Friday, April 30, 2010

Silaturahim terputus akibat dibelenggu sifat mazmumah

RUANG yang masih lapang, masa masih bersisa, peluang sudah terbentang dan doa sekalian umat manusia supaya sesama Muslim kembali hidup bersaudara bukan sekadar demi perpaduan dan kesejahteraan, sebaliknya untuk meneguhkan agama yang satu. Benar, Islam adalah agama yang mementingkan keamanan, redup hati dan sempurna sahsiah, tetapi ia bukan tuntutan ke atas seseorang individu saja, tetapi buat semua.

Hari ini pertelingkahan dan perbalahan menjadi adat dan norma kehidupan lantaran manusia mula mengetepikan rasa kasih dan sayang sesama insan. Mengejar impian fana, menggadai untung nyata, mempertaruhkan janji luar biasa lalu semangat persaudaraan digadai sebegitu saja adalah sikap yang tidak terjaga sedangkan Islam tidak hanya menganjurkan hubungan baik dengan Allah SWT semata-mata, tetapi juga sesama manusia dan makhluk Allah yang lain.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 112 yang bermaksud: “Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka kufur dengan ayat-ayat Allah dan sesudah para nabi tanpa alasan yang benar, yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas”.

Islam menjamin asas persaudaraan dengan menyediakan hikmah pembinaan silaturahim bukan saja melalui hubungan kekeluargaan yang bermula dengan ikatan perkahwinan dan keturunan malah juga kasih sayang antara sesama saudara seagama kerana ia memudahkan urusan dunia menuju ke akhirnya.

Asas persaudaraan dalam Islam adalah ikatan akidah yang teguh kepada keesaan-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 10 maksudnya:
“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, oleh itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”.

Justeru, ada hak yang perlu dipelihara oleh seseorang Muslim terhadap saudara seagama menunjukkan betapa Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna. Bahkan hak yang sama dikanunkan oleh manusia untuk dijadikan peraturan dan perundangan agar tiada sesiapa yang teraniaya.
Malah Barat juga turut mendakwa bahawa hak asasi manusia adalah sesuatu yang terbina daripada norma kehidupan sejak azali yang bermula melalui hubungan sosial secara tidak terancang. Kita dapat membayangkan betapa kalutnya dunia jika hak sebagai manusia tidak terbela, apatah lagi dunia hari ini tidak bersempadan, menjadikan fitnah dan buruk sangka mudah tersebar oleh sesiapa yang mengejar untung dunia.

Sebaliknya, Islam menitipkan hikmah persaudaraan agar tiada siapa dizalimi kerana kita semua adalah makhluk dan hamba yang tiada keistimewaan di sisi Dia melainkan yang bertakwa saja. Ancaman demi ancaman ke atas umat Islam yang semakin melampaui batas kesabaran sebenarnya patut ditepis dengan menonjolkan kekuatan persaudaraan sesama kita supaya kuantiti dan kualiti yang ada menjadi nilai tambah terhadap keperkasaan agama Islam itu sendiri, bukannya dilemahkan dengan perbezaan yang tidak membawa kebaikan dan lencongan yang sengaja dicari kerana ego sendiri.

Sifat mazmumah yang membelenggu diri seperti hasad dengki, buruk sangka, balas dendam, takbur dan riak, bongkak dan tidak reda dengan qada dan qadar Allah adalah punca putusnya silaturahim sesama Muslim sehingga menghalang musyawarah ke arah penyelesaian sedangkan itulah yang dianjurkan oleh al-Quran dan as Sunnah.

Bahkan umat Islam jauh terkebelakang berbanding bangsa lain yang mengejar peluang, bukan menjatuhkan sesama sendiri sehingga akhirnya tiada siapa yang menang malah diperolok dan dihina secara terang-terangan. Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: ‘Jauhilah kamu akan sifat dengki kerana sifat dengki akan memakan kebaikan kamu sepertimana api memakan kayu, atau memakan rumput’. – (Hadis riwayat Abu Daud)

Wednesday, April 28, 2010

Ganjaran solat sepertiga malam

SESEORANG dapat mendekatkan dirinya dengan Allah SWT menerusi solat. Antara solat sunat yang amat digalakkan ialah yang dilakukan pada sepertiga malam.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Israa, ayat 79: “Dan bangunlah sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” Dalam ayat itu Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW melaksanakan solat malam atau qiamullail, namun ramai antara kita memandang remeh perintah berkenaan.


Meskipun sifatnya ini khusus untuk Rasulullah SAW, ia adalah amalan sunat buat umatnya memandangkan kita dianjurkan mencontohi keperibadian baginda.


Maksud qiamullail ialah mendirikan (qiam) malam (lail) atau bahasa mudah, menghidupkan malam dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Selain itu ada juga beberapa solat malam seperti sunat istikharah, tahajud, taubat, tasbih dan sebagainya.


Selain melakukan solat sunat, kita digalakkan membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah SWT.


Membaca al-Quran juga adalah ibadat yang diberi ganjaran sangat besar kerana setiap huruf yang dibaca akan digandakan 10 kebajikan.


Sabda Rasulullah SAW: “Bacalah olehmu al-Quran kerana pada hari akhirat ia akan memberikan syafaat kepada pengamalnya.” (hadis Riwayat Muslim) Antara surah yang baik untuk dibaca ialah surah Yaasin kerana ia ibarat jantung al-Quran, al-Ala (surah yang sangat digemari Rasulullah SAW), al-Fatihah (pokok atau ibu al-Quran), al-Kahfi (tempat naungan pada hari akhirat), as-Sajadah (digemari Rasulullah SAW), al-Mulk (memberi syafaat di akhirat), an-Nas dan al-Falaq (memberi perlindungan pada hari akhirat).


Ada beberapa ayat dalam al-Quran mengesahkan betapa besar keutamaan solat malam itu. Allah SWT menjelaskan, mereka yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak dan layak menerima kebaikan sebagaimana firman-Nya: “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk bersembahyang) pada malam hari kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit, atau lebih daripada seperdua itu sedikit. Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.” (surah al-Muzzammil: 1-4) Saidatina Aisyah RA ada meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda: “Mengapa Rasulullah lakukan itu semua, bukankah dosa tuan diampunkan oleh Allah SWT sama ada yang terdahulu atau yang terkemudian.” Baginda menjawab: “Salahkah aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”


Suami bertanggungjawab boleh bentuk isteri, anak soleh

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri serta zuriat keturunan kami, perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang yang bertakwa.” (Surah al-Furqan, ayat 74)
Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya.

Suami seperti imam bertanggungjawab untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Kejayaan suami hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

Suami yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anak hingga menjadi isteri serta anak yang baik dan beriman, wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah seperti disebutkan dalam hadis.

Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan sebagai imam kerana banyak pengabaian tanggungjawab dilakukan oleh mereka. Tidak dinafikan banyak kes kaki suami yang hinggap di pundak isteri mahupun anak tanpa perasaan belas kasihan.

Selalu benar seorang suami itu cenderung mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi.
Isteri solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Mana mungkin suami mengharapkan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak tanpa terlebih dulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul.

Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepemimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita.

Cakap serupa bikin antara kunci kejayaan suami yang menjadi imam kepada makmum iaitu isteri serta anak dalam sebuah rumah tangga yang bertakwa.

Sunday, April 25, 2010

Ingat Allah hiburan golongan beriman

MANUSIA sukakan hiburan. Malah, ada ketikanya hiburan menjadi suatu keperluan bagi sesetengah orang seperti makanan dan minuman.

Alasannya, hiburan boleh mendatangkan ketenangan, mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi.


Benar, ketegangan dan kegersangan emosi boleh menyebabkan seseorang itu jadi pemarah, perengus, tertekan dan resah.

Menyuburkan emosi memang penting kerana dari situ akan timbul sikap kasih sayang, prihatin dan peka pada persekitaran sekeliling.


Tetapi apabila disebut hiburan bukanlah semata-mata yang mungkin difahami anak remaja kini iaitu nyanyian, konsert, pesta, karaoke, kelab malam atau berpeleseran saja. Malah, melihat keindahan alam, melancong, ekspedisi dan berkelah juga hiburan.


Ada tiga kategori hiburan: i- Bagi seorang mukmin ialah iman, amal ibadat, wirid dan zikir atau apa saja perbuatan yang membawa pahala daripada Allah adalah hiburan.

Ini kerana hasil daripada itu adalah ketenangan dan ketenteraman. Jiwa yang sentiasa hidup dan segar. Emosi pula terkawal.

Perkara inilah yang dimaksudkan Allah dalam al-Quran iaitu firman-Nya bermaksud: "Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang."

ii- Hiburan kategori kedua iaitu apa saja cara yang dapat menghilangkan keresahan dan kerunsingan yang tidak bertentangan dengan syariat serta akidah.

