling berkait rapat dan sangat penting bagi menjadikan kehidupan seseorang seimbang, tenang dan damai.

Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwah yang dituntut Islam untuk diamalkan selalu oleh setiap Muslim menjalani kehidupan bermasyarakat bagi melahirkan perasaan saling hormat menghormati di samping mewujudkan perpaduan dan kasih sayang.

Wednesday, May 5, 2010

Diri sendiri wajar jadi contoh

KITA seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah. Malah, kita berkeinginan untuk berubah, tetapi masih tidak kesampaian.

Kita mahu negara kita berubah, kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita, tetapi malangnya anak dan isteri kita masih tidak mampu kita ubah. Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri. Rahsia mengubah orang adalah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya kita tidak mula daripada diri sendiri tidak berkesan. Kadangkala hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap kita itu tidak serupa bikin dengan apa yang kita laungkan. Elok juga kita fikirkan perbandingan ini, kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak dibina. "Mulakan dengan dirimu," kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri. Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali membincangkan kelemahan diri sendiri. Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah pasti ia dapat mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain. Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri dan orang lain? Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Mana mungkin kita mahu mengajak orang berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama. Jadilah seperti `ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin. Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil. Ketiga: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan. Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil. Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat. Keenam: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri.

Monday, May 3, 2010

Allah menegur perbuatan Rasulullah

SURAH ini termasuk dalam surah makkiah. Diturunkan selepas surah al-Najm. Dalam surah terdahulu dinyatakan berkenaan hari kiamat, manakala dalam surah ini pula menceritakan perihal orang yang mengambil manfaat daripada peringatan itu.

Firman Allah SWT: Ia memasamkan muka dan berpaling, kerana ia didatangi orang buta. Ibn Ummi Maktum datang menghadap Nabi Muhammad SAW di Mekah. Ketika itu baginda asyik bercakap-cakap dengan pemimpin-pemimpin Quraisy seperti Utbah dan Syaibah, kedua-duanya ialah anak Rabi'ah, Abu Jahl Ibn Hisham, Abbas Ibn Abd al-Mutallib, Umayyah Ibn Khalaf dan al-Walid Ibn al-Mughirah untuk diajak kepada Islam, diberi peringatan tentang kedatangan hari kiamat, kekuasaan Allah SWT dan diharapkan sebagai orang yang akan menerima balasan baik jika menganut Islam.

Rasulullah SAW amat mengharapkan agar seruannya itu diterima kerana baginda mengetahui andainya mereka menganut Islam pasti ramai yang akan mengikut mereka.

Ini kerana kuasa kepimpinan bangsa Arab terletak di tangan mereka. Ketika baginda asyik bercakap-cakap, tiba-tiba Ibn Ummi Maktum mencelah, katanya: "Ya Rasulullah, bacakan dan ajarkanlah aku apa yang telah diajarkan oleh Allah SWT kepada tuan".

Berulang kali ucapan itu disampaikan tanpa dia mengetahui kesibukan baginda bersama-sama tokoh kaum yang sedang berbicara sehingga baginda berasa tidak senang hati apabila percakapannya disampuk dan nampak rasa kurang selesa pada raut wajah baginda lalu berubah mukanya menjadi masam lantas ia berpaling.

Firman Allah SWT: Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui (tujuannya, Wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepada-Nya.

Syed Qutb berkata: Tahukah engkau barangkali hati lelaki akan disinari nur Allah yang akan mengubahnya menjadi rumah nur yang sentiasa menerima nur dari langit?

Kebajikan ini akan menjadi kenyataan apabila ada hati yang membuka pintunya untuk menerima hidayah dan apabila hakikat iman terpacak kukuh di dalam hatinya. Inilah persoalan agung dalam neraca pertimbangan Allah SWT.

Firman Allah SWT: Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran al-Quran). Maka Engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal Engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).

Ibn Kathir berkata: Engkau tidak dituntut melakukan hal tersebut jika ia tidak membersihkan dirinya.

Firman Allah SWT: Adapun orang yang segera datang kepada-Mu. Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), maka engkau berlengah-lengah melayaninya. Al-Maraghi berkata: Ternyata engkau mengabaikan permintaannya.

Firman Allah SWT: Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya. Wasiat ini berlaku sama kepada seluruh umat manusia dalam menyampaikan ilmu baik antara orang mulia mahupun orang yang hina.

Qatadah dan al-Suddi mengatakan: Iaitu al-Quran. Ini bagi yang sentiasa mengingati Allah.

Firman Allah SWT: (ayat-ayat suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), (terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz (malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.

Al-Maraghi berkata: Peringatan itu telah dicantumkan dalam kitab Allah SWT yang mulia lagi tinggi, suci dari sebarang kekurangan, tidak bercampur dengan unsur-unsur kesesatan dan diturunkan kepada nabi melalui para malaikat, kemudian peringatan itu diteruskan kepada seluruh manusia.

Penutup

Syed Qutb berkata: Ayat-ayat al-Quran itu mulia dalam semua pertimbangan dan mulia dalam suhuf-suhufnya. Ia dijunjung tinggi dan suci.

Ia diserahkan kepada utusan-utusan para malaikat ang tertinggi, mulia dan taat setia untuk dikirimkan kepada para rasul yang terpilih di bumi supaya disampaikan kepada penghuni-penghuninya.

Itulah sifat malaikat yang mulia dan taat setia. Ayat-ayat itu amat mulia dan suci dalam segala perkara yang dibicara dan disentuh olehnya.

Ayat-ayat tersebut sungguh mulia dan tidak ditawarkan kepada orang-orang yang enggan menerimanya dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak memerlukannya. Ia untuk orang yang mengiktiraf kemuliaannya dan mahu membersihkan diri dengannya.

Penjelasan ayat ini merupakan neraca Allah untuk pertimbangan manusia dan kedudukan mereka dan hanya Dia yang mampu mengatur segala-galanya.