Sunday, January 31, 2010

Haiwan Pelik..Jom Relex Kejap






Kenduri kawen mak mertua adikku

Minggu ni kuliah saya di UM tiada,cuti yang ada saya pergi kenduri kawen mak mertua adik saya yang terletak di Taman Maluri KL.Saya bertolak dari Mempaga pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas Mara Liner terus ke KL.Pukul 10pagi saya sampai ke KL,kemudian saya ke rumah adik saya di Pandan Indah dengan menaiki start LRT .sampai ke rumah saya rehat sekejap.Dalam pukul 12tengah hari saya terus ke tempat kenduri tidak jauh dari rumah adik saya. Sampai ke tempat kenduri,saya berjumpa dengan pasangan pengantin baru,segak bergaya pengantin lelaki.kenduri buat di dewan miharja..nak kata ramai xjuga..cuma ajak sedara mara,kawan2 dan jiran tetangga sahaja..alhamdulillah syukur kenduri tadi berjalan dengan lacar,biarpun kenduri sederhana tapi meriah..saya doakan pasangan pengantin baru berbahagia hingga ke akhir hayat..Amin..

Kalo pergi ke kenduri orang kawen mesti ada orang tanya saya,,aii orang muda bila lagi...adusss soalan cepu gangsa diaorang tanya..asyik pergi makan lauk kenduri kawen orang jerr..ermm..nak xnak saya jawab jela,insyaallah ada rezki saya mesti jemput punya..jangan risau..lambat @ cepat.sambil tersenyum..yang penting kita kena usaha dan berdoa kepada Allah swt semoga dapt jodoh yang baik..mudah-mudahan..Amin.

Saturday, January 30, 2010

Baru dua kali turun gelanggang badminton

Permula yang baik bagi tahun 2010,sekian lama juga la saya menyepi acara sukan badminton..kalo xsilap last saya main badminton sebelum puasa tahun lepas..start minggu ni saya main badminton di dewan badminton kg.lebu..dari rumah saya lebih kurang 10minit..ni pertama kali saya bermain di situ..selalu saya main di dewan Lurah Bilut..bertukar angin pulak..insyaallah minggu depan nak start semula main di Lurah Bilut jumpa team lama..sukan badminton ni memang sebati dengan jiwa saya.zaman sekolah dulu saya ada jurulatih badminton,saya panggil dia Uncle Lim.Dari situ saya berlatih dengan dia..xsilap saya,saya mula berlatih dengan dia ketika umur saya 14tahun.masa tu memang saya memang sangat suka dengan badminton.Seminggu 4@5kali saya akan pergi ke Kelab Belia Bentong untuk berlatih dengan dia.

Kebanyakkan yang berlatih di situ ramai anak2 cina..dari umur 4tahun sampai remaja.anak india dan melayu sedikit sahaja yang berlatih disitu.saya akui perasaan gugup ketika berlatih pasti ada.yela.ramai budak cina tengok kita berlatih..masa tu saya baru berjinak2 dengan badminton..Dalam seminggu saya berlatih di Kleab Belia 4@5 kali seminggu..semangat ketika berkoba-koba.dalam fikiran saya ketika itu,xkan anak melayu xboleh main badminton..asyik anak cina jer main,jeles pun ada juga..dari situ saya berlatih bersungguh-sungguh..nasib baik la ada kawan saya budak melayu junior saya ketika sekolah jadi rakan sepelatih.hari2 saya berlatih xkira di dewan sekolah atau pun di asrama.Habis prape & ngaji petang saya curi keluar asrama semata-mata mahu berlatih badminton..saya pastikan sebelum magrib saya kene pulang ke asrama.nasib baik sekolah dekat dengan bandar.

Alhamdulillah,berkat kesabaran saya berlatih akhirnya saya pandai juga main badminton dengan baik dan masuk team A.kira masuk team hebat2 belaka.yang berlatih disitu kebanyakkan pernah wakil pahang acara badminton..Daerah Bentong acara Badminton cukup terkenal di Peringkat Negeri Pahang dan banyak kali muncul juara..dapat juga merasa saya berlatih bersama dengan permain2 terbaik pahang dan menimba ilmu dengan diaorang..mula-mula berlaja tu memang la rasa xseronok kerana belajar teknik2 bermain,pegang reket dengan betol dan macam2 lagi..tapi berbaloi..

