Sunday, March 21, 2010
KITA SERING LUPA.
ketika di dunia...,
yang terjadi dan yang berlaku....,
adalah kehendak ALLAH SWT .
semailah angan-angan diduniamu.
taburlah cita-cita di duniamu.
tetaplah..., ALLAH SWT yang pilihkan untukmu.
tetaplah..., taat kepada NYA,satu satunya pilihanmu.
ketika di syurga nanti...,
ALLAH SWT muliakan para Ahli Syurga....,
untuk memenuhi segala kehendaknya....,
tetaplah..., syurga tempat dipenuhi segala janji.
tetaplah..., syurga tempat wujudkan kemapanan diri.
sebutlah apa saja mahumu.
ucapkanlah apa saja kenginan mu.
semua akan dihadirkan oleh ALLAH SWT.
Semua akan di wujudkan oleh ALLAH SWT.
inilah yang sering kita lupakan....,
kita lupa janji ALLAH SWT dibalik ketaatan dalam amalan .
sehingga ketaatan menjadi beban....,
sehingga sholat kita pun angin2an....,
sehingga Qur'an pun tak lagi di lisankan...,
hati sempit..., ditengah kelimpahan harta.
kita pelit...., seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya.
akhirnya mata kita buta atas keburukan yang ada dalam diri...,
dan mata kita melek melihat keburukan diri orang lain....,
astaghfirullah.
semoga ALLAH SWT menolong kita....,
kita rindukan syurga...,
syurga sebaik baiknya tempat kembali....,amiiin.
Ibu Sarat Mengandung Dihempap Kren (ALLAH MAHA BESAR)]]
Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila
menyaksikan kejadian ini....
Bila mendapat Maklumat ada kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dan
sebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui
jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...
Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini....
Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...
Gen2 juga di pandu oleh seorang ibu yang baru balik kerja...
Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawap......Sebuah kereta wira
terperosok dibawah kren...
Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang
sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak.....
Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini sekarang.....
MAUT mungkin sedang memanggil......YA ALLAH.....
Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu
berserah dan memanggil nama isteri tercinta......dan bertawakal...serta berserah pada
ALLAH yang MAHA KUASA....
Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi......
Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!........
Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera.......
Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada
cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada.....
Akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat.......
Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si
Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...
Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri
agar ia terus bertahan dan sabar......Insyallah dia akan selamat
Pihal Bomba terus meningkatkan Usaha!!!!
Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....
" YA ALLAH......"
Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta
Si Ibu ini......dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren...
AKhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di
angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...
Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan "Ibu Yang Sarat Mengandung"
Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan
Si Ibu selamat
Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan....Tapi
" Ini yang disebaliknya....Dengan Kuasa ALLAH".....Subhannallah...
Saturday, March 20, 2010
UJIAN KENIKMATAN
iman dan amal serta ujian hidup itu, sejalan...,
seiring dan sejalan dalam kehidupan.
iman meningkat...,
amal meningkat....,
ujianpun akan meningkat.
solusinya sabar..,
hasilnya kedekatan dengan ALLAH.
hasilnya kenikmatan bersama ALLAH.
hasilnya kehangatan berdekapan dengan ALLAH.
anakku...,
jiwamu milik ALLAH..
jiwamu jadi cermin bagi ayah
jiwamu jadi cermin sesiapa yang melihatnya.
kebesaran ALLAH di pernampakkan di jiwamu yang menderita....,
deritamu hanya sementara didunia ini.
karena dunia hanya mainan...,
siapa yang tawajuh dengan dunia..,
maka ia akan tertipu.
maka kita jangan tertipu.
nikmat dunia yang menyilaukan..,
menyilaukan mata..,
mematikan akal..,
membutakan dada..,
nikmat dunia hanya ada dalam sholat.
bila sholat kita khusyuk.
hanya ada dalam taat,
bila amal disandarkan hanya kepada ALLAH
itu saja....,
maka jaga sholat di awal waktu
jaga tahajjud di malam malammu.
maka kenikmatan terasa dala deritamu.
Insyaa ALLAH .....,
jagalah ALLAH dalam dirimu.
Friday, March 19, 2010
TANDA-TANDA SIFAT MUNAFIK-LIHAT PERINGATAN NABI S.A.W.
حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya *
440 حَدِيثُ أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الأُتْرُجَّةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ وَمَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ التَّمْرَةِ لا رِيحَ لَهَا وَطَعْمُهَا حُلْوٌ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي لا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ لَيْسَ لَهَا رِيحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ *
440 Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran ialah seperti perumpamaan buah utrujah iaitu buah yang berbau harum dan rasanya enak. Manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya akan tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran ialah seperti buah Raihanah iaitu buah yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah hanzhalah (peria) iaitu buah yang tidak ada bau sama sekali dan ditambah pula oleh rasanya yang pahit *
Thursday, March 18, 2010
PENYERU KE NERAKA JAHANAM-LIHAT PESANAN RASULULLAH S.A.W.
حدثني محمد بن المثنى حدثنا الوليد بن مسلم حدثنا عبد الرحمن بن يزيد بن جابر حدثني بسر بن عبيد الله الحضرمي أنه سمع أبا إدريس الخولاني يقول سمعت حذيفة بن اليمان يقولا
Hadis Huzaifah bin Al-Yaman r.a katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?
Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.
Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?
Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenal dan ada yang kamu tidak mengenalinya.
Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?
Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahanam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.
Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di |
Wednesday, March 17, 2010
Selamat ulang tahun abg Zulazli bin Ismail yang ke 43tahun
Monday, March 15, 2010
Chong Wei takluk edisi ke-100
Benam pemain Jepun final Seluruh England
KEBANGKITAN pemain remaja Jepun, Kenichi Tago akhirnya disekat pemain perseorangan utama negara, Lee Chong Wei 21-19, 21-19 pada final kejohanan badminton Seluruh England, awal pagi tadi – sekali gus menyaksikan pemain nombor satu dunia itu mencipta bangga mengecapi gelaran pertama dalam kejohanan berprestij itu.
Lebih istimewa, kejayaan Chong Wei muncul pada edisi ke-100 Seluruh England, selepas mencatat pencapaian terbaik, tahun lalu selaku naib juara apabila tewas kepada jaguh China, Lin Dan yang tersingkir kepada rakan senegara, Bao Chun Lai pada suku akhir. Kejayaan Chong Wei kali ini mengulangi kegemilangan dicatat Muhammad Hafiz Hashim pada 2003 yang menamatkan kemarau 36 tahun negara menjuarai perseorangan lelaki Seluruh England (kali terakhir oleh Tan Aik Huang pada 1966).
Tago bagaimanapun terlebih dulu membuka langkah pada set pertama dengan mengutip empat mata awal dan mengekalkan kelebihan itu sehingga mata ke-15, sebelum dikejar Chong Wei yang memastikan kemenangan dalam tempoh 21 minit.
Di set kedua, Chong Wei terpaksa mengerah seluruh tenaga sebelum menang 21-19.


