Monday, March 15, 2010

Insan banyak berselawat paling rapat dengan Rasulullah di akhirat

DARIPADA Ubai bin Kaab, katanya: “Adalah Rasulullah pabila sampai satu pertiga malam, baginda pun bangun lalu bersabda, “ Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) diikuti peristiwa dahsyat, (golombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut). Aku berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?

Baginda menjawab: Seberapa banyak kamu kehendaki. Aku bertanya lagi: Satu perempat? Beliau menjawab: Seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ia menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu. Aku bertanya lagi: Bagaimana jika separuh? Baginda menjawab: Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu. Aku bertanya lagi: Bagaimana jika dua pertiga? Baginda menjawab seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ia menjadi kebajikan kepada kamu. Aku bertanya lagi: Bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya untuk berselawat kepadamu? Baginda menjawab: Oleh yang demikian segala kehendakmu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu.” (Hassan)

Rasulullah mengingatkan umatnya supaya sentiasa mengingati Allah sepanjang masa dan mengingati mati kerana kematian umpama kiamat kecil bagi setiap manusia yang hidup. Bahkan kematian akan datang pada bila-bila masa dalam pelbagai bentuk termasuk berlaku bencana. Malapetaka yang datang seperti gempa bumi, ombak besar (tsunami), tiupan angin kuat (puting beliung) dan sebagainya adalah ujian ditentukan Allah bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap hamba-Nya.

Oleh itu, umat Islam hendaklah sentiasa beringat (jangan lalai dan alpa) dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya di samping berselawat ke atas baginda Rasulullah sepanjang masa dan berdoa dijauhi daripada bahaya serta bencana menimpa.

Orang yang banyak berselawat adalah yang paling rapat dengan baginda di akhirat kelak di mana segala permohonan akan diperkenankan Allah di samping itu segala dosanya akan diampunkan dan sentiasa mendapat perlindungan daripada-Nya.

Sesungguhnya arahan Rasulullah supaya umatnya memperbanyakkan selawat juga disertai dengan suruhan tidak meninggalkan perintah agama serta menjauhi segala larangan-Nya.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Saturday, March 13, 2010

Majlis kenduri kawen Anuar Hanis

Selamat pengantin baru Nuar & isterinya..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..amin..:-)

Best Friends..old school..

makan cover la pulak pengantin ni..hehe..sila2..jangan segan silu..

ermmm...tok nan ada dtg juga..waris diaorg kot..hehe

Jemput makan pengantin..




Pengantin baru sampai...


Dari kanan:zurina,ina & wana.


Friday, March 12, 2010

MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda: "Tidak akan menjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api.

H.R. TIRMIZI

KETERANGAN

Masa akan berlalu begitu cepat.Belum sempat berbuat sesuatu,tiba-tiba masa sudah terlalu larut,sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan.Kita seakan-akan sibuk,tetapi kita tidak paham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada perkara yang dapat kita selesaikan. Itu yang dimaksudkan dengan singkatnya masa. Menurut Imam al-Karmani,yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut kebberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu,dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan,tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya kiamat.

Waktu yang panjang terasa singkat,
Amal ibadat belum dibuat,
Bulan berlalu hari dan saat,
Tanda dunia hampir kiamat.

Kenapa kita selalu lalai,
Waktu dibuang tidak dipakai,
Masalah umat berbagai-bagai,
Tanggungan kita belum selesai.

Thursday, March 11, 2010

ZAMAN ORANG TIDAK PEDULI DARI MANA DAPAT HARTA

Daripada Abu Hurairan r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta,apakah dari sumber yang halal ataupun haram,"



KETERANGAN

Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme,segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar-mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak mempedulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi,apakah sumber yang halal atau sumber yang haram. Yang penting harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu ataupun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

Ramai orang tidak mengira,
dari mana beroleh harta,
halal dan haram tidak dibeza,
asalkan cepat menjadi kaya.

Memang nafsu sudah diatur,
cinta dunia susah dilebur,
jangan biarkan hatimu kotor,
nanti di seksa di alam kubur.