Kalo bab reket ni,saya banyak perhabiskan duit dengan membeli reket dan bulu tangkis.duit biasiswa BKP saya beli reket.kalo saya kumpul semula reket2 yang ada sekarang rasa2 lebih seribu ringgit dah perhabiskan untuk reket sahaja belum masuk dengan bulu tangkis dan lain2 lagi..orang kata dah minat nak buat macam mana kan..zaman sekolah dulu memang aktif dengan badminton,lawan peringkat MSSD Bentong..acara saya masuk perseorangan dan bergu..pernah jadi johan bergu tertutup sekolah.Di Bentong ni ramai yang hebat2 dalam sukan Badminton,nak menang tu memang payah la.Ingat lagi,saya dulu selalu main badminton dengan abang2 polis Bentong.Habis saya berlatih badminton mesti diaorang ajak main sama2..cara diaorang main cukup hebat.tahun lepas saya pergi ke kedai telepon untuk beli topun ada budak cina lelaki tegur saya,dia cakap dah xmain badminton ke?terkejut saya dibuatnya..dia masih ingat saya..kami berlatih bersama-sama.lawan badminton pun sama2..dia cakap kalo free2 datang la kelab belia boleh main semula..saya balas dengan senyuman..saya harap lepas ni.saya nak aktif semula dalam sukan badminton,bukan nak masuk pertandingan.cuma nak jaga kesihatan badan..keseluruhannya sukan badminton ni,memang sebati dengan jiwa saya dan tidak dapat dipisahkan..kalo nak cerita tentang pengalaman dengan sukan badminton ni memang panjang..cukup la sekadar imbas kembali detik kegemilangan saya ketika berlatih badminton.banyak kenangan manis yang tidak dapat di lupakan.

Friday, January 29, 2010

Kebersihan Masjid Mempaga Gred B

Baru2 ni majlis agama negeri datang melawat setiap masjid Daerah Bentong.Salah satunya Masjid Felda Mempaga tempat saya tinggal.Setiap malam rutin harian saya ke masjid untuk solat berjemaah.sampai ke masjid saya terus masuk ke dalam.Seorang jemaah masjid Pakcik Din cakap dengan saya,masjid kita dapat gred B,saya macam terpinga-pinga apa gred B..heran juga dibuatnya..saya xpaham..lalu dia mengajak saya keluar pintu masjid dan dia menunjukkan pelekat gred masjid tertulis gred B.xperasan saya bila masuk ke masjid..Jadi,tahap kebersihan masjid masih belum memuaskan..sepatutnya rumah ibadat ni,kita sentiasa menjaga kebersihan dengan baik.selalu bersihkan kawasan masjid,lebih2 lagi tandas tempat orang membuang air kecil atau besar..ada sesetengah tempat tandas masjid rosak dan tidak dibaiki..ini menyebabkan imej masjid terjejas..dengan mangkuk tandas tersumbat dan sebagai..saya harap ahli jawatankuasa masjid perlu ambil tindakan segera untuk membersihkan kawasan masjid dan adakan selalu aktiviti bergotong-royong..

Wednesday, January 27, 2010

Menghargai Kesihatan dengan Aktiviti Makruf

"Rasulullah S.A.W sering memberi ingatan agar
setiap orang sentiasa mempebaharui surat wasiatnya
dalam tempoh tiga hari"



LANJUTAN daripada hadis Rasulullah S.A.W dalam huraian yang lalu,baginda menyatakan bahawa ada di kalangan umatnya yang tidak melakukan sebarang usaha apabila sakit, meskipun adakalanya sakit yang tidak begitu menjejaskan pergerakan seseorang untuk melakukan sesuatu. Tetapi tidak kurang juga sakit yang membawa ke peringkat "mufsidan" iaitu sakit yang merosakkan seluruh program hidup.

Kesihatan adalah sesuatu yang amat bernilai. Lantaran itu,ia mesti dihargai dengan menjaganya dan mengawasi daripada sebarang anasir yang menjejaskan. Ia sebenarnya adalah nikmat Allah S.W.T yang wajib disyukuri kerana kemungkinan anugerah itu tidak kekal terutamanya apabila usia tua, di mana daya tahan untuk melawan penyakit semakin tidak bermaya dan sendi urat otot semakin lemah.

Wajarlah kesihatan itu dihargai. Penghargaan sebenar terhadap keshatan ialah menggunakan semaksimum mungkin masa sihat bagi melaksanakan tugas sebagai hamba Allah S.W.T, dengan melakukan ibadah dan kegiatan makruf yang lain. Masa sihat terutamanya ketika usia muda perlulah membinasakan diri bertekun dan rajin dalam sebarang amal, umpamanya melakukan solat serta mengikis sifat malas dan bertanggung-tangguh, kerana apabila usia meningkat tua, seluruh sendi sudah terasa lenguh-lenguh. Mungkin sifat rajin dan tekun akan terjejas akhirnya sifat malas yang menjelma.

Bagi sesetengah golongan solihin, adakalanya waktu sakit adalah saat-saat yang paling subur untuk melakukan ibadah kerana mereka merasakan bahawa sakit adalah amaran Allah S.W.T. Lantaran itu, dia bersyukur kerana Allah S.W.T masih sudi memberi pengingatan terhadap dirinya, lalu dia terasa Allah S.W.T amat menyayanginya. Di saat demikian,dia tidak mempedulikan dalam keadaan sakit, tetapi apa yang perlu baginya ialah untuk melakukan ibadah sekhusyuk dan sedaya mungkin menjelang ajal yang dirasakan semakin hampir.