Malah, jika dihayati hiburan jenis ini dapat dijadikan cara untuk mendekatkan diri pada Allah. Umpamanya, jika berkelah atau berekspedisi di samping dapat menghilangkan bosan dapat juga merasai kehebatan ciptaan Allah, meresap di jiwa lalu timbul rasa gerun kepada-Nya.


Tetapi hakikatnya, ramai yang tidak menyedari hikmah di sebalik berhibur. Jadi, hiburan hanya sekadar hiburan, terhenti setakat itu saja.


Namun, hiburan kategori ini selagi tidak bercanggah dan tidak memberi kesan negatif, ia ibarat ubat mengurangkan kesakitan yang dapat menghilangkan keresahan buat seketika, tetapi tidak dapat menghapuskan punca keresahan itu.


iii- Hiburan kategori ketiga paling popular terutama muda-mudi. Konsert artis, nyanyian yang lalai, pesta, kelab malam dan berpasangan adalah menjadi hambatan hidup remaja kini.


Hiburan ini bukan saja tidak bersifat menyembuhkan, malah umpama penagihan dadah. Memang seronok, ibarat gula-gula, manis dan sedap tetapi tidak mengenyangkan.

Keseronokan itu bukan bererti kebahagiaan atau ketenangan. Malah, beransur-ansur membawa akibat buruk dan negatif pada jangka masa panjang.


Hiburan kategori ini mendatangkan kesan buruk pada hati yang tidak dapat dikesan. Hati menjadi keras, gelap, lalu terdinding daripada mendapat kelazatan mengingati Allah, malah sukar untuk menerima kebenaran.


Justeru, orang yang mendapat hiburan hakiki (sebenar) umpama mendapat hidangan dan makanan lazat lagi enak, tidak perlu lagi pada gula-gula yang tidak berkhasiat.

Selalunya hanya kanak-kanak yang amat gemar pada gula-gula, manakala golongan dewasa tidak kerana mereka lebih mengutamakan makanan mengenyangkan.


Friday, April 23, 2010

Arak, judi ubah sifat manusia normal

Perbuatan paksi segala kejahatan, akal tak berfungsi dan tindak-tanduk berubah luar biasa

AMAT malang sekali jika ada di antara Muslim yang mengakui dirinya biasa mengambil alkohol dalam minuman dan menganggapnya tidak ada apa-apa yang perlu diulas. Apalagi kalau ia menjadi amalan berterusan dalam kehidupan sehingga hilang fokus kepada dosa yang disebut oleh agama. Lebih hina lagi apabila minuman syaitan itu dianggap sebagai pelengkap kepada imej profesional dibawanya yang dirasai hebat dan gah, setanding dengan budaya barat yang dipujanya.

Harus dijelaskan bahawa arak adalah sejenis alkohol dalam bentuk ‘ethyl alcohol’. Ia biasanya dihasilkan oleh sel-sel ragi atau ‘yeast cells’ yang bertindak ke atas karbohidrat yang ada di dalam buah-buahan dan biji-bijian. Dalam pasaran, ada tiga jenis arak yang popular iaitu bir yang diperbuat daripada biji-bijian dan mengandungi tiga hingga enam peratus alkohol, wain yang diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi 11 hingga 14 peratus alkohol dan minuman keras yang dikenali sebagai liquor.

Liquor dihasilkan dengan memeram atau mendidihkan bahan makanan sehingga menjadi arak dan ia mengandungi 40-50 peratus alkohol.

Peminum arak dan kaki judi tidak pernah memikirkan mudarat pembaziran harta benda. Mereka sanggup membazirkan apa saja bentuk harta benda semata-mata untuk mendapat hiburan dan kesenangan jiwa melalui arak dan judi yang mereka anggap lambang status sosial yang mesti dibanggakan.

Mereka yang terperangkap dengan gejala penagihan arak ini akan hilang karektor sebagai Muslim sejati. Individu seperti ini sukar akur dan patuh kepada perintah agama. Bahkan mereka yang tegar sebagai peminum arak ini memiliki sifat angkuh dan sombong kerana beranggapan berada pada status lebih tinggi.
Mereka juga tidak bersedia menerima teguran kerana beranggapan dirinya hebat. Sahsiah dan keperibadian Islam semakin hilang. Cahaya keimanan juga makin malap dalam diri individu ini. Karektor mereka sebagai individu Muslim berubah seperti berubahnya alkohol daripada bentuk asal.

Golongan peminum tegar ini tidak berupaya memberi manfaat kepada manusia keseluruhannya. Sesungguhnya mereka yang ketagih arak akan hilang maruah diri dan tidak diyakini lagi berkaitan keupayaan peribadinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 219)

Ibnu Abbas menyebut bahawa Islam mengharamkan arak kerana ia boleh menjadikan manusia rosak akal dan hilang maruah diri. Seterusnya ayat yang berkaitan dengan pengharaman arak dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri solat sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan (baca).” (Surah an-Nisa’, ayat 43)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang minum khamr (arak) seteguk, Allah tidak menerima amal fardu dan sunatnya selama tiga hari. Siapa yang minum khamr segelas, Allah SWT tidak menerima solatnya selama 40 hari. Orang yang tetap minum khamr selayaknya Allah memberinya minum dari Nahrul Khabaal? Ketika ditanya: Ya Rasulullah apakah Nahrul Khabal itu? Baginda Rasul menjawab: Darah bercampur nanah ahli neraka.” (Hadis Riwayat at-Thabrani)

Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dalam persoalan arak ada 10 orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya.” (Riwayat Tirmizi)

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripada melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”(Surah Al-Maa’idah, ayat 91)

Arak dan judi adalah paksi segala kejahatan. Kedua-duanya adalah perosak akal, badan, jiwa dan harta benda. Seseorang yang mabuk arak, akalnya tidak akan dapat berfungsi seperti biasa dan segala tindak-tanduknya berubah menjadi luar biasa. Segala perasaan malu dan rasa hormat akan hilang ketika itu.

Seorang ilmuwan Barat, Profesor AJ Arberry, pernah menjelaskan; “peminum arak menghadapi bahaya penyakit darah beku dan pembekuan air hempedu, malah mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah sekali mendapat angin ahmar atau lumpuh. Selain itu, seorang yang mabuk arak juga akan hilang pertimbangan akal. Secara tidak sedar dia akan membuka rahsia keburukan dirinya sendiri kepada orang lain.”

Pelbagai bentuk bencana yang akan terhasil daripada minuman keras dan judi. Kedua-duanya lebih cenderung ke arah memporak perandakan kehidupan manusia dan makhluk ciptaan Allah yang lain.

Bertambah buruk lagi kesan negatif yang bakal diterima jika seseorang individu itu kaki arak dan judi pada masa sama. Disamping itu, arak dan judi juga boleh menimbulkan permusuhan sesama manusia serta merosakkan maruah mereka, lantaran itu Islam mengharamkan arak dan judi.

Islam memperingatkan manusia bahawa syaitan mempergunakan al-Maisir atau perjudian itu sebagai tempat untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia, juga menjadi penghalang pelakunya daripada mengingati Allah dan menunaikan sembahyang.

Harus diingatkan dalam diri bahawa berjudi itu kerja maksiat. Wang yang diperoleh daripada judi adalah haram, tidak boleh digunakan apatah lagi jika digunakan untuk makan minum anak isteri.

Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa setiap suap yang dimakan daripada sumber yang haram itu, api neraka adalah lebih utama baginya. Daripada Kaab bin Ujrat menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api neraka lebih utama untuk membakarnya.

Wednesday, April 21, 2010

Tazkirah: Menguap

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.w.a., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN

UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA:

1-Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatanyang kita persembahkan kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2-Allah menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia.sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

3-Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.Oleh itu Allah menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.

4-Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

5-Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik Akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.

6-Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bernegapmegah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa.

Monday, April 19, 2010

Kenapa kita mesti sayang Tuhan?

RUGINYA kita kalau kita tidak cinta dan tidak sayang kepada-Nya. Sedangkan kesayangan kita kepada yang lain, tidaklah berjasa dan berbaik pada kita sebanyak mana Tuhan lakukan untuk kita.

Kenapa kita mesti menyayangi Tuhan?

1) Dialah pencipta dan memberi kemudahan secara percuma dengan segala macam khazanah yang bersifat fizikal, mental dan rohani.

Dalam badan kita ada jantung, hati, paru-paru, usus-usus, buah pinggang, sistem peranakan, sistem penghadaman, ada otak, ada saraf, ada saluran darah dan lain-lain.

Tersimpan juga dalam tubuh kita berbagai-bagai maklumat aqliah seperti ilmu alam, ilmu matematik, maklumat sejarah, sains, ekonomi, rahsia peribadi dan individu lain termasuk maklumat berkenaan alam akhirat. Memang hebat batang tubuh kita ini.

2) Dibekalkan kepada kita dengan seribu perasaan tanpa sebarang bayaran. Seperti rasa sedih, sayu, takut, marah, sayang, rindu, kasih, cinta, gerun, geram, benci, meluat dan jijik.