Wednesday, March 10, 2010

LIMA(5) SYARAT-SYARAT IBADAH DALAM ISLAM

Pengertian Ibadah:

Ibadah bermaksud semua amalan dan tindak tanduk yang syarie, yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas, untuk dipersembahkan kpd ALLAH SWT.

Ibadah kepada ALLAH meliputi semua ibadah asas, ibadah tambahan dan perkara2 harus(mubah), dan hanya akan menjadi ‘berpahala’ jika pelaksanaannya menurut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.

Syarat2 tersebut dinamakan, ‘Lima(5) Syarat2 Ibadah Dalam Islam’.

Jika, sekiranya amalan-amalan kita tidak mengikuti syarat-syarat tersebut, maka ia hanya akan menjadi perbuatan yang sia-sia saja menurut pandangan ALLAH. Amalan itu tidak diberi pahala, bahkan adakalanya mendatangkan dosa pula.

Apakah ‘Lima(5) Syarat-syarat Ibadah’ tersebut?



1) Niat Mesti Betul

2) Perlaksanaan Mengikut Peraturan Syariat

3) Perkara/Subjek mesti Dibolehkan oleh Syariat.

4) Natijahnya memberi Manfaat

5) Tidak Meninggalkan Ibadah Asas.





Huraian lanjut:-



1) NIAT



Niat penting sebelum melaksanakan sesuatu. Ini juga untuk membedakan antara amal ibadah dengan amalan adat, dan antara niat karena ALLAH dengan niat karena yang lain-lain. Supaya setiap perlakuan menjadi ibadah, ia mesti dengan niat yang betul. Niat kerana menuruti perintah ALLAH SWT.



Sabda Rasulullah SAW, “Hanyasanya amalan-amalan itu sah dengan niat, dan adalah bagi setiap seorang itu menurut apa yang diniatkan".



Dan sabdanya lagi, “Niat orang mukmin itu adalah lebih baik daripada amalannya”.







2) PERLAKSANAAN



Perlaksanaan di dalam satu2 hal atau satu2 perkara mesti mengikut peraturan. Lebih2 lagi jika kita ingin melakukan ibadah, kita harus mendalami peraturan itu supaya kita benar2 di atas landasan syariat. Untuk menjayakan usaha manusia, perlaksanaannya mesti mengikut landasan yang Allah Taala telah tetapkan.



Allah memberi peringatan melalui firmanNya, “Dan jika mereka berjuang pada jalan Kami (ikut peraturan Kami) sesungguhnya Kami akan tunjukkan jalan Kami (jalan keselamatan) bahwasanya ALLAH beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)



Dalam hal ini ulama juga berkata, “Yang hak kalau tidak ada peraturan, akan dikalahkan oleh yang batil yang ada peraturan.”







3. Perkara (Subjek) Mesti Dibolehkan oleh Syariat.



Perkara (subjek) yang hendak dilaksanakan itu mestilah yang dibolehkan oleh syariat, terutamanya perkara yang melibatkan makanan dan minuman.



Misalnya, seorang yang hendak berniaga mencari rezeki untuk keluarga, dengan berniaga barang makanan, yang hasilnya boleh juga menjadi makanan asas dan memberi manfaat kesihatan rohani dan jasmani kepada semua umat Islam.



Sabda Rasulullah SAW, “Tiap2 daging yang tumbuh daripada benda yang haram, maka Neraka adalah yang lebih patut dengannya. (Riwayat Tarmizi).

Dan, “Hati ditempa mengikut makanan dan minuman”.



Rasulullah SAW amat menekankan perkara yang berkaitan dengan makanan kerana hati yang merupakan raja dalam tubuh manusia itu dibina dari makanan. Hati yang dibina dari makanan yang haram akan menjadi degil dan sukar menerima kebenaran.





4. Natijahnya Memberi Bermanfaat



Natijah merupakan hasil usaha seseorang. Hasil itu semestinya baik karena ia merupakan pemberian ALLAH ataupun nikmatNya kepada hamba2Nya.

Hamba2 yang menerima pemberian itu wajib bersyukur kepada ALLAH SWT.



