Tuesday, February 23, 2010

GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG

Daripada Mughirah bin Syu'bah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka) sehinggalah sampai suatu saat yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Mereka sentiasa berjaya.

H.R. BUKHARI

KETERANGAN

Allah S.W.T telah menjadikan umat islam yang terakhir sekali. Oleh iu Allah S.W.T berjanji akan memelihara al-Quran dan memastikan lahirnya generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga wujud golongan mukminin dibumi ini. Kalau kita teliti sejarah umat Islam mulai zaman penyebaran hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah diuji dengan ujian yang berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah,Yahudi dab Nashrani di Madinah, seterusnya gerakkan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, Golongan Bathiniyah,pengaruh falsafah dan fikiran Yunani,serangan bangsa Moghol dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamaddun Baghdad pada pertengahan abad ketujuh Hijrah.

Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramai-ramai terhadap kaum Muslimin ketika kejatuhan kerajaan Islam di Andalus ( Sepanyol) dan seterusnya di sambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Ziaonis Yahudi dan Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan di segi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya. Walaupun ujian yang sangat dasyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam dunia hari ini.

Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walaupun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syiar-syiar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syiar-syiar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walaupun aktivis-aktivis Islam di tindas dan di seksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap daripada muka bumi ini, hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Maka pada masa itu Allah S.W.T akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin. Yang tinggal hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir,maka pada saat itulah akan berlaku hari kiamat.

Setiap zaman dan juga tempat,
mestilah wujud pembela umta,
penyebar ilmu pembawa rahmat,
tetap berjaya tidak tersekat.

Kepada Allah syukur dipanjat,
memilih kita sebaik umat,
penyebar ilmu pembawa rahmat,
hidup kita membawa berkat.

Monday, February 22, 2010

ULAMA TIDAK DIPERLUKAN

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda: "Ya Allah! Jangan Kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama tidak diikut lagi dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya) lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."

H.R.AHMAD

KETERANGAN

Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut untuk mendekati para ulama kerana khuatir perbuatan mereka akan menegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walaupun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Golongan ini juga pandai bercakap dan memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal mereka adalah seperti harimau yang bersedia untuk menerkam dan mencari mangsa.

Para ulama tidak dihormati,
nasib mereka tidak diangkat,
siapa lagi pedoman umat,
kalau mereka tidak diminat.

Bila umala sudah tiada,
barulah kita rasa kecewa,
mayat terbaring dalam keranda,
tiada orang membaca doa.

Sunday, February 21, 2010

RELAKS SEKEJAP..JANGAN TENSION2...PERIBAHASA BARU..

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu…kalau dia berenti….akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa: Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus….pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknanya: Kalau :placesurat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak… be proud of what you are.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: :placeAda orang kentotlah tu…

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri….tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang….check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke….kat tengah ke…tengah baring ke.

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak……btol tak?

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib :placemalang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.

Maknanya: maknernyer . . .

maknernyer…………….

maknernya……………..

Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC……

Pergi lah buat kerja!!!!!

Saturday, February 20, 2010

MENYUBURKAN HARTA DENGAN SEDEKAH

Assalamu’alaikum wr. wb.

Saudaraku…,
Sesungguhnya, sedekah itu tidak akan mengurangi harta kita, melainkan akan bertambah banyak. Memang, secara matematik sepuluh dikurangi dua itu sama dengan lapan (10 – 2 = 8). Namun, sesungguhnya matematik kehidupan itu tidaklah sama dengan matematik teoris.

Secara matematik, jika kita bersedekah, maka hal itu akan mengurangi harta kita sebagaimana contoh perhitungan di atas. Namun, bagi hamba-hamba yang ikhlas, adalah sangat mudah bagi Allah untuk menggantinya dengan rezki yang sebaik-baiknya. Sebagaimana janji Allah dalam Al Qur’an surah Saba’ ayat 39 berikut ini: “Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya”. (QS. Saba’. 39).

Sedangkan dalam sebuah hadis, diperoleh penjelasan bahawa sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengurangi harta kita, melainkan akan bertambah banyak. Oleh karena itu bersedekahlah, semoga Allah merahmati kita. Amin!

Rasulullah saw. bersabda: “Tawadhu’ (merendahkan diri) itu tidak akan menambah kepada seseorang, kecuali ketinggian. Kerana itu bertawadhu’lah kamu, semoga Allah meninggikan darjatmu. Dan pemberian maaf itu tidak menambah sesuatu bagi seseorang, kecuali kemuliaan. Karana itu maafkanlah olehmu, semoga Allah memuliakan kamu. Dan sedekah itu tidak akan mengurangi harta, melainkan akan bertambah banyak. Maka bersedekahlah kamu, semoga Allah merahmati kamu”. (H. R. Ibn Abud Dunia).

Saudaraku…,
Dalam bersedekah, kita tidak perlu takut akan menjadi miskin sehingga hal ini dapat mendorong kita untuk berlaku kikir terhadap sesama. Janganlah kita terpedaya oleh tipu daya syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya Allah menjanjikan ampunan dan karunia untuk kita. Dan Allah Maha Luas karunia-Nya lagi Maha Mengetahui. “Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (QS. Al Baqarah. 268).

Saudaraku…,
Dalam ayat yang lain, diperoleh keterangan sebagai berikut: “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendo`alah untuk mereka. Sesungguhnya do`a kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (QS. At Taubah. 103).

Nah…, dari huraian di atas, apakah kita masih tetap ragu-ragu untuk bersedekah? Apakah kita masih tetap akan berlaku kikir terhadap sesama? Untuk apa? Bukankah di dalam harta kita, ada bahagian tertentu buat mereka? “Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu, bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta)”, (QS. Al Ma’aarij. 24 – 25).

Friday, February 19, 2010

Di serang ikan ganjil ( tidak serupa macam ikan pirana)






ISLAM NAMA SAHAJA

Daripada Ali in Abi Talib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-sejahat makhluk yang ada di bawah kolong(naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah dan mereka fitnah itu akan kembali"

H.A.AL-BAIHAQI

KETERANGAN

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. ini. Kalau belum pun,ia sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

Nasib Islam di akir zaman,
cuma nama tanpa amalan,
Al-Quran dibaca dipertandingkan,
suruh tegahnya tidak dihiraukan.

Ada ulama cari dunia,
bermacam fatwa mudah dikata,
asalkan dapat wang dan harta,
hukum-hakam direka-reka.

Thursday, February 18, 2010

BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Dari Anis bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tidak berlaku (terjadi )hari Qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid.”

H.R. ABU DAUD

KETERANGAN

Diantara tanda hampirnya hari qiamat ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dngan masjid yang mereka bina. Masing-masing Negara berbangga dan berasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja,tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjemaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik tetapi yang datang bersembahyang didalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

Masjid mereka tersergam indah,

Bagai istana yang sangat mewah,

Jadi tumpuan pelancong berkelah,

Tiada malu aurat didedah.


Ketika azan nyaring diseru,

Dari menara tersedu-sedu,

Hanya sedikit datang menuju,

Yang lebih banyak duduk terpaku.