Menurut statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kanak-kanak paling ramai menjadi mangsa jenayah rogol dan cabul kehormatan sejak tahun 2008 hingga Ogos tahun ini. Kira-kira 45 peratus mangsa serangan seksual adalah kanak-kanak sementara baki 64 peratus adalah wanita.
Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak adalah mereka yang berumur di bawah 18 tahun ke bawah. Sebanyak 6,963 kes rogol dan 2,506 kes cabul melibatkan kanak-kanak dilaporkan dari 2008 hingga Ogos lalu.
Statistik ini amat membimbangkan kerana telah kerap tersiar di dada akhbar mengenai kanak-kanak yang menjadi mangsa rogol dan cabul sehingga melibatkan kehilangan nyawa.
Ada di antara jenayah ini melibatkan kanak-kanak yang masih terlalu muda dan tidak mengerti apa-apa. Namun bagi penjenayah yang tidak berperikemanusiaan sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat memenuhi nafsu serakah mereka.
Dalam konteks ini, amatlah penting bagi ibu bapa menitikberatkan aspek keselamatan anak-anak dengan mengawasi pergerakan mereka serta mengambil langkah-langkah perlu bagi meminimumkan peluang penjenayah bertindak.
Usaha ini penting demi keselamatan diri sendiri dan pada masa yang sama membantu polis membanteras jenayah terhadap kanak-kanak. Kita mahu jenayah ke atas kanak-kanak dibanteras dan kerjasama semua pihak penting dalam menjayakannya.
Utusan Malaysia 25th October 2010
Kenaikan Mendadak Harga Diesel Sehingga Lebih 100 Peratus Dalam Tempoh Dua
Minggu Disifatkan Sesuatu Yang Tidak Pernah Berlaku
-
*TEMERLOH:* Bekas Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Stesen Minyak
Malaysia, Datuk Mohd Rofaie Hamdan mendakwa kenaikan mendadak harga diesel
sehingga...
1 day ago

No comments:
Post a Comment