Bagaimanakah seseorang itu menunjukkan tanda bersyukur kepada ALLAH SWT?.



Di antaranya dengan berzakat, melakukan korban, serta membuat amal bakti seperti bersedekah dan sebagainya.



Sehubungan dengan itu, ALLAH berfirman, “Jika kamu bersyukur niscaya akan Aku tambah lagi nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu kufur sesungguhnya siksaan-Ku sangat dahsyat”.



Dengan itu, natijah setiap amalan agar menjadi ibadah ialah dengan membelanjakan keuntungan yang diperoleh atau hasil usaha setiap pelaksanaan untuk jalan ALLAH. Seperti dibelanjakan untuk membantu kaum miskin atau anak-anak yatim.



Jika berupa ilmu yang dicari, maka ilmu itu hendaklah digunakan sesuai dengan yang diredhai ALLAH. Bgitu pula dengan natijah-natijah yang lain. Mestilah digunakan untuk perkara-perkara yang benar-benar sah dan halal sahaja.







5. Tidak Meninggalkan Ibadah Asas.



Dua perkara utama yang menjadi asas ibadah ialah Rukun Iman dan Rukun Islam.



Kedua2nya merupakan tapak atau ‘platform’ untuk menegakkan amalan2 yang lain. Tanpa tapak, macamana nak dirikan binaan?



Di antara dua rukun tersebut, Rukun Iman menjadi ‘platform utama’, dan ianya yang pertama2 ilmu yang wajib diketahui, dan hendaklah dibina, dipupuk, dibaja dengan ‘keyakinan yang qatie’.



Ini selaras tuntutan dalam syariat Islam, iaitu “awal2 ilmu ialah mengenal Allah”.



Manakala, Rukun Islam menjadi perkara asas dalam jenis2 ibadah yang lain. Melaksanakan amalan yang dituntut di dalamnya adalah amalan asas, manakala amalan2 lain (seperti baca Al-Quran, wirid, dll) merupakan pelengkap ibadah.



Di antara 5 rukun Islam itu, solat sangat diberi perhatian oleh Rasulullah SAW. Sabdanya, “Shalat itu adalah tiang agama. Barang siapa telah mendirikannya maka dia telah mendirikan agama. Dan barang siapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agama."



Tambah baginda lagi, “Barangsiapa yang meninggalkan shalat dengan sengaja, nyatalah ia telah kafir."



Jadi sangat jelas, bahwa setiap amalan berasas kepada dua(2) perkara ini yang merupakan amalan yang paling wajib. Artinya tidak boleh ditinggalkan sama sekali. Jika tidak ada rukun Iman dan rukun Islam, maka seluruh amalan lain, tidak ada artinya lagi.





Demikianlah ‘Lima(5) Syarat-syarat Ibadah’ dalam Islam. Seandainya amalan-amalan kita tidak mengikuti kelima2 syarat di atas, maka tidak dapat diakui (diiktiraf) sebagai amalan Islam, bahkan dianggap amalan jahiliah. Amalan itu tidak diterima oleh ALLAH Taala.



Bagaimana tindakan kita agar amal kita memenuhi syarat-syarat yang disebutkan itu hingga menjadi ibadah?



Contoh:-



a) Melibatkan diri dalam perniagaan.



· Pertama, berniat kerana ALLAH, iaitu untuk menunaikan perintah ALLAH melaksanakan salah satu fardhu kifayah dalam bidang perniagaan.

Selain untuk membantu anggota masyarakat agar mendapat manfaat dari perniagaan kita, lebih2 lagi untuk membeli serta memenuhi keperluan hidupnya yang pokok.



Kalau perniagaannya berupa makanan, makanannya yang halal mestilah boleh mendorong seseorang Islam itu dapat beribadah dengan khusyuk, dan berperilaku sebagai seorang mukmin yang sejati. Kerana akhlak dan mental seseorang itu terpengaruh oleh zat makanan yang ditanggung halal, di mana fikiran yang baik memudah terima ilmu2 akhirat yang dipelajari.