Sebaliknya bagi orang awam, jika dalam keadaan sihat tiada kesungguhan melakukan amal ibadah, apakah yang boleh diharapkan ketika tubuh badan sedang sakit. Yang pasti ialah sifat malas kian menguasai diri dan ibadah yang fardhu banyak tertinggal atas alasan tidak sihat.

Oleh yang demikian, apa yang wajar dilakukan ialah menghargai anugerah Allah S.W.T dalam hal kesihatan itu dengan menggunakan kesempatan sepenuhnya untuk melakukan apa sahaja kegiatan amal ibadah yang boleh memberikan kebaikan buat dirinya sama ada di dunia terutama untuk kepentingan dirinya di hari akhirat.

Ralulullah S.A.W seterusnya memberi amaran terhadap mereka yang tidak melakukan sebarang usaha untuk mengisi waktu sihat, maka tiadalah yang dinanti melainkan hati tua yang penuh keuzuran.

Ramai orang yang berlengah untuk melakukan suruhan ibadah dengan berbagai-bagai alasan, masa muda beribadah tidak khusyuk , kalau sudah tua nanti suasana lebih tenang, ketika itulah kononnya ssat yang sesuai untuk bertekun dalam ibadah. Jesteru alasan itu tidak munasabah, kerana ia masa muda anggota masih kuat dan sihat namun mereka tidak melakukannya, sebaliknya hari tua adalah lebih sukar melaksanakan sesuatu yang dirinya tidak terdidik ke arah tersebut.

Akhirnya datanglah suatu detik yang tidak diduga,iaitu kematian yang datang secara tiba-tiba. Keadaaan demikian memungkinkan berbagai-bagai perkara yang terbengkalai yang tidak mungkin dapat diselesaikan selepas saat kematiannya. mungkin banyak hutang-piutang yang belum dijelaskan., tiada wasiat bertulis yang mencatat segala butir terperinci mengenainya. Dengan demikian adalah mustahil waris dapat mengambil tanggungjawab bagi menjelaskan hutang-hutang itu. Akibatnya selama mana hutang itu tidak tertunai maka selama itu tidak akan peluang untuk masuk syurga.

Oleh itu Rasulullah S.A.W sering memberi ingatan agar setiap orang sentiasa memperbaharui surat wasiatnya dalam tempoh tiga hari. Adalah dianggap cuai jika mereka tidak memperbaharuinya.mungkin mereka tercirir daripada memasukkan fakta-fakta baru ke dalam wasiat,khususnya mengenai hutang,sama ada hutang dengan Allah S.W.T atau hutang sesama manusia.



Tuesday, January 26, 2010

PERPADUAN

PERPADUAN sentiasa menjadi keutamaan masyarakat Islam baik di Malaysia, nusantara mahupun sedunia. Perpaduan ummah adalah tuntutan agama. Ia menjadi nilai dalaman terpenting dalam menghadapi berbagai cabaran luar. Munculnya "tata dunia baru" sekarang melihat masyarakat Islam sebagai ancaman yang perlu dihapus. Rantau Asia Tenggara yang menjadi pusat pertumbuhan ekonomi dicemburui oleh kuasa-kuasa besar. Perubahan-perubahan keadaan ekonomi di Malaysia berlaku dengan cepat. Perkara-perkara ini menjadi alasan kenapa perpaduan ummah diperlukan sekarang.

Perpaduan adalah salah satu asas dalam mempertahankan masyarakat Islam di dunia ini daripada musnah. Ia menjadi benteng bagi menyekat musuh-musuh Islam membolot peluang-peluang keuntungan hasil kemajuan yang dicapai di rantau Asia Tenggara. Perpaduan juga menjadi kekuatan bagi mengerah seluruh kekuatan masyarakat Islam. Ia penting bagi masyarakat Islam di Malaysia supaya tidak mudah diketepikan dalam merebut faedah daripada kemajuan dan pembangunan yang ada.

Secara teorinya,perpaduan ini tidak sukar diwujudkan. Kaedah ini dapat difahami daripada al-Quran, sunah dan huraian-hiraian para pakar agama. Namun, secara praktikalnya ia terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah. Terutamanya realiti buruk umat Islam sendiri.

Monday, January 25, 2010

KEPIMPINAN SEBAGAI ASAS

AL-QURAN dan hadis menekankan soal kepimpinan bagi menjamin hukum Islam terlaksana dengan baik. Boleh jadi kerana tumpuan yang mendalam menyebabkan soal kepimpinan adalah perkara yang sensitif dalam sejarah pemerintahan Islam.

Rasulullah menegaskan, kepimpinan mesti ditegakkan walau dalam apa keadaan sekalipun. Tidak timbul persoalan sama ada kumpulan berkenaan besar atau kecil dan di mana ia berada. Mereka terikat oleh kepentingan tertentu. Apa yang dapat difahami daripada hadis Rasulullah adalah tanpa kepimpinan seseorang itu mati sebagai jahiliah.

