Sunday, March 7, 2010

Kuliah petang dibatalkan

Petang tadi pukul 2.30pm kelas Pengajian Teks Al-Hadith (Ustaz Rashid ) dibatalkan sebab masalah kesihatan..notis keluar petang tadi juga..ermm..nak buat macam kan..tak ada ustaz lain gantikan,so..balik la semuanya..sebelum pulang,sempat juga la bincang pasal assignment ustaz khairul nizam bagi..diaorang ajak pergi perpustakaan UKM hari sabtu minggu ni..cari bahan buat assignment..ustaz pun dah bagi pilihan,nak buat dalam kumpulan atau pun persendirian..kalau buat dalam kumpulan ustaz cakap tidak lebih dari tiga orang.ok la ustaz buat macam tu..tanya kawan-kawan sekelas ramai nak buat persendirian..diaorang cakap senang skit..yela nak buat kumpulan mesti la ada kesefahaman..sama-sama buat dan tak ada la yang lepas tangan..saya pun tengah pikir tajuk apa nak buat..tajuk ustaz dah beri..tinggal bahan sahaja yang tinggal..

Bulan 3 tiga ada pesta buku antarabangsa tapi tarikh belum ketahui lagi..Insyaallah nak pergi juga pesta buku tu nanti,boleh la borong buku banyak-banyak..hehe..ermm..cukup lah cter hari ini..apa-apa pun selamat menyiapkan assignment dengan jaya..teruskan berusaha sampai berjaya..jangan leka..kata-kata semangat buat diri saya..:-)

Sekian..wassalam..

Saturday, March 6, 2010

Lagi mangsa dera kanak2..

Dari Berita Harian : Eja trauma dakwa anak di dera amah..

KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Shahrizah Saifuddin (atas), 38, yang popular dengan panggilan Eja, trauma kerana mendakwa anaknya yang berusia enam bulan didera pembantu rumahnya, selain kerugian hampir RM50,000 kerana wanita warga Indonesia itu merosakkan perabot dan kelengkapan rumahnya sebelum melarikan diri.

Pembantu rumah dikenali sebagai Mona atau nama panggilan, Susie, 29, dari Medan, Indonesia itu menghilangkan diri pada 18 Februari lalu.

"Sebelum ini, anak saya, Nur Eishal, saya dapati berdarah di bibir dan luka pada tangan ketika saya meninggalkannya di rumah bersama Susie," katanya.

Berikutan itu, Eja membuat dua laporan polis, pertama berhubung pembantu rumahnya yang melarikan diri di Balai Polis Mont Kiara, manakala laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Rabu lalu bagi melaporkan kerosakan harta bendanya.

Selain merosakkan harta benda dalam rumah, pembantu rumah pelakon drama 'Seputeh Qaseh Ramadan' selama tiga bulan dua minggu itu juga didakwa mencuri pakaian dan barangan peribadi milik artis berkenaan.

"Tidak kisah jika dia tidak mahu bekerja dengan saya, tetapi kenapa perlu merosakkan harta benda di kediaman baru kami.

"Saya dapat rasakan Susie mempunyai masalah jiwa, dari raut wajah, dia nampak seperti seorang yang berdendam dan tidak boleh melihat sesuatu di depan mata dengan sempurna.

"Saya tidak pernah memarahinya, jauh sekali mengasari atau menderanya. Jika menegur, saya lakukan dengan baik, tidak pernah saya meninggikan suara.

"Bagaimanapun, Susie tidak boleh ditegur, dia akan balas dengan melakukan kerosakan pada barangan rumah saya. Bayangkan daripada pintu bilik, tangga, lantai hinggalah kepada kelengkapan rumah, barangan elektrik dan periuk belanga, semuanya bertanda. Dia mungkin mencalar dan menetaknya dengan pisau dan senjata tajam.

"Mulanya, saya menganggap Susie seorang yang kasar ketika melakukan kerja rumah, jadi saya dan suami, Mohd Silahuddin Jamaluddin tidak mengendahkannya, tetapi selepas melarikan diri, dia meninggalkan kerosakan yang lebih besar.

"Saya pelik kerana mendapati muka dan badannya calar balar pada hari pertama bekerja di rumah saya, alasannya jatuh motosikal, tetapi sejak itu, saya mula tidak sedap hati," katanya.

Eja berkata, dia membuat laporan kedua kerana mahu Susie bertanggungjawab atas perbuatannya, selain bimbang keselamatan orang lain juga terancam jika mengambilnya bekerja.

"Saya percaya, wanita yang menipu identiti ini kerana dalam pasport namanya Mona, tetapi mahu dipanggil Susie, seorang yang bahaya," dakwanya.


Friday, March 5, 2010

MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda ; "Akan timbul akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai dan percakapan mereka lebih manis dari gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah S.W.T. berfirman kepada mereka , "Apakah kamu tertipu dengan kelmbutanKu"Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepadaKu?Demi kebesaranku Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)"

H.R.TIRMIZI

KERETANGAN

Golongan yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah orang-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan menipu diri sendiri mereka sendiri. Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman punakan kehabisan akal dam buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam pemasalahan yang dihadapi.