Rasulullah SAW sendiri begitu mengutamakan perihal makanan karena kalau yang dimakan atau diminum itu kotor mengikut syariat islam, hati orang akan dibentuk sebegitu rupa hingga menjadi keras kepala dan sukar menerima kebenaran. Terkadang orang tersebut langsung menolak kebenaran dan menentangnya pula



Kalau perniagaan kita berbentuk perkhidmatan professional, seperti perubatan, guaman, juruperunding, dsb.nya maka niatnya mestilah untuk berkhidmat kepada anggota masyarakat Islam karena ALLAH.



Sebab, kalau perniagaan kita tidak diwujudkan, umat Islam akan susah karena terpaksa mendapatkan perkhidmatan dari orang yang bukan Islam, yang cenderung kepada tipu muslihat atau ‘ada udang di sebalik batu’.



Demikian sebaliknya, kalau perniagaan kita ‘tidak membantu’ masyarakat Islam mendapatkan keperluan2 asas fizikal dan mentalnya, seperti perniagaan yang membawa kehancuran hidup, maka sukarlah kita nak mengukuhkan niat yang betul. Contoh urusniaga adalah seperti perniagaan berasaskan riba, pusat video, pusat snooker, jual rokok, arak, dsb.nya.



· Kedua, pelaksanaan perniagaan. Iaitu dalam melakukan transaksi urusniaga mesti ada kejujuran, amanah dan bersih dari amalan-amalan yang bertentangan dengan syariat Islam dan sebagainya.



· Ketiga, subjek yang di’niaga’kan hendaklah terhindar dari hal-hal yang tidak halal atau tidak mengikut syariat Islam, seperti perniagaan menjual arak, rokok dan sebagainya.



· Keempat, natijah (hasil) dari perniagaan itu hendaklah ditunaikan haknya. Iaitu kalau beroleh keuntungan, kita hendaklah melakukan zakat, soal-soal pengorbanan serta turut membantu perjuangan menegakkan agama ALLAH serta membantu kaum yang miskin dan lemah.



· Kelima, dalam melakukan aktiviti perniagaan, kita tidak boleh meninggalkan ibadah asas, iaitu shalat, puasa dan sebagainya. Karena kesibukan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan yang wajib.





b) Mencari ilmu dan belajar.



· Pertama, niat karena menunaikan perintah ALLAH. Bukan untuk mendapatkan jabatan dan pangkat yang tinggi supaya kita disanjung dan dimuliakan?.



· Kedua, dalam pelaksanaan menuntut ilmu itu, tidak terdapat pergaulan bebas antara lelaki perempuan yang bukan muhrim, menutup aurat, dsb.nya.



· Ketiga, perkara yang pelajari itu sesuai dengan syariat Islam dan halal. Misalnya belajar ilmu Hukum Islam, Kedokteran, Perundangan Islam, Ilmu alam, ilmu hitung dan sebagainya?.



Yang mesti kita ingat, ilmu yang bertentangan dengan syariat contohnya adalah belajar ilmu mencuri, sihir (black magic), tari menari, bermain musik dan sebagainya.



· Keempat, natijah daripada ilmu telah diperoleh, maka hendaklah dijadikan alat untuk berbakti kepada masyarakat kerana ALLAH.



· Kelima, dalam proses kita menuntut ilmu itu pula kita tidak boleh meninggalkan perkara yang asas seperti shalat, puasa dan sebagainya.





c) Pejuang Agama Allah @ Berdakwah.



Walaupun, pada lahirnya sudah tentulah merupakan satu ibadah. Tetapi sekiranya tidak memenuhi syarat yang diterangkan itu amalannya akan menjadi sia-sia dan berdosa.



Cuba kita perhatikan.



· Pertama, niatnya mestilah benar-benar untuk berjuang membela nasib bangsa dan tanah air serta benar-benar menegakkan agama karena ALLAH.



Perlu diingat, membela nasib bangsa dan membebaskan tanah air dari penjajahan ataupun mempertahankan negara dari kekuasaan orang kafir adalah satu perintah ALLAH. Tetapi bila kita mempunyai niat yang tersendiri, yang merupakan kepentingan pribadi, maka perjuangannya menjadi tidak bermakna.



