Friday, January 22, 2010

Memanfaatkan Kekayaan dan Kesihatan

"Harta boleh dicapai sebanyak mana dan sedaya yang
mampu dilakukan oleh manusia,tetapi bukan untuk
menjadi Qarun yang mabuk dengan kekayaannya."


PENERANGAN selanjutnya daripada hadis riwayat at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimum.Rasulullah S.A.W mengingatkan agar tidak mensia-siakan 'masa sihat sebelum datangnya waktu sakit'.

Kesihatan adalah antara kurnia Allah S.W.T yang sangat berharga dan suatu nikmat yang wajib dijaga dengan sebaiknya.Sebarang kegiatan yang boleh menjelaskan kesihatan disifatkan sebagai mencampakkan diri ke lembah kebinasaan. Ramai orang yang tidak menghargai kesihatan anugerah daripada Allah S.W.T itu. Justeru kita melihat kalangan yang terlibat dengan benda yang boleh membinasakan diri,misalnya penyalahgunaan dadah,ketagih arak dan rokok. Alangkah malangnya jika antara kebinasaan yang buruk itu mengakibatkan mereka diserang oleh penyakit maut iaitu AIDS.

Hampir seluruh kebahagiaan dan kenikmatan hidup bergantung dengan kesihatan. Makanan yang lazat menjadi sebaliknya apabila demam. Tilam yang empuk memberikan kerehatan semasa tidur,namun apabila seseorang itu sakit tenat,tilam yang empuk telah menyiksanya kerana diia terpaksa terbaring sepanjang masa. Akhirnya tilam itu bagaikan penjara baginya.

Lazimnya manusia akan sedar betapa pentingnya kesihatan setelahdia jatuh sakit. Kesihatan yang terganggu bukan sahaja menyebabkan saya mengecap nikmat turut terganggu,malah ia juga adalah suatu kesengsaraan. Sakit yang tenat akan menghalang pelbagai kegiatan sama ada kegiatan ibadah,ekonomi,sosial dan sebagainya. Wang yang banyak mungkin akan susut untuk membiayai rawatan.

Lantaran itu,masa sihat perlu digunakan sebijuk mungkin bagi melakukan segala yang mendatangkan manfaat untuk diri,keluarga,masyarakat,negara dan agama,sama ada dalam urusan dunia ataupun akhirat kerana semuanya akan mudah dilakukan ketika badan masih sihat.

Seterusnya dalam hadis riwayat at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimum itu, Rasulullah S.A.W menjelaskan betapa perlunya merebut kesempatan ketika 'masa kaya sebelum didatangi kepapaan'.

Kekayaan harta benda tidak kekal. Ia boleh bertambah dan sebaliknya boleh musnah dalam sekelip mata. Jesteru kekayaan adalah anugerah dan amanah daripada Allah S.W.T. Cara mendapatkannya dan juga cara menggunakannya ditentukan peraturannya oleh Allah S.W.T.

Harta boleh dicapai seberapa banyak dan sedaya mana yang mampu dilakukan oleh manusia,tetapi bukan untuk menjadi Qarun yang mabuk dengan kekayaannya, dilaknat dan diazab oleh Allah S.W.T kerana kekayaannya dan bukan untuk menyuburkan sifat bakhil dan tidak bersyukur seperti Tsa'labah.

Kekayaan sebagai amanah Allah S.W.T, beerti setiap rezeki yang diperoleh tidak boleh didakwa sebagai milik yang mutlak. Pada harta itu, anak-anak dan keluarga turut berhak ke atasnya, kaum kerabat dan jiran-jiran yang memerlukan pertolongan, fakir miskin yang mengharap ehsan, agama yang memerlukan pengorbanan ke atas harta yang dimiliki.

Kekayaan adalah alat yang bagi memudahkan mencapai segala urusan dan pelbagai urusan agama yang memerlukan wang ringgit. Orang miskin berjimat cermat mengumpul wang untuk menunaikan fardhu haji, sepatutnya orang kaya bersegera melakukan ibadah haji kerana alat sudah ada.

Jikan orang kaya melambat-lambatkan untuk melaksanakan ibadah haji, beerti ada sesuatu yang tidak kene dalam diri orang kaya itu yang perlu diperbetulkan. Begitu juga jika otang kaya tidak menyegerakan membayar hutang. Dikhuatiri kekayaan itu akan musnah sebelum hutang itu terbayar. Apabila papa kedana. bukan sekadar hutang tidak akan terbayar, malah hidup pun akan menjadi sengsara.

Oleh tiu, jangan abaikan kekayaan itu tanpa dimanfaatkan sepenuhnya, kerana jika alam semesta inipun boleh kiamat, maka tidak mustahil kekayaan juga akan musnah pada bila-bila masa.



No comments:

Post a Comment