Bukan itu saja, lautan rasa boleh bertukar warna kepada rasa hebat, megah, sombong, tinggi diri, bangga, rasa mampu, selamat, dan pelbagai lagi.

Tidak kurang juga dengan rasa derita, kecewa, putus asa, terseksa, lara, rasa diri tak berguna, rasa hina, rasa lemah, rasa tidak selamat, rasa serba tak boleh.

Di sudut lain, lautan ini membawa irama gelombang yang lain pula. Rasa bakhil, gila dunia, gila kuasa, gila puji, gila wanita, tamak haloba, hasad dengki, dendam kesumat, rasa nak tipu, nak bohong, nak mencuri, nak bunuh orang, nak bunuh diri, mengangkat diri dan jatuhkan orang.

Ada pula jenis rasa yang indah supaya dapat melayari lautan rasa manusia hingga terbuai-buai kita dibuatnya. Rasa sayang ibu bapa, sayang isteri, suami, sayang anak-anak, sayang kawan, sayang jiran, sayang bunga, sayang barang-barang, sayang hidup, sayang kerja, sayang rumah dan sayang dunia.

Diiringi pula rasa-rasa yang indah ini supaya dapat mengecapi bahagia seperti pemurah, peramah, berprasangka baik, berbudi tinggi, lapang dada, berkasih sayang, memaafkan, rasa bersalah dan meminta maaf, rendah diri, memuliakan, ingin disayangi dan membalasnya.

Tetapi kemuncak dari semua itu, ada satu rasa yang paling mahal daripada semua rasa itu adalah 'rasa bertuhan.' Rasa inginkan Tuhan sewaktu susah. Sungguh ajaibnya penciptaan, pemberian dan anugerah yang maha luas ini.

Bagaimana diri manusia yang sekecil ini dibenarkan memiliki seribu satu macam khazanah rohaniah? Siapa pereka, perancang, pencipta dan mengawal sistem 'super power' ini? Tuhan, bukan? Hanya Dialah yang semampu ini. Hanya Dia yang sebijak dan sekuasa itu! Hanya Dia dan Dia saja.

Sebab itulah Tuhan Yang Agung ini berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia adalah sebaik-sebaik ciptaan dan kejadian."

Instinct atau fitrah kita yang menjawabnya. Sebab fitrah memang dibentuk bersama rasa yakin adanya Tuhan. Rasa mahukan Tuhan.

Sebab itu kita bangga mengaku sebagai seorang hamba Tuhan. Tetapi marah kalau orang tuduh kita hamba syaitan, hamba seks, hamba duit dan lain-lain.

Pelik manusia ini, macam-macam yang dicinta, tetapi marah apabila dikaitkan dengan perkara yang banyak itu. Sebab cinta itu murah.

Sedangkan cinta Tuhan itu mahal. Saintis itu sebenarnya ada rasa mahukan Tuhan. Terutama waktu susah apabila mereka akan memanggil Tuhan dengan kata 'oh my God!' Tetapi sayang perasaan mereka terhadap Tuhan itu tidak dibaja dan tidak disuburkan.

Sedangkan rasa cinta kepada 'girlfriend' itu begitu dipupuk, sayang anak itu dibelai-belai, sayangkan ibu bapa amat dibesar-besarkan.

Sayang dunia, sayang pangkat, cinta kereta dan lain-lain sungguh bertakhta di hati. Sanggup hidup mati kerananya walhal apa sangatlah semua itu pada kita. Ia pernah ada dan pernah tiada. Bila lagi nak berangkat mencari sayang Allah?

Perbanyak amal ibadat, kebaikan sebagai bekalan akhirat

DARIPADA Abdullah, katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang mengambil harta orang Islam dengan sumpah palsu, nescaya orang itu akan menemui Allah sedangkan Allah marah kepadanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Manusia, apapun perbuatannya pasti akan bertemu dengan Allah. Perjalanan menuju Allah, bukanlah perjalanan biasa kerana memerlukan persiapan dan bekalan yang cukup.
Manusia yang baik amalannya akan menemui Allah dalam keadaan cukup selesa dan bahagia.

Sebaliknya, orang yang buruk amalan ketika di dunia bakal menemui Allah dengan perasaan gerun dan takut. Sesungguhnya Allah murka terhadap sesiapa saja yang melakukan dosa dan kejahatan kerana ia adalah perbuatan yang melambangkan penentangan terhadap perintah-Nya.

Justeru, tidakkah kita merasa malu jika di akhirat kelak kita datang menghadap Tuhan tetapi dalam keadaan diri bergelumang dosa dan kehinaan. Maka untuk mengelaknya, jadikanlah hidup kita bermakna di dunia dan bererti di akhirat. Kita harap untuk bertemu Allah di syurga sebagai balasan daripada hidup bermanfaat di dunia.

Saturday, April 17, 2010

NASIHAT LUKMAN KEPADA ANAKNYA

Pada QS. Lukman: 12-19, Allah swt telah memberikan hikmah dan kearifan kepada Lukman. Oleh karena itu, ia bersyukur dan memanjatkan puji kepadaNya.

Bersyukur kepada Allah bukan untuk kepentinganNya, tetapi faedahnya akan diperoleh oleh orang yang bersyukur itu sendiri, karena Allah akan menambah nikmat kepada setiap orang yang bersyukur kepadaNya.

Lukman mewasiatkan kepada anaknnya hal-hal sebagai berikut:
1. Mengesakan Allah dan tidak mempersekutukanNya dengan yang lain.

2. Berbakti kepada orang tua sepanjang keduanya tidak menyuruh berbuat maksiat kepada Allah.

Diriwayatkan dari ‘Abdullah dia berkata, aku bertanya kepada Nabi Muhammad saw tentang amal perbuatan yang disukai Allah, Nabi Muhammad saw bersabda: “Shalat pada waktunya”. Dia bertanya lagi: “Kemudian apa?”. Nabi Muhammad saw bersabda: “Berbuat baik kepada kedua orang tua”. Lalu dia bertanya lagi: “Kemudian apa?”. Nabi Muhammad saw bersabda: “Jihad di jalan Allah”. [HR. Bukhari Muslim].

Abu Hurairah ra. berkata bahwa seseorang datang kepada Rasulullah saw sambil berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk mendapatkan perlakuanku (kebaktianku) yang paling baik?” Rasulullah saw bersabda: “Ibumu”. Kemudian dia bertanya: “Lalu siapa lagi?”. Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu”. Kemudian dia bertanya: “Lalu siapa lagi?”. Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu”. Kemudian dia bertanya: “Lalu siapa lagi?”. Rasulullah saw bersabda: “Kemudian bapakmu.” [HR. Bukhari Muslim].

3. Beramal shaleh.

4. Selalu mendirikan shalat.

5. Mengajak manusia berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan munkar.

Dari Abu Hurairah ra., dia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: “Mukmin laki-laki dan mukmin perempuan senantiasa akan ditimpa bala’ (cobaan), baik jiwanya, anaknya, maupun hartanya, hingga dia berjumpa Allah dengan tidak ada kesalahan”. [HR. Tirmidzi].

6. Tidak sombong dan angkuh.

Thursday, April 15, 2010

Setiap perkataan dibicarakan lambang keperibadian

ALLAH SWT menjadikan manusia amat istimewa dan berbeza dengan makhluk-Nya yang lain, maka manusialah yang menjadi hala suruhan bersopan santun sewaktu bermuamalah dengan sesiapa saja, termasuk kepada binatang dan alam.

Keistimewaannya paling utama ialah Allah menciptakan akal supaya manusia berfikir, maka fikirlah setiap satu matlamat dan akibat setiap perbuatan kita dan Dia juga hadiahkan buat sementara lidah untuk berbicara, maka sampaikanlah apa yang terasa dalam hati dan terlintas dalam fikiran manusia jika tidak menyakitkan hati sesiapa.

Keupayaan berbicara adalah nikmat Allah yang begitu besar kepada seseorang manusia meskipun hanya menggunakan dua tangan sebagai isyarat. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rahman, ayat 1-4 bermaksud: “Allah Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya, Dialah yang mengajarkan Al-Quran, Dialah yang menciptakan manusia, Dialah yang membolehkan manusia memberi dan menerima pernyataan.”

Justeru, nikmat kebolehan berbicara ini wajib dihargai, disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut landasan syarak. Islam menggariskan tatacara terbaik untuk menggunakan lidah yang sentiasa merungkaikan kalimah agar setiap bicara mendapat keredaan Allah.