Ada kumpulan suka menggadai,
agama suci diubah suai,
tiada malu kepada handai,
asalkan wang dapat dicapai.

Manis ucapan sedap ungkapan,
namun dihati wang niatkan,
Allah bersumpah pastik turunkan,
azab yang pedih da membingungkan.

Thursday, March 4, 2010

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullullah S.A.W. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda: "Wahai kaum Kuhajirin,lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (Kalau kalu telah mengerjakannya) maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T. semoga kamu tidak menemui masa itu.

  1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terang melakukannya kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak dikalangan mereka. Mereka juga akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah ditimpa umat-umat yang lalu.
  2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman dikalangan pemimpin mereka.
  3. Dan tiada menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan dari mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang (yang juga hidup diatas muka bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah S.W.T.
  4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh iu merampas sebahagian daripada apa yang ada ditangan mereka.
  5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan,maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri.
H.R. IBNU MAJAH

KETERANGAN

Hadis di atas menerangkan bahawa penyakit Tha'un dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku penzinaan. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum muslimin (seperti hilangnya tanah Palestin dari tangan kaum muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkianati janji-janji mereka terhadap Allah S.W.T. Perang saudara yang berlaku dikalangan kaum muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah S.W.T. dan tidak mahu menjadikan al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Lima maksiat dibalas segera
Dalam dunia sebagai dera
Supaya insan insaf dan taqwa
Lalu meminta "Taubat Nasuha"

Wednesday, March 3, 2010

15 MUSUH IBLIS

Nabi Muhammad S.A.W.
Imam yang adil
Orang kaya yang rendah hati
Pedagang yang jujur
Orang alim yang sembahyangnya khusyuk
Orang beriman yang suka memberi nasihat
Orang yang beriman yang pengasih
Orang yang taubat dan tetap atas taubatnya
Orang yang tidak mahu berbuat kemungkaran
Orang yang beriman yang sentiasa berwudhuk
Orang beriman yang banyak bersedekah
Orang beriman yang berkelakuan baik
Orang beriman yang memberi manfaat kepada orang lain
Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca al-Quran
Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam
sedangkan orang lain tidur dengan nyenyaknya.

Sedangkan orang solat (sembahyang) tetapi fikirannya berjalan ke mana-mana masih celaka dan neraka tempatnya. Apalah pula orang yang tidak bersembahyang atau sembahyangnya tidak sempurna. Marilah kita bersama-sama renungkan sejenak karya hasil ciptaan al-Marhum Prof.Hamka:

"Kain basahan dibawa mandi,
Setelah mandi dibawa pulang
Amal ibadah di bawa mati
Harta yang banyak diambil orang"
"Kayu ara ditepi laut
Jatuh sebiji dimakan ikan
Kalau datang Malaikat Maut
Kemana nyawa nak disembunyikan"
"Burung layang terbang melayang
Hinggapnya di jayu jati,
Untungnya orang yang bersembahyang,
Mukanya jernih hatinya suci"
"Solatlah engkau sebelum disolatkan
Menangislah kamu sebelum kamu ditangisi
Mandikan dirimu sebelum dimandikan
Hisablah dirimu selagi diatas dunia
Sebelum dihisab Allah dipadang Mahsyar nanti"

Tuesday, March 2, 2010

PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda, "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku "Al-Harj ".Sahabat bertanya, "Apakah Al-Harj itu Ya Rasulullah?"Nabi S.A.W. menjawab: "Peperangan demi peperangan demi peperangan"

H.R, IBNU MAJAH

Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaran sabda junjungan kita Nabi S.A.W. Harta benda melimpah ruah. Banyak alatan-alatan moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh itu ramai orang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Semakin maju teknologi ,semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk di bawah etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri. Nampaknya,begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini,sehinggalah sampai ke titik akhirnya,iaitu kiamat.

Dari timur sampai ke Barat,
perang erjadi semakin hebat,
tiada kasihan mata melihat,
bergelempangan menjadi mayat.

Harta dunia jadi rebutan,
darah di tumpah sebagai tebusan,
tidak peduli kawan dan lawan,
asalkan dapat harta rampasan.

Monday, March 1, 2010

Gambar kawen sahabatku di Nibong Tebal & jalan2 di Kuala Muda,Sg.Petani,Kedah.


Ana dengan Ustaz Halim (ayah mertua khairol)..dah lama xjumpa selepas dia pindah ke Penang.Ana pernah berlajar dengan dia masa sekolah agama dulu2..

Tahniah buat pasangan Khairol & Afzan..Selamat Pengantin Baru.."-)
Alhamdulillah sekali lafaz akad nikah..Tahniah Khairol






permandangan waktu petang di Pantai Merdeka,Kuala Muda.