Salah satu konsep yang menjadi asas kepada kepimpinan dalam masyarakat atau pemerintahan adalah pemimpin. Pemimpin adalah tempat bagi rakyat bergantung harap dan berlindung. Ia adalah lambang masyarakat yang bersatu padu di bawah sesebuah pemerintahan. Sehubungan dengan itu, Allah menegaskan supaya umat Islam sentiasa taat kepada pemimpin mereka di samping taat kepada Allah dan rasulnya.

Bagaimanapun, kepimpinan menurut al-Quran dan hadis bukan satu keistimewaan yang dianugerahkan kepada seseorang begitu sahaja. Ia terhasil daripada hubungan masyarakat dalam pelbagai perkara. Oleh kerana itu, kepimpinan dilihat oleh al-Quran dan hadis sebagai satu tanggungjawab seluruh masyarakat. Rasullullah menyifatkan setiap individu dalam masyarakat sebagai pemimpin yang harus berperanna dengan baik dalam tanggungjawab kepimpinan masing-masing.

Al-Quran dan hadis menjelaskan kepimpinan sebagai suatu amanah. Ia tidak boleh menjadi rebutan secara melulu tetapi diterima dengan rasa insaf dan berhati-hati. Pada hari akhirat nanti, ia boleh menjadi salah satu sebab penyesalan bagi setiap manusia. Rasulullah pernah menyifatkan kepimpinan yang direbut itu sukar bagi dilaksanakan dengan baik. Sebaliknya, kepimpinan yang diterima tanpa dirbut lebih mudah dilaksanakan. Menurut al-Quran dan hadis, peralihan kepimpinan dan kuasa perlu berlaku dalam suasana aman.

Antara nilai yang ditekankan oleh al-Quran dan hadis supaya dihayati oleh para pemimpin adalah sikap prihatin kepada masalah rakyat. Tanpa sikap seperti itu, seseorang pemimpin pasti terpinggir daripada perhatian Allah.

Selain itu, pemimpin juga dituntut supaya berlaku adil. Allah mengasihi pimpinan yang berlaku adil. Manakala, Rasulullah pula menegaskan pemimpin seperti itu menjadi tetamu kehormat di sisi Allah pada hari kiamat nanti. Sebaliknya, dijanjikan neraka kepada para pemimpin yang menipu rakyat termasuk dalam bentuk salah guna kuasa dan kedudukan tau mengamalkan rasuah.

Sunday, January 24, 2010

PEMERINTAHAN MENURUT AL-QURAN

TERDAPAT banyak ayat yang memperkatakan tentang pemerintahan yang dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis. Bagaimanapun, sebahagian besar daripada ayat-ayat berkenaan bersifat umum dan tidak terperinci. Ini bermakna daripada perspektif al-Quran dan Hadis,pemerintahan Islam itu bersifat mudah suai. Ia perlu berpandukan prinsip al-Quran dan Hadis. Selain itu, ia menggunakan pendekatan semasa dan setempat yang sesuai dengan keadaan.

Perkara utama yang ditekankan oleh al-Quran dan hadis tentang pemerintahan Islam adalah sistem yang dipilih bagi memerintah. Al-Quran dan hadis adalah sumber yang benar. Ia perlu dijadikan asa dalam melaksanakan pemerintahan dan perlaksanaannya perlu terjamin. Manakala,selain daripadanya lahir daripada tuntutan nafsu belaka.

Menurut al-Quran,pemerintahan Islam perlu bersungguh-sungguh melaksanakan hukum-hukum Allah. Sebarang kecuaian pada komitmen itu disifatkan sebagai pecah amanah. Ini bermakna,pemerintahan Islam tidak mempunyai pilihan kecuali melaksanakan hukum Allah. Tiada seorang pun dalam pemerintahan Islam yang berhak mengetepikan hukum itu.

Bagi mengukuhkan ketetapan ini, Islam melabelkan sesiapa yang tidak melaksanakan hukum Allah kerana tidak yakin pada keupayaannya serta memandang rendah kepadanya sebagai kafir, zalim dan fasik. Mereka dianggap sebagai orang yang ketinggalan zaman dan masih hanyut dalam budaya hidup zaman jahilliyah.

Sehubungan dengan itu, al-Quran membahagikan manusia kepada dua kelompok besar. Pertama,orang beriman yang sentiasa bersedia menerima hukum-hukum Allah. Manakala,kelompok kedua adalah golongan yang sentiasa ingkar. Menurut al-Quran, golongan kedua ini bersikap tidak wajar kerana gagal memperolehi faedah daripada kitab Allah yang diturunkan kepada mereka dengan mencari sesuatu yang lain daripadanya.

Friday, January 22, 2010

Memanfaatkan Kekayaan dan Kesihatan

"Harta boleh dicapai sebanyak mana dan sedaya yang
mampu dilakukan oleh manusia,tetapi bukan untuk
menjadi Qarun yang mabuk dengan kekayaannya."