Berbicara sama ada secara langsung atau melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik mempunyai tatacara dan adab tertentu. Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya.
Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah adalah ibadah yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: “Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak bermakna baginya.” (Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Perkara yang paling utama apabila kita berbicara ialah jangan sekali-kali kita berbicara sesuatu yang tidak berkaitan dengan diri kita kerana ia adalah bicara yang tidak perlu dan tidak akan menyelamatkan kita daripada dosa.
Malah mungkin kita dipertanggungjawabkan dengan dosa dan sumpah palsu yang dibuat kerana keseronokan mengata sesuatu yang tidak pasti tanpa bukti yang menyokong. Abu Darda menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada Hari Kiamat.” (Riwayat Muslim)

Selain itu, ada juga bicara yang disampaikan kepada orang lain mengenai sesuatu sedangkan masanya belum tiba untuk menyentuh hal berkaitan. Ini perlu dielakkan kerana jika membabitkan bahan bukti mahkamah, ia boleh mengganggu perbicaraan sekiranya perbicaraan belum selesai atau menimbulkan hal yang memalukan.

Apabila seseorang yang tidak berilmu perlu berdebat dalam berbicara, jangan pula berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana, kerana orang yang sedemikian tidak akan menghiraukan orang yang tidak tahu bersopan santun dan mengaplikasikan pengetahuan dalam berbicara. Jangan pula berdebat dengan orang yang berperangai buruk kerana mereka akan menyakitkan hati saja.

Sewajarnya berdebatlah jika perlu dengan orang yang bijak dan santun, manakala kita juga perlu penuhkan dada dengan ilmu dan beradab sopan. Tutur kata seseorang dapat mengukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya.

Oleh itu, setiap insan harus berbicara menurut pertimbangan akal waras. Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mengenai apa saja sama ada dalam percakapan, penulisan atau perdebatan.

Bagaimanapun, ia mestilah tidak menyakitkan hati kerana ia boleh merenggangkan hubungan silaturahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci, permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan dan perbalahan.

Oleh itu, bagi mengelak berlakunya sebarang perselisihan dan suasana tidak menyenangkan, kita perlu berwaspada dan berhati-hati sebelum berkata. Banyak ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW memberi peringatan dan panduan mengenai adab dalam percakapan.

Justeru, jangan kita biarkan lidah yang diam di dalam mulut kita menjadi sebab untuk kita fasik dan kufur sedangkan dengan lidah jugalah kita boleh menghuni syurga-Nya yang mengalir sungai yang luhur dan tanah subur. Biar kita diuji dengan tohmahan jika bercakap benar tetapi jangan sekali-kali kita memfitnah diri sendiri dan orang lain hanya kerana cintakan dunia dan isinya yang fana.

Masalah sosial runtuhkan tamadun manusia

Peningkatan kes buang bayi, zina bukti masyarakat masa kini alami sakit jiwa, rosak rohani

APA dah jadi dengan masyarakat kita kini? Semakin dikutuk perbuatan membuang bayi, semakin menjadi pula perlakuannya. Hari ini dilancarkan kempen kesedaran untuk menyelamatkan bayi yang dikandung atas rasa ihsan dan perikemanusiaan, namun keesokannya lain pula cerita dipaparkan di dada akhbar.

Pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi gejala negatif ini. Namun, apa yang berlaku seolah-olah bukan menjadi kesalahan kepada mereka yang membuang bayi dikandung sendiri. Bayi yang terhasil daripada hubungan haram itu suci dan tidak berdosa. Yang berdosanya mereka yang terjebak dengan gejala tidak bermoral itu.

Moral amat berkait rapat dengan akhlak dan sahsiah seseorang yang melambangkan tahap peradaban. Moral sering dinilai dari sudut agama tanpa mengira masa dan zaman. Apabila manusia melakukan perbuatan tidak bermoral, bermakna mereka menghancurkan tamadun yang dibina.

Seorang penyair Mesir yang terkenal, Shauki Bik pernah berkata: “Suatu bangsa ditentukan kualiti akhlaknya, jika akhlak rosak maka hancurlah bangsa itu.” Moral manusia boleh roboh dan runtuh apabila mereka tidak menjaga keturunan, seperti berlakunya penzinaan secara berleluasa, pergaulan bebas dan hal-hal yang kebiasaannya membabitkan golongan remaja, hubungan songsang, perlakuan lucah dan sumbang, meminum arak sebagai lambang kemegahan dan macam-macam perlakuan yang bertentangan dengan tata moral manusia yang beragama.

Gejala buang anak yang berlaku hari ini adalah bukti paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda masalah keruntuhan moral serius. Kebejatan sosial yang sedang berlaku itu menandakan masyarakat kita sedang sakit jiwa dan rohaninya amat parah.

Mental mereka kehilangan radar berfikir untuk bertindak secara rasional. Hukum agama yang menjadi disiplin kehidupan manusia tidak dipedulikan lagi demi kebebasan seperti dipromosikan dunia barat. Hari ini perzinaan berlaku di depan mata dalam keadaan yang mengaibkan, namun dirasakan bangga oleh pelakunya. Ada pula perawan menceritakan kepada orang lain akan kehilangan mahkotanya dengan penuh rasa bangga. Jauh sekali rasa berdosa dan malu.

Memang betul bahawa moral itu sering dicabar oleh faktor perubahan masa dan persekitaran. Namun nilai moral mesti dipertahankan. Jangan sekali-kali digadaikan seperti menjual barang murahan di pasaran terbuka. Kita bukan berkiblatkan Barat dan semua pembawaan perilaku dan moral mereka mesti dipertimbangkan demi memelihara moral kita.

Pastikan ikatan moral tidak berubah walaupun masyarakat mengalami evolusi mental. Caranya dengan mengamalkan tuntutan agama. Maknanya, agama adalah pengikat kepada kebebasan moral dan tingkah laku manusia.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Menurut Muhammad al-Qutb dalam bukunya Jahiliah Abad ke-20, konsep jahiliah bukan berdasarkan masa, tempoh atau zaman tertentu, sebaliknya disebabkan individu atau masyarakat tidak mengakui Islam sebagai syariat hidup yang cukup sempurna.

Perbuatan berjudi, minum arak, berzina dan membunuh anak sendiri adalah perbuatan tidak bermoral yang boleh meruntuhkan ketamadunan bangsa. Sebagai contoh, dengan meminum arak seseorang akan rasa bangga. Mereka anggap sebagai suatu nilai kepuasan sama seperti bangsa Arab zaman jahiliah yang menjadikan arak sebagai minuman terhormat.

Masyarakat Arab jahiliah sebelum kelahiran Nabi membunuh anak perempuan semata-mata kerana malu dan dianggap tidak setanding dengan anak lelaki yang diperlukan untuk persiapan perang. Dunia mereka adalah peperangan dan memerlukan tenaga lelaki untuk kemenangan, sedangkan perempuan itu dianggap lemah yang menyumbang kekalahan.

Hal ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: “Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (berasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (dia beroleh anak perempuan sambil dia berfikir), adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup di dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.” (Surah al-Nahl, ayat 58-59)

Tuesday, April 13, 2010

10 KEKUATAN LAPAR

Di dalam Kitab Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali menyebutkan, bahwa ada 10 macam kekuatan, akibat perut yang terbiasa lapar karena puasa.

Pertama: Hati menjadi bersih, dan pandanganya kuat.

Kedua: Hati menjadi lembut.

Ketiga: Rendah hati dan hilangnya sifat sombong.

Keempat: Tidak lupa terhadap azab Allah.

Kelima: Nafsu menjadi lemah dan tidak berdaya.

Keenam: Tidak banyak tidur.

Ketujuh: Melaksanakan ibadah menjadi ringan.

Kedelapan: Badan jadi sehat dan jauh dari penyakit.

Kesembilan: Biaya hidup menjadi lebih sedikit.

Kesepuluh: Dengan demikian, memungkinkan untuk memperbanyak sedekah.

Monday, April 12, 2010

Boleh perbaiki diri selagi ada peluang

DARIPADA Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Setiap yang masuk ke dalam syurga diperlihatkan kepadanya tempat diamnya dalam neraka seandainya dia melakukan kesalahan, supaya dengan itu bertambah syukurnya kepada Tuhan. Setiap orang yang masuk ke dalam neraka, diperlihatkan kepadanya tempat diamnya dalam syurga seandainya dia melakukan perbuatan baik, supaya dengan itu timbul penyesalannya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Syurga dan neraka bukan asing bagi pendengaran manusia yang sampai kepadanya seruan dakwah Islam. Namun, tidak ramai mengambil iktibar atas setiap peringatan diberikan iaitu mengenai azab bakal dikenakan kepada orang melanggar perintah Tuhan dan balasan nikmat kepada orang beriman dan beramal salih. Lantaran itu, pada akhirat kelak tiada manusia yang tidak menyesal atas segala kejahatan dilakukan bila mana mereka melihat keindahan syurga yang diperlihatkan kepada mereka berserta nikmat dalamnya.

Sementara orang dimasukkan ke dalam syurga pula akan bersyukur kerana terselamat daripada bencana mengerikan seperti mereka lihat pada neraka dan penghuninya.

Oleh itu, selagi masih hidup dan mempunyai harapan memperbaiki nasib bagi mengelak keazaban di akhirat kelak hendaklah segera bertaubat serta mengerjakan amalan diredai Allah supaya nanti tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi.

