DARIPADA Abdullah, katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang mengambil harta orang Islam dengan sumpah palsu, nescaya orang itu akan menemui Allah sedangkan Allah marah kepadanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Manusia, apapun perbuatannya pasti akan bertemu dengan Allah. Perjalanan menuju Allah, bukanlah perjalanan biasa kerana memerlukan persiapan dan bekalan yang cukup.
Manusia yang baik amalannya akan menemui Allah dalam keadaan cukup selesa dan bahagia.
Sebaliknya, orang yang buruk amalan ketika di dunia bakal menemui Allah dengan perasaan gerun dan takut. Sesungguhnya Allah murka terhadap sesiapa saja yang melakukan dosa dan kejahatan kerana ia adalah perbuatan yang melambangkan penentangan terhadap perintah-Nya.
Justeru, tidakkah kita merasa malu jika di akhirat kelak kita datang menghadap Tuhan tetapi dalam keadaan diri bergelumang dosa dan kehinaan. Maka untuk mengelaknya, jadikanlah hidup kita bermakna di dunia dan bererti di akhirat. Kita harap untuk bertemu Allah di syurga sebagai balasan daripada hidup bermanfaat di dunia.
JKR Pahang: Kerja Pembaikan Jambatan Bailey Di Jalan Kuantan - Segamat
Bermula Awal Minggu Depan
-
*PEKAN*: Kerja-kerja pembaikan jambatan Bailey di Seksyen 102, Laluan
Persekutuan 12 Jalan Kuantan-Segamat yang mengalami kerosakan akan bermula
awal mi...
1 week ago
No comments:
Post a Comment