· Kedua, ketika kita melaksanakan perjuangan itu, kita tidak melakukan kezaliman, menindas serta memfitnah orang lain.



· Ketiga, apa yang kita perjuangkan itu jelas sah atau halalnya seperti berjuang melepaskan bangsa Islam yang dizalimi dan ditindas.



· Keempat, natijah(hasil) perjuangan kita hendaklah betul yaitu setelah berjaya membebaskan bangsa dan negara dari penaklukan musuh atau setelah perjuangan kita berjaya, hendaklah menggunakan kejayaan itu untuk lebih meninggikan syiar lslam dan lebih mengukuhkan syariat Islam.



· Kelima, dalam berjuang itu, perkara-perkara yang wajib tidak kita tinggalkan seperti shalat dan puasa.





d) Bekerja mencari rezeki



· Pertama, niat iaitu untuk menanggung dan membiayai hidup keluarga yang merupakan tuntutan wajib dari ALLAH.

Terkadang ada di antara kita yang berniat untuk mencari kekayaan dan kemewahan hidup agar dipandang mulia dan dihormati masyarakat karena baginya kekayaan itu adalah kemegahan padanya.



· Kedua, pelaksanaan dalam mencari rezeki perlu sekali dipertimbangkan karena banyak di kalangan kita yang salah hingga usaha-usaha yang bertentangan dengan syariat dianggap sebagai sumber rezeki. Mencuri, menjual kehormatan dan perbuatan sejenisnya kadang-kadang dianggap sebagai sumber rezeki yang benar, padahal sebenarnya bertentangan dengan syariat. Kadang-kadang dalam pelaksanaan mencari rezeki kita bergaul antara lelaki perempuan yang bukan muhrim. Demikian itu salah.



· Ketiga, sah atau halalnya usaha-usaha kita dalam mencari rezeki dapat ditinjau dari jenis kerja yang kita lakukan misalnya bercocok tanam, menangkap ikan, berternak, bekerja di pabrik-pabrik yang hasilnya tidak bertentangan dengan syariat seperti pabrik roti, susu dan sebagainya dan bukannya pabrik-pabrik yang menghasilkan arak. Sumber kewangan tempat bekerja itu juga tidak bergantung sepenuhnya dengan hasil riba dan sebagainya.



· Keempat, natijah (hasil) mencari rezeki itu pun hendaklah dengan tujuan memberi makan, pakaian dan perlindungan kepada keluarga dan diri sendiri, bukannya untuk berjudi, bersenang-senang dengan berbagai bentuk hiburan atau meminum arak dan lain-lain yang sejenis.



· Kelima, sewaktu mencari rezeki, jangan kita melalaikan perkara yang asas seperti shalat dan puasa atau lalai dalam mencari ilmu fardhu ain.





e) Bermesyuarat



Coba kita perhatikan satu lagi contoh yang mudah, iaitu suatu pekerjaan yang mubah tetapi caranya salah hingga tidak lagi menjadi satu ibadah, yaitu bermusyawarah atau syura.



Sebenarnya musyawarah memang menjadi tuntutan dalam Islam sebagaimana yang diterangkan oleh ALLAH, ertinya: “Dalam urusan mereka (yaitu umat Islam) maka bermusyawarahlah sesama mereka." (As Syura: 38)

Agar amalan bermusyawarah atau syura itu menjadi ibadah, mestilah memenuhi syarat ibadah.



· Pertama, niat mengadakan musyawarah itu mesti betul yaitu untuk menjalankan perintah ALLAH.



· Kedua, melaksanakan musyawarah itu dengan betul misalnya tidak ada kaum perempuan yang membuka aurat di dalam perundingan.



· Ketiga, agenda perbincangan nyata halal atau sahnya di sisi syariat seperti membicarakan masalah nahyun anil mungkar atau tentang keselamatan umat dan negara, dan bukannya membicarakan bagaimana hendak membangun pabrik arak, tempat-tempat perjudian atau masalah bagaimana pelacuran boleh dihalalkan atau membahas untuk mengadakan majelis tari menari dan majelis hiburan dan seterusnya.