Hanya keinsafan mampu sekat zina, kes buang bayi

Dangkal ilmu, iman tipis punca keruntuhan moral, akhlak masyarakat

GEJALA membuang bayi begitu menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Tanpa naluri kemanusiaan, bayi yang dilahirkan itu dibunuh dengan kejam semata-mata bagi menutup dosa ibu dan pasangan ibu bayi berkenaan. Bayi tidak berdosa itu menjadi mangsa. Hak mereka untuk hidup di dunia dihakis manusia tidak berperi kemanusiaan itu. Mungkin di dunia ini mereka boleh terlepas daripada hukuman kerana pihak berkuasa tidak dapat mengesan orang yang membunuh bayi ini namun sudah pasti di akhirat kelak Allah akan membalas perbuatan mereka dengan azab seksaan. Di akhirat nanti kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada hukuman Allah. Di sana, tiada peguam yang akan mampu membela orang yang melakukan kesalahan di sisi Allah. Perbicaraan di padang mahsyar begitu adil. Setiap amalan walau sebesar zarah akan dibalas sewajarnya.

Gejala membunuh bayi begitu berleluasa kerana masyarakat sudah tidak lagi memandang aspek akhlak dan moral sebagai suatu yang begitu perlu dipertahankan. Sudah tidak ada lagi perasaan malu berdua-duaan ataupun melakukan perkara sumbang di kalangan masyarakat. Sudah sering kita lihat muda-mudi terkinja-kinja dalam parti dan disko tanpa segan silu, meminum arak dan berpelukan sudah menjadi kebiasaan di sesetengah tempat.

Malah, cubaan untuk mengawal moral sebegini sering ditentang kononnya melangkaui hak asasi manusia. Penggubalan undang-undang berkaitan kawalan moral tidak dapat dilakukan, malah undang-undang sedia ada berkaitan dengan moral juga hendak dihapuskan.

Persoalan mengenai sama ada ada undang-undang boleh mencampuri hal ehwal moral dicetuskan semula beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Badan itu melihat undang-undang semata-mata dari lensa Barat dan tidak diadunkan dengan budaya masyarakat tempatan yang disulami dengan jahitan agama. Mereka menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Mereka mengatakan undang-undang tidak boleh mengawal salah laku moral. Jika seseorang itu berdosa, hanya Tuhan yang layak menghukum mereka. Namun, apabila gejala membuang bayi berlaku, tidak pula kedengaran usaha bagi mengetatkan undang-undang moral.

Sebenarnya budi pekerti dan moral yang mulia adalah satu-satunya asas paling kuat untuk melahirkan masyarakat yang ikhlas dan amanah. Orang yang tidak bermoral akan mudah terjerumus di dalam aktiviti jenayah. Undang-undang sebenarnya bersandarkan kepada moral dan moral bertunjangkan kepada agama.

Walaupun satu daripada Rukun Negara adalah Kesopanan dan Kesusilaan, permasalahan moral ini sering diketepikan. Memang benar Rukun Negara tidak mempunyai kekuatan undang-undang untuk dilaksanakan, namun apa gunanya berikrar atas nama Rukun Negara sekiranya ia tidak mahu dipatuhi.

Sepatutnya dalam membuat sesuatu keputusan, kita merujuk kembali kepada Islam sebagai agama negara. Seperti diriwayatkan ketika ditanya kepada Saidatina Aishah: “Apakah akhlak Rasulullah” maka Aishah menjawab: “Akhlak Rasulullah ialah al-Quran.” Oleh itu, apabila al-Quran melarang orang Islam meminum arak, apakah salah kerajaan membuat perundangan bagi mengharamkan orang Islam minum arak? Apabila al-Quran melarang berzina, apakah silap kerajaan membuat perundangan mengharamkan perzinaan dan pelacuran?

Rasulullah pernah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu diutus untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.” Pada masa sekarang, kita tidak dapat lari dari mengkodifikasikan ajaran Islam kerana masyarakat Islam itu sendiri begitu asing dari Islam.

Kalau dulu apabila ayat al-Quran mengenai pengharaman arak diturunkan maka sahabat berduyun-duyun membuang arak tanpa mempersoalkannya. Tetapi sekarang selepas 1,400 tahun berlalu, penghayatan terhadap al-Quran amat rendah. Oleh itu hukuman berbentuk keduniaan ini perlu bagi berperanan sebagai penghalang kepada budaya meminum arak ini.

Akhlak manusia tidak akan terdidik tanpa panduan undang-undang. Pada masa ini, dengan perundangan yang adapun akhlak masyarakat amat menyedihkan. Apa akan jadi jika semua perundangan itu dihapuskan. Maka wujud lakonan dalam perundangan ini. Secara hipotetikal, apabila undang-undang dihapuskan, apa akan jadi jika dua orang melakukan perbuatan tidak sopan di depan kita atau keluarga kita. Biarkan saja kerana ia hak asasi mereka? Biarkan remaja kita menonton aksi tidak bermoral itu? Apa yang hendak kita lakukan? Bagaimana pula dengan hak asasi kita yang berasa jijik melihat perbuatan seperti itu?

Tidak dinafikan pendidikan adalah elemen penting mengawal moral. Tetapi pendidikan saja tidak mencukupi kerana ia bertindak sebagai ‘amar maaruf’, manakala hukuman dalam bentuk perundangan bertindak sebagai ‘nahi mungkar’.

Kedua-dua kaedah ini sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain apatah lagi dalam keadaan negara mengambil Islam di dalam ruang yang begitu terhad dan berpilih saja. Amar makruf dan nahi mungkar sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain.

Dalam Islam, penguatkuasaan agama terletak dalam wilayah al hisbah. Mereka mempunyai hak dan tanggungjawab tersendiri. Jika kita meneliti kaedah hukum syarak, tidak timbul andaian suatu hari nanti mungkin ada undang-undang Islam yang membenarkan pegawai penguat kuasa masuk ke rumah dan periksa sama ada seseorang itu solat lima kali sehari atau tidak? Andaian ini adalah melampau dan meleset serta tidak diasaskan kepada kaedah fekah dan syariah Islam sebenar kerana Khalifah Umar yang terkenal garang pun pernah ditegur kerana mengintip rakyatnya melakukan kesalahan.

Selagi seseorang itu beragama Islam maka ia berada dalam suatu sistem yang lengkap. Islam tidak sekadar rutin ritual harian, tetapi suatu cara hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan termasuk kawalan moral ataupun akhlak Islamiah.

Berbalik kepada gejala pembuangan bayi ini, sudah pasti jawapan bagi menangani gejala ini ialah berbalik kepada al-Quran dan al-Sunnah dengan memakai undang-undang yang digariskan Islam. Menjauhi zina adalah kewajipan setiap umat Islam. Memastikan zina tidak berlaku pula tanggungjawab masyarakat.

Orang yang melakukan zina adalah orang yang dangkal ilmunya. Keimanannya tipis. Zina akan membawa kepada pelbagai masalah sosial di kalangan masyarakat serta memusnahkan susun atur sosiobudaya masyarakat. Apatah lagi masyarakat Timur yang dibina atas dasar keimanan dan ketakwaan. Undang-undang tanpa kesedaran juga mungkin tidak dapat membendung perzinaan. Anda bertindak bijak dengan menjauhi zina!

Saturday, April 10, 2010

Wajib Mandi Di Hari Jumaat Bagi Menunaikan Solat Fardhu Jumaat

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إذا جاء أحدكم الجمعة فليغتسل

Maksudnya:

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Jika seseorang dari kamu mendatangi (solat) Jumaat, hendaklah dia mandi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 877)


عن أبي سعيد الخدر رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال غسل يوم الجمعة واجب على كل محتلم

Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap muslim yang telah deawasa (baligh).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 879)

Sayyid Sabiq rahimahullah menjelaskan:

“Majoriti ulama memilih pendapat wajibnya mandi untuk solat Jumaat.” (Diperakui oleh al-Albani sebagai pendapat yang benar, Tamamul Minnah, m/s. 126, Pustaka Sumayyah)

Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim berkata:

“Diwajibkan mandi bagi sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, iaitu orang-orang yang diperintahkan untuk menunaikan solat Jumaat, menurut pendapat yang ulama yang paling sahih, berdasarkan dalil-dalil yang disebutkan.” (Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Shahih Fiqih Sunnah, jil. 2, m/s. 305, Pustaka at-Tazkia)

Penjelasan:

1 – Wajib mandi pada hari Jumaat sebelum pergi menunaikan solat fardhu Jumaat. Cukup dengan sekali mandi.

2 – Orang yang berhadas (hadas kecil) setelah mandi, maka cukup dengan berwudhu’, tidak perlu mandi semula.

3 – Sesiapa yang berjunub pada hari Jumaat tersebut, cukup baginya mandi sekali sahaja (merangkumi mandi junub dan mandi hari Jumaat).

4 – Boleh mandi sama ada mahu mandi di waktu awal pagi atau lewat pagi sebelum pergi menunaikan solat Jumaat.

Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan:

“Waktu mandi adalah setelah terbitnya fajar, bila mandi setelah itu maka itu mencukupi, dan bila mandi sebelumnya maka tidak mencukupi.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, jil. 3, m/s. 85, Pustaka Azzam)

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1 – Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Shahih Fiqih Sunnah, Pustaka at-Tazkia.

2 – Ibnu Qudamah, al-Mughni, Pustaka Azzam.

3 – Muhammad Nashiruddin al-Albani, Tamamul Minnah, Pustakla Sumayyah.

4 – Muhammad bin Ismail ash-Shan’ani, Subulus Salam, Darus Sunnah.

Ingatan bagi pelupa: Sentiasa amal gaya hidup sihat elak mudarat penyakit

DARIPADA Abu Salamah bin Abdur Rahman, katanya dia mendengar Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak ada penularan. Kemudian ditambahnya pula: Jangan mendekatkan yang sakit kepada yang sihat. (Hadis riwayat Muslim)

Kita selalu diingatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat demi menjaga kesihatan. Jika kita mengamalkannya, besar kemungkinan akan memperoleh kesihatan terbaik tetapi jika sebaliknya, mengamalkan gaya hidup tidak sihat akan terdedah dan berisiko tinggi menghidap pelbagai penyakit.

Meskipun kita sedar setiap penyakit ada ubatnya namun mencegah lebih baik daripada mengubat.

Sejauh mana kita menghayati dan mengamalkan nasihat ini terpulang kepada kebijaksanaan sendiri.

Tiada penyakit yang berjangkit dengan sendirinya melainkan dengan ketentuan Allah. Selain berusaha dengan ubat-ubatan, kita hendaklah berdoa kepada Allah untuk mendapat pertolongan-Nya menyembuhkan kita.

Thursday, April 8, 2010

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH BENTONG


sahabat ana zulhasyimi..Johan tilawah al-quran,,Tahniah!!!

Markah peserta..Zulhasyimi paling tinggi markah dengan 95..

Johan Tilawah Al-Quran..

Tempat ke2

Tempat ke3

Juri tilawah..amboi2 fahizmi..anta jadi juri yerkk..

dalam dewan..sempat lagi posing..hehe..:-)


Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan... Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wednesday, April 7, 2010

Buang bayi gejala jahiliah moden

APALAH dosa bayi yang tidak berdosa dibuang. Betapa kejam dan tidak berhati perut manusia yang berbuat demikian. Sudahlah melakukan dosa besar dengan berzina kemudian membunuh pula anak hasil hubungan haram berkenaan.

Apa sudah jadi dengan remaja kita tanpa segan silu melakukan perbuatan keji itu? Sanggup membunuh dan yang terbaru sanggup mereka membakar bayi. Tong sampah, kotak, masjid, depan rumah adalah antara tempat yang pernah menjadi pilihan untuk membuang bayi. Lebih menyedihkan lagi, media melaporkan ada bayi yang didagangkan semata-mata mahu mengejar kekayaan duniawi yang sementara ini.


Kes itu dipercayai antara ribuan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah yang dilakukan pasangan muda-mudi terlanjur dalam perhubungan mereka. Al-Quran dan sunnah acap kali memperingatkan betapa bernilai hidup setiap makhluk Allah. Janin yang baru berada dalam perut ibu walaupun masih pada proses awal, bahkan binatang dan tumbuhan dilarang untuk dicabut nyawa hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah.


Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan yang sah.


Allah berfirman yang bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." (Surah asy-Syura ayat 49-50).


Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini yang mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).


Realitinya, isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.


Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, "Setiap suami pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (Riwayat Bukhari).


Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada 83 kes berkenaan, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan. Manakala empat kes pembuangan janin.


Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada zaman jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin, tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu adalah untuk menutup malu yang menimpa mereka selepas melakukan perzinaan.

Pasangan lelaki dan wanita yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran terutama yang melahirkan bayi di luar nikah.


Pada zaman jahiliah, mereka membunuh kerana khuatir anak mereka diperkosa atau berzina. Bagaimanapun, pada zaman jahiliah moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina. Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Sudahlah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan. Kemudian menambah bilangan dosa dengan menyeksa bayi berkenaan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap.


Firman Allah yang bermaksud: "Tidakkah patut bagi manusia apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka." (Surah al-Ahzab ayat 36). Kepada remaja, sedarlah hidup pada zaman remaja hanya sementara. Pilihlah kehidupan yang baik. Pilihlah kawan yang baik. Anda sudah cukup bijak memilih. Anda bertanggung jawab ke atas perbuatan anda. Jangan salahkan sesiapa atas tingkah laku anda.


Kepada ibu bapa jika berlaku perkara yang tidak diingini, sama-sama pikul tanggungjawab. Jangan biarkan remaja bersendirian. Sedangkan Nabi maafkan umatnya. Jangan pula ditambah dosa dengan membiarkan remaja melakukan pembuangan bayi yang dilahirkan. Jika anda rasa bayi berkenaan malu dan menyusahkan, anda berhubunglah dengan anggota kebajikan masyarakat yang bertanggungjawab dan memahami masalah anda. Ramai ibu bapa lain yang memerlukan bayi untuk dijadikan anak angkat.


Kenapa kita mesti sayang Tuhan?

RUGINYA kita kalau kita tidak cinta dan tidak sayang kepada-Nya. Sedangkan kesayangan kita kepada yang lain, tidaklah berjasa dan berbaik pada kita sebanyak mana Tuhan lakukan untuk kita.

Kenapa kita mesti menyayangi Tuhan?

1) Dialah pencipta dan memberi kemudahan secara percuma dengan segala macam khazanah yang bersifat fizikal, mental dan rohani.

Dalam badan kita ada jantung, hati, paru-paru, usus-usus, buah pinggang, sistem peranakan, sistem penghadaman, ada otak, ada saraf, ada saluran darah dan lain-lain.

Tersimpan juga dalam tubuh kita berbagai-bagai maklumat aqliah seperti ilmu alam, ilmu matematik, maklumat sejarah, sains, ekonomi, rahsia peribadi dan individu lain termasuk maklumat berkenaan alam akhirat. Memang hebat batang tubuh kita ini.

2) Dibekalkan kepada kita dengan seribu perasaan tanpa sebarang bayaran. Seperti rasa sedih, sayu, takut, marah, sayang, rindu, kasih, cinta, gerun, geram, benci, meluat dan jijik.

Bukan itu saja, lautan rasa boleh bertukar warna kepada rasa hebat, megah, sombong, tinggi diri, bangga, rasa mampu, selamat, dan pelbagai lagi.

Tidak kurang juga dengan rasa derita, kecewa, putus asa, terseksa, lara, rasa diri tak berguna, rasa hina, rasa lemah, rasa tidak selamat, rasa serba tak boleh.

Di sudut lain, lautan ini membawa irama gelombang yang lain pula. Rasa bakhil, gila dunia, gila kuasa, gila puji, gila wanita, tamak haloba, hasad dengki, dendam kesumat, rasa nak tipu, nak bohong, nak mencuri, nak bunuh orang, nak bunuh diri, mengangkat diri dan jatuhkan orang.

Ada pula jenis rasa yang indah supaya dapat melayari lautan rasa manusia hingga terbuai-buai kita dibuatnya. Rasa sayang ibu bapa, sayang isteri, suami, sayang anak-anak, sayang kawan, sayang jiran, sayang bunga, sayang barang-barang, sayang hidup, sayang kerja, sayang rumah dan sayang dunia.

Diiringi pula rasa-rasa yang indah ini supaya dapat mengecapi bahagia seperti pemurah, peramah, berprasangka baik, berbudi tinggi, lapang dada, berkasih sayang, memaafkan, rasa bersalah dan meminta maaf, rendah diri, memuliakan, ingin disayangi dan membalasnya.

Tetapi kemuncak dari semua itu, ada satu rasa yang paling mahal daripada semua rasa itu adalah 'rasa bertuhan.' Rasa inginkan Tuhan sewaktu susah. Sungguh ajaibnya penciptaan, pemberian dan anugerah yang maha luas ini.

Bagaimana diri manusia yang sekecil ini dibenarkan memiliki seribu satu macam khazanah rohaniah? Siapa pereka, perancang, pencipta dan mengawal sistem 'super power' ini? Tuhan, bukan? Hanya Dialah yang semampu ini. Hanya Dia yang sebijak dan sekuasa itu! Hanya Dia dan Dia saja.

Sebab itulah Tuhan Yang Agung ini berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia adalah sebaik-sebaik ciptaan dan kejadian."

Instinct atau fitrah kita yang menjawabnya. Sebab fitrah memang dibentuk bersama rasa yakin adanya Tuhan. Rasa mahukan Tuhan.

Sebab itu kita bangga mengaku sebagai seorang hamba Tuhan. Tetapi marah kalau orang tuduh kita hamba syaitan, hamba seks, hamba duit dan lain-lain.

