Sunday, January 17, 2010

Nyaris excident dengan kereta....

Ceritanya begini..petang semalam saya ada kuliah di APIUM..habis kuliah saya pergi ke kolej 12 jumpa kawan..sampai ke bilik kawan saya (Zahid),ajak dia turun minum kt cafe..alang2 makan malam terus..dah lama xmakan char kuey teow..boleh la tahan juga sedapnya..selesai makan,kami pergi ke surau menunaikan solat magrib berjemaah..selesai solay solat saya pergi ke bilik zahid untuk rehat dan sembang2.dalam pukul 10malam saya bergerak pulang ke rumah di Pandan Indah..nak kata jauh xde la jauh sangat tapi disebabkan jem tu yang terasa jauh sedikit..kebetulan malam semalam ustaz norhisyam dari seremban nak jumpa dengan saya,so saya bergegas pulang dengan menaiki motosikal..dah la saya lupa bawa baju sejuk,redah jela..nak kata sejuk sangat xde la sangat tapi bole la..dalam perjalanan pulang ke rumah,kalo xsilap lepas pada bangunan tabung haji KL,kesesakan lalu lintas..saya bawa motosikal lebih mudah dan cepat berbanding memandu kereta..maklum la duduk di KL xlari dalam kesasakan lalu lintas..tengah menunggang motosikal dengan rasa feel tiba2 bunyi dentuman yang amat kuat depan saya..kereta berlanggar sesama sendiri.kejadian ini depan mata saya..Ya Allah...excident..nasib baik saya mengelak cepat2 kalo x mesti saya melanggar bahagian kereta tersebut..dengan perasaan gementar dan darah gemuruh saya teruskan perjalanan tersebut..saya tidak menoleh kebelakang..Alhamdulillah Allah mempermudahkan perjalanan saya dengan selamat...Syukur padamu Ya Allah..selamat sampai rumah dengan selamat.....

1 comment:

Fairuz said...

hmm... bak kata org, kite kene defensive driving. tak kira la bwk motor ke, kereta ke.. sentiasa kene berjaga-jaga..
ish.. risau lak.. ko ni asyik tgk accident je.. berhati-hati lah di jalan raya

Post a Comment