Wednesday, January 20, 2010

Penuhi Masa Muda untuk Kebahagiaan Masa Tua

"Jika masa remaja tidak digunakan menurut
selayaknya,pastilah akan meninggalkan kenangan
pahit di masa tua"



ALLAH S.W.T mengaugerahkan peluang secara percuma untuk hambanya. Kita diminta supaya merebut peluang-peluang itu serta memanfaatkan sepenuhnya. Jika seseorang itu cuai atau terlalai daripada merebutnya, pasti mereka akan menaggung kerugian kerana di sebalik peluang percuma itu muncul pula perkara negatif yang akan menimbulkan penyesalan.

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maiman R.A, bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki,dengan sabdanya yang bermaksud;

"Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya tua,masa sihat engkau dilanda sakit,masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa,masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sebuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian."

Peringtan itu diberi oleh Rasulullah S.A.W dengan suatu tawaran berfaedah,supaya tidak mensia-siakan peluang yang diperoleh secara percuma. Ibarat mendapat harta ghanimah,keuntungan tanpa perlu modal,sedangkan orang berniaga mesti mendahului modal.

Justeru,kesempatan yang datang secara percuma itu,dianjurkan leh Rasulullah S.A.W supaya tidak membiarkan berlalu sia-sia kerana sekiranya seseorang itu diberi kesempatan oleh Allah S.W.T hidup dengan umur yang panjang,pasti ia akan menempuh masa muda. Masa muda itu diberi dengan tidak payah diminta.

Masa muda jangan dibiar berlalu tanpa erti,kerana masa muda itu penuh dengan kecergasan fizikal dan mental. Pergerakan jasmani yang kuat untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau amal,dan mental remaja yang segar memberikan ruang yang cukup bagi mencapai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Masa muda itu tidak akan bertahan,kerana usia akan menjangkau dewasa dan akhirnya tibalah masa tua. Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi,dan saat remaja hanya kenangan. Jika masa remaja tidak dugunakan menurut selayaknya,pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua.

Masa tua segala-galanya tidak ada yang indah,kudrat tenaga sudah lemah,selera makan sudah menurun meskipun disajikan makanan yang serba lazat. Sering dilanda sakit kerana keupayaan fizikal untuk melawan fizikal semakin lemah dan keterbatasan telah melindungi dirinya.

Dalam situasi demikian,mungkin seseorang baru menyedari betapa masa muda itu amat berharga. Oleh itu mensia-siakan masa muda yang sangat beerti bagaikan menempah untuk derita menanggung penyesalan. Menyesal kemudian hanyalah suatu kesengsaraan.

Masa muda yang diberi secara percuma oleh Allah S.W.T it,akan ditanya semula pada hari perhintungan kelak kerana usia muda itu bukan sahaja suatu anugerah tetapi juga adalah suatu amanah. Pasti akan ditanya oleh Penganugerahnya,gerangan apakah usia muda itu dipergunakan? Sama ada untuk melakukan ketaatan ataupun sebaliknya.

Segenap masa muda yang dipenuhi dengan perkara yang selayaknya sebagai seorang mukmin,sama ada dibidang ilmu ataupun amal,pasti akan menjadikan masa tua yang penuh dengan kesyukuran. Jika tidak,maka Allah S.W.T telah mengingatkan hambanya dengan firmannya;

"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus."

Surah a-Tin(95:4,5 &6)




No comments:

Post a Comment