Minggu ni kuliah saya di UM tiada,cuti yang ada saya pergi kenduri kawen mak mertua adik saya yang terletak di Taman Maluri KL.Saya bertolak dari Mempaga pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas Mara Liner terus ke KL.Pukul 10pagi saya sampai ke KL,kemudian saya ke rumah adik saya di Pandan Indah dengan menaiki start LRT .sampai ke rumah saya rehat sekejap.Dalam pukul 12tengah hari saya terus ke tempat kenduri tidak jauh dari rumah adik saya. Sampai ke tempat kenduri,saya berjumpa dengan pasangan pengantin baru,segak bergaya pengantin lelaki.kenduri buat di dewan miharja..nak kata ramai xjuga..cuma ajak sedara mara,kawan2 dan jiran tetangga sahaja..alhamdulillah syukur kenduri tadi berjalan dengan lacar,biarpun kenduri sederhana tapi meriah..saya doakan pasangan pengantin baru berbahagia hingga ke akhir hayat..Amin..
Kalo pergi ke kenduri orang kawen mesti ada orang tanya saya,,aii orang muda bila lagi...adusss soalan cepu gangsa diaorang tanya..asyik pergi makan lauk kenduri kawen orang jerr..ermm..nak xnak saya jawab jela,insyaallah ada rezki saya mesti jemput punya..jangan risau..lambat @ cepat.sambil tersenyum..yang penting kita kena usaha dan berdoa kepada Allah swt semoga dapt jodoh yang baik..mudah-mudahan..Amin.
Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pahang Peka Masalah Rakyat
-
*KUALA LUMPUR:* Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Sultan Ahmad Shah mengingatkan semua Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Pa...
1 week ago
No comments:
Post a Comment