PENERANGAN selanjutnya daripada hadis riwayat at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimum.Rasulullah S.A.W mengingatkan agar tidak mensia-siakan 'masa sihat sebelum datangnya waktu sakit'.

Kesihatan adalah antara kurnia Allah S.W.T yang sangat berharga dan suatu nikmat yang wajib dijaga dengan sebaiknya.Sebarang kegiatan yang boleh menjelaskan kesihatan disifatkan sebagai mencampakkan diri ke lembah kebinasaan. Ramai orang yang tidak menghargai kesihatan anugerah daripada Allah S.W.T itu. Justeru kita melihat kalangan yang terlibat dengan benda yang boleh membinasakan diri,misalnya penyalahgunaan dadah,ketagih arak dan rokok. Alangkah malangnya jika antara kebinasaan yang buruk itu mengakibatkan mereka diserang oleh penyakit maut iaitu AIDS.

Hampir seluruh kebahagiaan dan kenikmatan hidup bergantung dengan kesihatan. Makanan yang lazat menjadi sebaliknya apabila demam. Tilam yang empuk memberikan kerehatan semasa tidur,namun apabila seseorang itu sakit tenat,tilam yang empuk telah menyiksanya kerana diia terpaksa terbaring sepanjang masa. Akhirnya tilam itu bagaikan penjara baginya.

Lazimnya manusia akan sedar betapa pentingnya kesihatan setelahdia jatuh sakit. Kesihatan yang terganggu bukan sahaja menyebabkan saya mengecap nikmat turut terganggu,malah ia juga adalah suatu kesengsaraan. Sakit yang tenat akan menghalang pelbagai kegiatan sama ada kegiatan ibadah,ekonomi,sosial dan sebagainya. Wang yang banyak mungkin akan susut untuk membiayai rawatan.

Lantaran itu,masa sihat perlu digunakan sebijuk mungkin bagi melakukan segala yang mendatangkan manfaat untuk diri,keluarga,masyarakat,negara dan agama,sama ada dalam urusan dunia ataupun akhirat kerana semuanya akan mudah dilakukan ketika badan masih sihat.

Seterusnya dalam hadis riwayat at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimum itu, Rasulullah S.A.W menjelaskan betapa perlunya merebut kesempatan ketika 'masa kaya sebelum didatangi kepapaan'.

Kekayaan harta benda tidak kekal. Ia boleh bertambah dan sebaliknya boleh musnah dalam sekelip mata. Jesteru kekayaan adalah anugerah dan amanah daripada Allah S.W.T. Cara mendapatkannya dan juga cara menggunakannya ditentukan peraturannya oleh Allah S.W.T.

Harta boleh dicapai seberapa banyak dan sedaya mana yang mampu dilakukan oleh manusia,tetapi bukan untuk menjadi Qarun yang mabuk dengan kekayaannya, dilaknat dan diazab oleh Allah S.W.T kerana kekayaannya dan bukan untuk menyuburkan sifat bakhil dan tidak bersyukur seperti Tsa'labah.

Kekayaan sebagai amanah Allah S.W.T, beerti setiap rezeki yang diperoleh tidak boleh didakwa sebagai milik yang mutlak. Pada harta itu, anak-anak dan keluarga turut berhak ke atasnya, kaum kerabat dan jiran-jiran yang memerlukan pertolongan, fakir miskin yang mengharap ehsan, agama yang memerlukan pengorbanan ke atas harta yang dimiliki.

Kekayaan adalah alat yang bagi memudahkan mencapai segala urusan dan pelbagai urusan agama yang memerlukan wang ringgit. Orang miskin berjimat cermat mengumpul wang untuk menunaikan fardhu haji, sepatutnya orang kaya bersegera melakukan ibadah haji kerana alat sudah ada.

Jikan orang kaya melambat-lambatkan untuk melaksanakan ibadah haji, beerti ada sesuatu yang tidak kene dalam diri orang kaya itu yang perlu diperbetulkan. Begitu juga jika otang kaya tidak menyegerakan membayar hutang. Dikhuatiri kekayaan itu akan musnah sebelum hutang itu terbayar. Apabila papa kedana. bukan sekadar hutang tidak akan terbayar, malah hidup pun akan menjadi sengsara.

Oleh tiu, jangan abaikan kekayaan itu tanpa dimanfaatkan sepenuhnya, kerana jika alam semesta inipun boleh kiamat, maka tidak mustahil kekayaan juga akan musnah pada bila-bila masa.



Thursday, January 21, 2010

Lima Soalan yang Tidak Dijawab oleh Lidah

"Allah S.W.T kurniakan hidup dengan kelahiran
manusia daripada rahim ibu,sebagai satu rahmat
yang mesti disyukuri"

PELUANG yang keempat dan kelima dalam hadis Rasulullah S.A.W. riwayat at-Tirmidzi dan Muslim, lanjutan daripada yang lalu ialah disuruh supaya merebut peluang 'masa lapang sebelum datangnya masa sibuk dan masa hidup sebelum datangnya ajal kematian'.