· Keempat, natijah musyawarah itu mesti betul yaitu setelah keputusan diperoleh, akan dilaksanakan dengan baik.



· Kelima, ketika menjalankan musyawarah jangan ada yang lalai menunaikan shalat atau tidak berpuasa.





Demikianlah lima syarat ibadah bagi setiap amal dan perbuatan. Kalau setiap perbuatan kita, diselaraskan dengan syarat-syarat itu maka amal-amal kita dari wajib yang paling besar hingga mubah yang paling kecil, akan menjadi ibadah kepada ALLAH dan kita akan diberi ganjaran pahala dariNya.

Tuesday, March 9, 2010

Usah dipersia jika berpeluang berbuat kebajikan

KAAB bin Ujrah menceritakan suatu kisah menarik daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Hampiri mimbar! Lalu kami semua menurutinya, ketika Baginda melangkah ke tangga pertama, Baginda mengatakan: Amin. Apabila melangkah tangga kedua, Baginda mengatakan: Amin, begitulah apabila melangkah tangga ketiga. Lalu kami bertanyakan maksud perbuatannya itu, Baginda menjawab: Aku didatangi Jibrail mengatakan kepadaku: Jauhlah (rugilah) orang yang sempat dengan Ramadan tetapi tidak mendapat pengampunan. Aku menyahut dengan berkata: Amin. Di tangga kedua Jibrail mengatakan: Jauhlah orang yang apabila disebut namamu (Muhammad) dia tidak mengucapkan selawat ke atasmu, aku pun menyahut Amin. Di tangga ketiga Jibrail mengatakan: Jauhlah orang yang sempat dengan kedua-dua orang tuanya yang sudah uzur atau salah seorang mereka, tetapi mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Aku pun mengatakan: Amin."

Berapa ramaikah manusia hari ini yang bersyukur kerana diberi kesempatan serta peluang mendapat sesuatu nikmat atau rahmat. Lantas apabila peluang itu berlalu pergi mereka merasa menyesal dan ternanti-nanti peluang seterusnya.


Dan berapa ramai pula orang langsung tidak menyedari peluang yang datang dan pergi pada mereka. Biarpun mereka menyedarinya, namun sedikitpun mereka tidak merasa kerugian atau terkilan kerana mensia-siakannya.

Inilah sifat orang disebutkan dalam hadis. Sesungguhnya peluang untuk mendapat kebaikan sangat banyak, wujud di mana-mana dan dalam setiap perkara. Cuma tabiat manusia tidak suka merebut peluang disebabkan hati dan fikiran sudah dijajah nafsu membuatkan hati menjadi keras.

Seharusnya kita bersyukur apabila diberikan peluang kerana tidak semua manusia diberikan kesempatan sama sebaliknya kita hendaklah merasa malu kepada Allah kerana gagal menggunakan peluang dan tawaran-Nya yang begitu berharga dengan sebaiknya.

Monday, March 8, 2010

BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURAN

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir,tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Bilakah akan terjadi hari Kiamat?Maka Muhammad S.A.W. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, "Beliau (Nabi)mendengar apa yang ditanyakan,tetapi pertanyaan itu tidak disukainya" Sementara yang lain pula berkata, "Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu." Sehingga Nabi Muhammad S.A.W. selesaidari percakapannya beliau bersabda, "Di mana orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?" Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya!Saya wahai Rasulullah"

Maka Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Kiamat" Arab Badwi itu bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?' Nabi Muhammad S.A.W. menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari kiamat"

H.R.BUKHARI

KETERANGAN

Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada bukan ahlinya,sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak diberi peluang yang sewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama lagi akan terjadi.

Bila urusan telah diserah,
kepada orang yang bukan petah,
maka tunggulah hancur dan punah,
ibarat retak menanti belah.

Orang yang ahli bukan tiada,
tapi peluang tidak dibuka,
tamak dan rakus jadi penggoda,
akhirnya kita hancur semua.