Thursday, January 21, 2010

Lima Soalan yang Tidak Dijawab oleh Lidah

"Allah S.W.T kurniakan hidup dengan kelahiran
manusia daripada rahim ibu,sebagai satu rahmat
yang mesti disyukuri"

PELUANG yang keempat dan kelima dalam hadis Rasulullah S.A.W. riwayat at-Tirmidzi dan Muslim, lanjutan daripada yang lalu ialah disuruh supaya merebut peluang 'masa lapang sebelum datangnya masa sibuk dan masa hidup sebelum datangnya ajal kematian'.

Kita dapati di kalangan manusia,ada yang menggunakan hujah 'sibuk' sebagai alasan. Apabila mereka gagal menghadiri mesyuarat,atau tidak dapat hadir ke suatu majlis tertentu walaupun sudah menerima jemputan secara rasmi,terkadang jarang datng ke masjid menunaikan solat jemaah,apabila ditanya maka jawapannya mudah saja iaitu 'sibuk'.

Apakah'sibuk' itu alasan yang sebenar?.Ia tidak perlu dibincangkan di sini. Namun persoalan yang ditekankan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis iru adalah mengingatkan kita betapa masa itu sangat bernilai. Masa adalah usia. Manusia telah ditetapkan tempoh usianya sejak azali lagi.

Masa dan usia amatlah terbatas bagi makhluk bernama manusia. Umyr bagi umat selepas Rasul yang terakhir tidaklah panjang,sesuai dengan fizikalnya yang semakin lemah apabila menjelang usia tua. Tidak seperti pohon kayu di hutan,semakin lanjut usianya semakin kukuh urat-urat itu dan semakin mencengkam akarnya,jika tidak ditebang oleh manusia,ia mampu hidup ratusan tahun.

Lantaran itu,masa lapang perlu dihargai. Keterbatasan masa yang dimiliki oleh manusia tidak memungkinkan mereka membiarkan masa berlalu begitu sahaja dengan sia-sia. jika usia seseorang 60tahun,tidak bermakna mereka memiliki masa lapang sejumlah itu juga,kerana 1/3 daripada usia manusia tekahis percuma semasa tidur dan 1/6 pula berlalu semasa kanak-kanak,bakinya hanya 30tahun sahaja.

Hanya separuh sahaja baki usia manusia yang mesti digunakan untuk menyiapkan sebanyak-banyak bekalan,untuk suatu pengembaraan yang jauh, iaitu perjalanan menuju akhirat. Jika seseorang itu sedar bahawa pengembaraan mereka tidak akan surut ke belakang ke kampung halamannya,tentu mereka tahu bahawa masa sangat suntuk bagi menyipakan bekalan,tidak mungkin ada waktu kosong atau waktu tanpa program dalam kehidupan mereka.

Peluang terakhir yang amat penting yang tidak mungkin dicuaikan ialah 'masa hidup sebelum datangnya saat kematian'. Manusia diberi peluang hidup selepas melalui proses kejadian yang amat unik. daripada berjuta-juta benih dalam sperma seorang ayah,mungkin hanya satu yang bersenyawa dengan telur di dalam rahim ibu untuk proses hayat seterusnya.

Allah S.W.T kurniakan hidup dengan kelahiran manusia daripada rahim ibu,sebagai satu rahmat yang mesti disyukuri kerana dia dipilih untuk kejadiannya satu daripada satu daripada berjuta benih itu. Jika Allah S.W.T pilih benih yang lain nescaya bukan dia yang lahir. Jesteru manusia bukan sekadar bersyukur dengan hidup yang dikurniakanbuat dirinya tetapi sewajarnya mengisi kehidupan tersebut.

Mengisi kehidupan itu mestilah dengan program yang mendatangkan manfaat untuk kehidupam di dunia dan yang palinh penting lagi ialah hidup selepas mati sama ada di alam barzakh atau kehidupan di akhirat.

Demikianlah lima kesempatan yang dikurniakan Allah S.W.T kepada hamba-Nya,iaitu muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,masa lapang sebelum datang masa sibuk dan hidup sebelum mati.

Lima perkara itu akan ditanya sebaik sahaja manusia dibangkitkan di hari Mahsyar. Semua soalan tersebut mesti dijawab,sayangnya yang menjawab kelak bukanlah lidah,tetapi pengakuan dari setiap anggota yang bertanggungjawab melakukan segala tindakan,sama ada amalan yang membawa markah dosa atau mendapat ganjaran pahala.

No comments:

Post a Comment