Kita dapati di kalangan manusia,ada yang menggunakan hujah 'sibuk' sebagai alasan. Apabila mereka gagal menghadiri mesyuarat,atau tidak dapat hadir ke suatu majlis tertentu walaupun sudah menerima jemputan secara rasmi,terkadang jarang datng ke masjid menunaikan solat jemaah,apabila ditanya maka jawapannya mudah saja iaitu 'sibuk'.

Apakah'sibuk' itu alasan yang sebenar?.Ia tidak perlu dibincangkan di sini. Namun persoalan yang ditekankan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis iru adalah mengingatkan kita betapa masa itu sangat bernilai. Masa adalah usia. Manusia telah ditetapkan tempoh usianya sejak azali lagi.

Masa dan usia amatlah terbatas bagi makhluk bernama manusia. Umyr bagi umat selepas Rasul yang terakhir tidaklah panjang,sesuai dengan fizikalnya yang semakin lemah apabila menjelang usia tua. Tidak seperti pohon kayu di hutan,semakin lanjut usianya semakin kukuh urat-urat itu dan semakin mencengkam akarnya,jika tidak ditebang oleh manusia,ia mampu hidup ratusan tahun.

Lantaran itu,masa lapang perlu dihargai. Keterbatasan masa yang dimiliki oleh manusia tidak memungkinkan mereka membiarkan masa berlalu begitu sahaja dengan sia-sia. jika usia seseorang 60tahun,tidak bermakna mereka memiliki masa lapang sejumlah itu juga,kerana 1/3 daripada usia manusia tekahis percuma semasa tidur dan 1/6 pula berlalu semasa kanak-kanak,bakinya hanya 30tahun sahaja.

Hanya separuh sahaja baki usia manusia yang mesti digunakan untuk menyiapkan sebanyak-banyak bekalan,untuk suatu pengembaraan yang jauh, iaitu perjalanan menuju akhirat. Jika seseorang itu sedar bahawa pengembaraan mereka tidak akan surut ke belakang ke kampung halamannya,tentu mereka tahu bahawa masa sangat suntuk bagi menyipakan bekalan,tidak mungkin ada waktu kosong atau waktu tanpa program dalam kehidupan mereka.

Peluang terakhir yang amat penting yang tidak mungkin dicuaikan ialah 'masa hidup sebelum datangnya saat kematian'. Manusia diberi peluang hidup selepas melalui proses kejadian yang amat unik. daripada berjuta-juta benih dalam sperma seorang ayah,mungkin hanya satu yang bersenyawa dengan telur di dalam rahim ibu untuk proses hayat seterusnya.

Allah S.W.T kurniakan hidup dengan kelahiran manusia daripada rahim ibu,sebagai satu rahmat yang mesti disyukuri kerana dia dipilih untuk kejadiannya satu daripada satu daripada berjuta benih itu. Jika Allah S.W.T pilih benih yang lain nescaya bukan dia yang lahir. Jesteru manusia bukan sekadar bersyukur dengan hidup yang dikurniakanbuat dirinya tetapi sewajarnya mengisi kehidupan tersebut.

Mengisi kehidupan itu mestilah dengan program yang mendatangkan manfaat untuk kehidupam di dunia dan yang palinh penting lagi ialah hidup selepas mati sama ada di alam barzakh atau kehidupan di akhirat.

Demikianlah lima kesempatan yang dikurniakan Allah S.W.T kepada hamba-Nya,iaitu muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,masa lapang sebelum datang masa sibuk dan hidup sebelum mati.

Lima perkara itu akan ditanya sebaik sahaja manusia dibangkitkan di hari Mahsyar. Semua soalan tersebut mesti dijawab,sayangnya yang menjawab kelak bukanlah lidah,tetapi pengakuan dari setiap anggota yang bertanggungjawab melakukan segala tindakan,sama ada amalan yang membawa markah dosa atau mendapat ganjaran pahala.

Wednesday, January 20, 2010

TULISAN KHAT








Penuhi Masa Muda untuk Kebahagiaan Masa Tua

"Jika masa remaja tidak digunakan menurut
selayaknya,pastilah akan meninggalkan kenangan
pahit di masa tua"



ALLAH S.W.T mengaugerahkan peluang secara percuma untuk hambanya. Kita diminta supaya merebut peluang-peluang itu serta memanfaatkan sepenuhnya. Jika seseorang itu cuai atau terlalai daripada merebutnya, pasti mereka akan menaggung kerugian kerana di sebalik peluang percuma itu muncul pula perkara negatif yang akan menimbulkan penyesalan.

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maiman R.A, bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki,dengan sabdanya yang bermaksud;

"Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya tua,masa sihat engkau dilanda sakit,masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa,masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sebuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian."

Peringtan itu diberi oleh Rasulullah S.A.W dengan suatu tawaran berfaedah,supaya tidak mensia-siakan peluang yang diperoleh secara percuma. Ibarat mendapat harta ghanimah,keuntungan tanpa perlu modal,sedangkan orang berniaga mesti mendahului modal.