Pelik manusia ini, macam-macam yang dicinta, tetapi marah apabila dikaitkan dengan perkara yang banyak itu. Sebab cinta itu murah.

Sedangkan cinta Tuhan itu mahal. Saintis itu sebenarnya ada rasa mahukan Tuhan. Terutama waktu susah apabila mereka akan memanggil Tuhan dengan kata 'oh my God!' Tetapi sayang perasaan mereka terhadap Tuhan itu tidak dibaja dan tidak disuburkan.

Sedangkan rasa cinta kepada 'girlfriend' itu begitu dipupuk, sayang anak itu dibelai-belai, sayangkan ibu bapa amat dibesar-besarkan.

Sayang dunia, sayang pangkat, cinta kereta dan lain-lain sungguh bertakhta di hati. Sanggup hidup mati kerananya walhal apa sangatlah semua itu pada kita. Ia pernah ada dan pernah tiada. Bila lagi nak berangkat mencari sayang Allah?


Monday, April 5, 2010

Hari Kiamat manusia dibangkitkan

Surah al-Naziat termasuk dalam surah makkiah yang diturunkan selepas surah al-Naba'. Seperti yang diketahui dalam surah al-Naba' banyak dibincangkan berkenaan dengan beriman dengan hari akhirat begitu juga perihal yang berlaku dan gambaran balasan golongan yang baik dan jahat.

Surah ini meneruskan lagi kesinambungan berkenaan hari pembalasan seperti kata al-Maraghi: Allah SWT memulakan firman-Nya dengan bersumpah yang menegaskan berkenaan kebangkitan dari kubur. Hal ini tidaklah menjadi keraguan lagi dengan hujah dan bukti yang jelas.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya. Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya. Dan Demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya. Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya. Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya, (Sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan), Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing). Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut Pemandangannya tunduk gerun. Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu? Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?" Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!" (menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata. (al-Nazi'at: 1-14)

Firman Allah SWT: Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya. Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya.

Mengikut Ibn Mas'ud, Ibn Abbas, Masruq, Said bin Jubair, Abu Salih, Abu al-Dhuha dan al-Suddi iaitu para malaikat yang mencabut nyawa manusia dengan keras dan lembut mengikut amalan dan keimanan mereka.

Firman Allah SWT: Dan Demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya.

Ibn Mas'ud menyatakan maksudnya ialah para malaikat sedangkan Qatadah pula berpendapat iaitu bintang-bintang.

Firman Allah SWT: Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya.

Ledakan gempa

Yang masyhur di kalangan salaf al-salih seperti al-Hasan al-Basri iaitu para malaikat sedangkan al-Hasan berpendapat dia lebih cepat kepada keimanan dan membenarkannya.

Firman Allah SWT: Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya, (Sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)!

Al-Hasan al-Basri berkata: Mereka mengatur urusan langit hingga ke bumi mengikut perintah Tuhan.

Firman Allah SWT: Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekelian makhluk selain dari yang dikecualikan). Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing).

Inilah gambaran hari kiamat dengan membuat hati manusia merasakan ledakan gempa malapetaka dan huru-hara adanya perasaan menggigil, takut dan gementar. Akhirnya membawa kepada penghayatan kepada firman Allah SWT dan mengiktiraf kebenaran-Nya seperti ayat berikutnya.

Firman Allah SWT: Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut. Pemandangannya tunduk gerun.

Syed Qutub berkata: Mereka dalam keadaan takut dan cemas. Mereka kelihatan jelas hina-dina. Perasaan mereka bercampur aduk di antara takut, kecewa, gentar dan lumpuh. Inilah yang berlaku pada hari yang dahsyat, di mana bumi bergegaran dan diiringi gegaran di langit. Inilah suasana yang terangkum dalam sumpah Allah SWT.

Firman Allah SWT: Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu? Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?" Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"

Muhammad bin Ka'ab berkata: Kaum Quraisy berkata: Seandainya Allah SWT menghidupkan kita kembali setelah kematian kita, maka kita benar-benar menjadi orang-orang yang rugi.

Firman Allah SWT: (menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua). Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.

Ibn Kathir berkata: Yang demikian merupakan hanya satu perintah dari Allah SWT, tiada dua dan juga pengulangan. Tiba-tiba seluruh manusia bangkit dengan melihat di mana Allah perintahkan malaikat Israfil meniupkan sangkakala sebagai tanda kebangkitan seluruh manusia dari generasi amalan hingga yang akhir berada di hadapan Allah SWT.

Syed Qutb berkata: "Kita tidak mengetahui di mana bumi Mahsyar? Kita menerima keterangan yang benar ini dari Allah. Oleh itu, tidak seharusnya membuat tokok tambah dengan keterangan-keterangan yang tidak muktamad".

Berdasarkan kepada nas-nas yang lain, pekikan yang dimaksudkan di sini ialah tiupan sangkakala kedua iaitu tiupan bangkit dari kubur dan berhimpun di padang Mahsyar.

Ungkapan ini membayangkan kecepatan dan kecemasan hati yang takut dan berdebar-debar. Penyelarasan ayat ini jelas dan dapat dilihat pada setiap gerak dan pandangan.

Penutup

Al-Maraghi membuat kesimpulan berkenaan dengan ayat-ayat yang dibincangkan di atas katanya: "Janganlah kamu menyangka bahawa menghidupkan kamu kembali itu adalah perkara yang sukar bagi Kami. "Mengembalikan kamu hidup yang kamu dakwa sukar itu cukup dengan memerintahkan kepada malaikat Kami, untuk menyeru dengan satu seruan sahaja. Maka dengan serta merta kamu semua berada di hadapan Kami."

Tidak ada seorangpun yang tertinggal dan jika ada yang ingin melambatkan diri, maka tidak ada yang dapat berbuat begitu.

Semoga Allah menjadikan kita dari golongan yang beriman dan beramal soleh sehingga melayakkan kita semua menghuni syurganya. Amin.

Sunday, April 4, 2010

Syukur...Alhamdulillah result exam sem lepas pointer naik..

Pagi tadi habis kelas bahasa arab di APIUM,rehat dan sarapan pagi..kawan-kawan sekelas bagi tahu result exam sem lepas dah keluar..masing-masing bagi respon semua bagus belaka..Tengok result diaorang semua bagus-bagus belaka..ada yang dapat 4flat dan ada juga pointer 3.9...rata-rata semua result bagus dan gempak..saya tumpang gembira..kawan saya cakap,anta tak ambil lagi result ker?saya cakap malas ambik result awal-awal..padahal dalam hati berdebar sangat-sangat..

Ramai kawan-kawan sekelas dah ambil result,masa sarapab pagi tadi..saya makan rasa tak selesa..dalam fikiran,nak ke aku ambik result ni?sambil makan tapi fikiran melayang..entah apa jadi saya masa itu..akhirnya saya ambil keputusan saya ambil juga result hari ini..terus saya berhenti makan dan terus pergi pejabat APIUM..Masa nak ambil result perasaan berdebar..saya berdoa result kali ini lagi bagus dari semester lepas..Dag ambil result perasaan semakin risau dan berdebar-debar..cadang mahu buka result ni bila sampai rumah nanti..tapi entah macam mana,saya beranikan diri buka sampul surat,di dalamnya result exam saya..Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim......saya membuka sampul surat dengan perlahan-lahan..saya tengok result saya,terkejut.......Syukur....Alhamdulillah..result kali ini lagi bagus dari semester lepas..Ada subjek saya rasa susah dapat A..dengan pointer 3lbh..Apa-apa pun saya tidak boleh gembira sangat sebab semester ini subjek agaka susah..so,kene belajar bersungguh-sungguh..kebanyakkan kawan-kawan saya ramai skor 4flat..Tahniah buat kawan-kawan saya..kalau tak silap saya subjek tafsir maudu'i,kawan kelas saya semua skor A..Syukur....Alhamdulillah..Terima kasih banyak-banyak buat guru kami,Prof.Madya.Dr.Kamil..dialah banyak membantu kami dapat keputusan yang cemerlang..Semester ni,dia ajar lagi subjek hadis maudu'i pula..saya harap kali subjek dia boleh dapat A lagi..mudah-mudahan..subjek lain macam bahasa arab ramai yang skor A juga..keseluruhan saya puas hati dengan result saya.....:-)

Saturday, April 3, 2010

KASUT HILANG DI MASJID KLCC

Pagi tadi saya ke Shah Alam jumpa abah zakaria..abah ajak pergi makan2 dan sembang..kalau tak silap pukul 12lbh saya gerak pulang ke Kl Sentral dengan menaiki komuter..sampai ke Kl Sentral saya terus solat zohor..Hari ini saya free,kelas di UM tidak ada..so,saya cadang hari ini nak pergi jalan sorang-sorang..Destinasi saya seterusnya ialah KLCC..dah lama saya tak pergi jalan-jalan disana..sampai KLCC saya jalan-jalan di taman..maklum la hari sabtu ramai orang datang,dengan membawa keluarga masing-masing..saya singgah Masjid KLCC untuk berehat sekejap sambil melayari internet..lepas solat asar saya hendak pulan semula ke KLCC,saya tengok tempat letak kasut saya hilang,puas saya mencari satu masjid tapi tidak jumpa juga.perasaan marah dan gelisah difikiran..siapalah yang mengambil kasut saya ni..nak kata kasut baru tak juga,sebab kasut lama..tapi saya suka pakai kasut tu..

