- Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terang melakukannya kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak dikalangan mereka. Mereka juga akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah ditimpa umat-umat yang lalu.
- Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman dikalangan pemimpin mereka.
- Dan tiada menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan dari mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang (yang juga hidup diatas muka bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah S.W.T.
- Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh iu merampas sebahagian daripada apa yang ada ditangan mereka.
- Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan,maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri.
KETERANGAN
Hadis di atas menerangkan bahawa penyakit Tha'un dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku penzinaan. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum muslimin (seperti hilangnya tanah Palestin dari tangan kaum muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkianati janji-janji mereka terhadap Allah S.W.T. Perang saudara yang berlaku dikalangan kaum muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah S.W.T. dan tidak mahu menjadikan al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.
Lima maksiat dibalas segera
Dalam dunia sebagai dera
Supaya insan insaf dan taqwa
Lalu meminta "Taubat Nasuha"
Dalam dunia sebagai dera
Supaya insan insaf dan taqwa
Lalu meminta "Taubat Nasuha"
No comments:
Post a Comment