Justeru,kesempatan yang datang secara percuma itu,dianjurkan leh Rasulullah S.A.W supaya tidak membiarkan berlalu sia-sia kerana sekiranya seseorang itu diberi kesempatan oleh Allah S.W.T hidup dengan umur yang panjang,pasti ia akan menempuh masa muda. Masa muda itu diberi dengan tidak payah diminta.

Masa muda jangan dibiar berlalu tanpa erti,kerana masa muda itu penuh dengan kecergasan fizikal dan mental. Pergerakan jasmani yang kuat untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau amal,dan mental remaja yang segar memberikan ruang yang cukup bagi mencapai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Masa muda itu tidak akan bertahan,kerana usia akan menjangkau dewasa dan akhirnya tibalah masa tua. Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi,dan saat remaja hanya kenangan. Jika masa remaja tidak dugunakan menurut selayaknya,pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua.

Masa tua segala-galanya tidak ada yang indah,kudrat tenaga sudah lemah,selera makan sudah menurun meskipun disajikan makanan yang serba lazat. Sering dilanda sakit kerana keupayaan fizikal untuk melawan fizikal semakin lemah dan keterbatasan telah melindungi dirinya.

Dalam situasi demikian,mungkin seseorang baru menyedari betapa masa muda itu amat berharga. Oleh itu mensia-siakan masa muda yang sangat beerti bagaikan menempah untuk derita menanggung penyesalan. Menyesal kemudian hanyalah suatu kesengsaraan.

Masa muda yang diberi secara percuma oleh Allah S.W.T it,akan ditanya semula pada hari perhintungan kelak kerana usia muda itu bukan sahaja suatu anugerah tetapi juga adalah suatu amanah. Pasti akan ditanya oleh Penganugerahnya,gerangan apakah usia muda itu dipergunakan? Sama ada untuk melakukan ketaatan ataupun sebaliknya.

Segenap masa muda yang dipenuhi dengan perkara yang selayaknya sebagai seorang mukmin,sama ada dibidang ilmu ataupun amal,pasti akan menjadikan masa tua yang penuh dengan kesyukuran. Jika tidak,maka Allah S.W.T telah mengingatkan hambanya dengan firmannya;

"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus."

Surah a-Tin(95:4,5 &6)




Tuesday, January 19, 2010

Cerita Betul Facebook

Setiaphari,hampir 70 juta pengguna login bagi melihat profil teman-teman mereka dengan peningkatan pengguna sebanyak 150 ribu orang setiap hari. Facebook menerima lebih daripada 14 juta foto yang diupload setiap hari dan angka ini terus meningkat.

Siapa sangka tokoh di sebalik kejayaan facebook adalah seorang mahasiswa yang bermasalah di Harvard University. Hebat lagi,seperti kisah para tokoh pelopor software lain yang bermula dari garaj, Facebook dibangunkan dan ditulis sendiri dari bilik asrama. Kini,Mark Zuckerberg adalah CEO Facebook yang berusia 24tahun!

Namun,kejayaan Mark dan Facebook tidak berlaku dalam sekelip mata. Beberapa tahun diperlukan bagi memecah idea merancang konsep pemasaran. Kini,Facebook menjadi sebuah laman web jaringan sosial yang berjaya mengatasi laman web jaringan sosial yang lain. Unggul sari segi aplikasi dan kemudahan penggunaannya membuatkan orang mengadap depan komputer berjam-jam lamanya.

Facebook sudah menjadi satu fenomena. Laman social networking ini bukan sekadar dikenali di kalangan remaja dan golongan muda, malah semua orang kini sudah mula mendekati Facebook.

Fenomena laman social networking yang menghubungkan seorang induvidu dengan individu lain bukan sesuatu yang baru. Sebelum Facebook, sudah ada laman sosial seperti Friendster, Myspace, Hi5, dan sebagainya. Laman ini berfungsi dengan cara yabg sama, iaitu menghubungkan setiap individu yang tidak mungkin dapat disatukan di dunia nyata ke dunia satu media dengan bantuan capaian internet. Seterusnya,media ini mewujudkan jaringan sosial yang luas dalam satu laman web.

Hingga kini dicatatkan kira-kira 57 juta ahli Facebook yang online pada setiap hari dan bilangannya semakin bertambah setiap hari. Di malaysia pengguna laman web sosial Facebook mencecah 2.7 juta orang dan ke 18 dunia yang paling aktif update status setiap hari. Jadi,gunakanlah laman web Facebook sebaik yang mungkin.selain dapat mengumpul kawan2 lama..dapat juga berkenalan dengan kawan2 baru.

Kepada sahabat2 yang nak tahu lebih detail tentang Facbook boleh la dapat buku tentang Cerita Betul Facebook..Menbongkar Cerita di Sebalik Kemasyuran Facebook.Keluaran PTS.

Sekian,selamat membaca..

Sunday, January 17, 2010

Nyaris excident dengan kereta....