Saya ada tanya budak perempuan yang duduk di situ,tanya pada dia..ada tak nampak kasut letak di sini,dia cakap tak nampak..saya cakap la kasut saya hilang..Budak perempuan tu cakap baru tadi seorang kakak hilang kasut juga..ermm..menggeling kepala saya dibuatnya..Tempat masjid pun orang mencuri..saya cuba telefon kawan2 saya,kalau diaorang boleh bantu..ermm..kecewa sedikit kawan-kawan saya diluar area KL.xpela tak ada rezki..saya teringat adik saya kerja di KLCC..Alhamdulillah adik saya tolong cari kasut saya,adik saay suruh datang KLCC tingkat 2 dan cari kedai Bata..saya pulak tanya abang jaga masjid dan meminjam selipar masjid..abang yang jaga masjid tadi terus bagi saya selipar,dia cakap pakailah selipar ini sebab selipar ni orang tinggal..dia cakap lagi ambik la..tak payah pulang semula..Alhamdulillah...terima kasih buat abang yang jaga masjid tadi..saya bergegas terus ke KLCC jumpa adik saya..sampai di kedai bata,adik saya sudah menunggu di situ,adik cakap pilih cepat sebab dia nak masuk semula kerja..saya pilih la kasut yang mana-mana..janji sedap pakai.Akhirnya saya dapat juga kasut yang saya suka..Harga kasut tu RM80..Terima kasih buat adik saya belanja saya sepasang kasut..kalau la adik saya tak kerja di KLCC xtau la macam mana..Apa-apa pun syukur Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan saya...Setiap masalah ada penyelesaian..Orang yang mencuri kasut saya,saya doakan bertaubatlah kepada Allah..sebelum terlambat..saya halalkan kamu ambik kasut saya.

Adik saya cakap lain kali nak pergi masjid mana-mana letak kasut dalam plastik dan beg supaya tak hilang..Lepas ni saya lebih berhati-hati..

Friday, April 2, 2010

Menikmati kelazatan ibadat dengan sabar

Jangan cuba sekali-kali imbas perlakuan maksiat, sejarah buruk yang pernah dilakukan

INDIVIDU yang beriman kepada Allah dan Rasul sentiasa sabar menghadapi apa juga bentuk konflik sama ada rumah tangga, kerjaya mahupun apabila difitnah. Allah juga bertegas bahawa sifat sabar adalah perisai paling penting untuk setiap makhluk menghadapi ujian yang diberikan demi mengukur keimanan.

Sabar bermaksud hati yang teguh dan tidak melawan terhadap sesuatu dan lawannya ialah gelisah. Kerap kali kita diminta bersabar apabila ditimpa musibah, banyak kali pula kita yang meminta orang lain bersabar apabila mereka dilanda badai dalam kehidupan.

Menurut Dr Mohd Yusuf Al Qardhawi, sabar adalah sebesar-besar akhlak al-Quran. Menurut beliau kalimah sabar ini sering kali disebut di dalam kitab suci dan ia bukan saja merujuk kepada surah yang mengajar manusia mengenai iman malah juga surah yang menerangkan cara hidup mukmin.

Menurut Imam Al-Ghazali pula dalam kitabnya Ihya Ulum Ad-Din, ada 74 kalimah sabar dalam al-Quran. Walau berapa pun jumlahnya, sifat sabar tetap dianggap antara sifat mahmudah yang boleh mendorong seseorang menjadi insan yang bertakwa.

Dalam Surah An Nahl ayat 126-127 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan sama seperti ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar. Dan bersabarlah (Wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah, dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.”

Banyak hadis Rasulullah SAW menceritakan kepada kita betapa ganjaran, kelebihan dan kebaikan yang Allah SWT anugerahkan kepada hambanya apabila sifat ini dapat ditakluki secara sempurna. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang menyatakan kebaikan sabar, mafhumnya: “Bersabar terhadap perkara yang dibenci itu terkandung di sana kebaikan yang banyak.”
Sememangnya sifat sabar dalam pelbagai situasi yang Allah SWT bekalkan kepada setiap hamba-Nya dan paling utama ialah sabar dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah SWT. Ia hendaklah disertai dengan sifat ikhlas dan usaha bersungguh-sungguh. Kadang-kala kita berasakan bahawa mudah untuk melakukan sesuatu ketaatan. Kita boleh menunaikan solat setiap hari, berpuasa pada bulan Ramadan, membayar zakat, menunaikan haji dan umrah, tetapi adakah semuanya itu dilakukan dengan ikhlas?

Jika tidak, maka belum tentu kita sanggup bersabar sekiranya wujud halangan untuk menunaikan ibadah berkenaan, seperti cuaca yang terlalu sejuk untuk mengambil wuduk, terlalu panas untuk berpuasa atau meninggalkan anak di tanah air untuk menunaikan rukun Islam yang kelima di tanah suci. Akhirnya, bila berada dalam keadaan sukar, kita melalaikan kewajipan.

Nabi SAW dan sahabat contohnya, mampu ke masjid Nabi walaupun mereka terpaksa menghadapi suasana sejuk serta panas namun mereka tetap tidak melepaskan peluang untuk merebut pahala solat tahajud dan qiamullail sehinggakan mereka rasa begitu sedih dan sunyi apabila waktu solat tahajud kian berakhir, sehingga ada di kalangan mereka menangis apabila waktu solat malam berakhir kerana takut tidak berkesempatan untuk beribadah keesokan harinya.

Kelazatan beribadat sudah sebati dalam jiwa mereka dan kesabaran dalam melaksanakan ibadat berada di kemuncak tertinggi di sisi Allah SWT. Seorang ahli tasawwuf yang terkenal iaitu Imam Zakaria Al-Ansori, yang sepanjang hidup beliau sentiasa beribadat, tidak mahu sembahyang dengan cara duduk walaupun umur beliau menjangkau ratusan tahun.

Sehinggakan ketika sembahyang badan beliau bergoyang ke sana ke mari namun beliau tetap tidak mahu duduk. Apabila ditanya, beliau mengatakan bahawa ingin terus berdiri kerana nikmat dan kelazatan qiyam ketika sembahyang itu adalah sesuatu yang sangat ternilai dan beliau sabar menghadapi kepayahan kerana nikmat yang mengatasi.

Sabar daripada melakukan perkara maksiat juga sukar kerana ia memerlukan usaha bersungguh-sungguh dan paksaan yang kuat untuk meninggalkannya. Al Imam Al Habib Ibnu Alwi Al Haddad dalam membicarakan masalah ini memberikan suatu peringatan dengan sekeras-kerasnya supaya jangan sekali-kali cuba untuk mengingati atau mengimbas kembali segala sejarah buruk dan segala perlakuan maksiat yang dilakukan dulu kerana dosa dan maksiat adalah sesuatu yang menyeronokkan dan boleh membuatkan kita rindu.

Jelas, perkara ini amat berbahaya kepada kita sekiranya tidak ada paksaan daripada kita untuk meninggalkan segala ingatan berkenaan. Orang yang sentiasa berada di bawah peliharaan Allah SWT tidak akan sekali-kali menyerah kalah terhadap ujian hidup yang bertimpa-timpa, malah mereka menganggap semua menjadi sebab untuk menjadikan diri mereka lebih baik daripada sebelumnya.

Justeru, orang yang sabar untuk menunaikan ibadat dan sabar meninggalkan maksiat adalah orang yang mempunyai akhlak luar biasa dan mereka inilah yang akhirnya sabar walau dihalang dan kuat walau ditentang.

Baca al-Quran dengan bertatih-tatih dapat dua pahala

DARIPADA Aisyah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.” (Hadis riwayat Muslim)
Allah berfirman yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam kitab cukup terpelihara (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan daripada Allah Tuhan sekalian alam.” (Surah al-Waaqiah: 77-80)
Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian al-Quran perlu dititikberatkan kerana melalui al-Quran Allah memberi petunjuk kepada hamba-Nya untuk mencapai keredaan dan keselamatan. Melalui al-Quran hamba-Nya dikeluarkan daripada kegelapan kepada cahaya yang terang.

Oleh yang demikian Allah mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca al-Quran seperti mana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi)

Kebaikan membaca al-Quran antaranya, bagi orang yang membaca al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah menghafalnya.

Sementara orang yang membaca al-Quran dengan lisan tertatih-tatih dan berat dirasakannya (gagap) maka baginya dua pahala. Sesungguhnya orang yang membaca al-Quran dan mengamalkannya lebih besar darjatnya daripada orang yang tidak membaca al-Quran.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang kosong.”