Ceritanya begini..petang semalam saya ada kuliah di APIUM..habis kuliah saya pergi ke kolej 12 jumpa kawan..sampai ke bilik kawan saya (Zahid),ajak dia turun minum kt cafe..alang2 makan malam terus..dah lama xmakan char kuey teow..boleh la tahan juga sedapnya..selesai makan,kami pergi ke surau menunaikan solat magrib berjemaah..selesai solay solat saya pergi ke bilik zahid untuk rehat dan sembang2.dalam pukul 10malam saya bergerak pulang ke rumah di Pandan Indah..nak kata jauh xde la jauh sangat tapi disebabkan jem tu yang terasa jauh sedikit..kebetulan malam semalam ustaz norhisyam dari seremban nak jumpa dengan saya,so saya bergegas pulang dengan menaiki motosikal..dah la saya lupa bawa baju sejuk,redah jela..nak kata sejuk sangat xde la sangat tapi bole la..dalam perjalanan pulang ke rumah,kalo xsilap lepas pada bangunan tabung haji KL,kesesakan lalu lintas..saya bawa motosikal lebih mudah dan cepat berbanding memandu kereta..maklum la duduk di KL xlari dalam kesasakan lalu lintas..tengah menunggang motosikal dengan rasa feel tiba2 bunyi dentuman yang amat kuat depan saya..kereta berlanggar sesama sendiri.kejadian ini depan mata saya..Ya Allah...excident..nasib baik saya mengelak cepat2 kalo x mesti saya melanggar bahagian kereta tersebut..dengan perasaan gementar dan darah gemuruh saya teruskan perjalanan tersebut..saya tidak menoleh kebelakang..Alhamdulillah Allah mempermudahkan perjalanan saya dengan selamat...Syukur padamu Ya Allah..selamat sampai rumah dengan selamat.....

Wednesday, January 13, 2010

Kelas mengaji Ustaz Syafie


Alhamdulillah pada 9.1.2010 ,kelas mengaji kelas Ustaz Syafie diadakan di Masjid Mempaga..kelas mengaji diadakan 2minggu sekali setiap hari sabtu malam ahad..Dah lama saya tak pergi kelas mengaji ust syafie,ye la setiap hujung minggu saya sebuk dengan kuliah di UM..ni pun cuti semester dapatlah pergi kelas mengaji dia..dah lama xjumpa dengan guru mengaji saya ni.cadang hari raya hari pose tahun lepas nak pergi rumah dia tapi banyak program sana sini,tak dapat nak jumpa.Pada malam tu,seramai 14orang datang mengaji dengan ustaz..alhamdulillah ramai,sebelum ni xramai yang datang dalam 4,5orang sahaja..yang datang semua yang berumur..sayang sekali golongan remaja macam saya tak ada yang mahu mengikuti..cukup kecewa..Pada malam tu juga,ada pasar malam..sayangnya ramai pergi ke pasar malam..tapi ada ustaz felda umum pada solat jumaat pasal kelas mengaji ni tapi tu la...kalo bab mengaji ni banyak lari..sekurangnya ada guru mengaji ni boleh la kita baca depan dia,apa kesalahan dia tegur..susah btoi nak ubah sikap pemikiran orang-orang difelda..kalo bab komen no 1..baca xbtoi la,xsedap la..padahal diri sendiri banyak yang xbetoi..huhuhu..kelas mengaji pada malam tu habis pada pukul 9.40pm...memang seronok sekali..
Belajar dengan ust syafie bukan calang-calang orang..dia berupakan Qari Malaysia,kalo xsilap pada tahun 2006..dapat tempat ke 3 Peringkat Antarabangsa..saya mengaji dengan dia dari kecil lagi..saya akui masa saya kecil dulu dia cukup garang dalam bab mengaji ni..kecut perut dibuatnya..dia marah bukan kerana benci tetapi supaya suruh kita jadi pandai..berlajar tahfiz di Temerloh dengan ust syafie juga..ketika itu umur saya 11&12tahun..selama 2tahun saya belajar dengan dia..alhamdulillah biarpun xmenghabiskan 30juz quran tapi banyak juga la saya dah menghafalnya..kelas tahfiz di Temerloh pada hari Sabtu sahaja..Felda sapot pengangkutan pergi dan balik..perasaan gugup bila baca dihadapan ustaz syafie memang ada..maklum la dah lama xbaca depan dia..ramai anak-anak murid ustaz yang belajar tahfiz dulu semuanya berjaya dalam kerjaya masing-masing..ada yang jadi Al-Hafiz,engineer,arkitek,guru dan lain-lain lagi.saya sebagai anak murid ustaz mengucapkan terima kasih banyak-banyak kerana mengajar & mendidik saya tidak jemu..ilmu yang ustaz berikan insyaallah saya gunakan dengan sebaiknya..pengorbanan seorang ustaz tidak akan saya lupa sampai bila-bila..nilah kenangan manis sya belajar mengaji dengan ustaz syafie..