Thursday, February 18, 2010

BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Dari Anis bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tidak berlaku (terjadi )hari Qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid.”

H.R. ABU DAUD

KETERANGAN

Diantara tanda hampirnya hari qiamat ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dngan masjid yang mereka bina. Masing-masing Negara berbangga dan berasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja,tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjemaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik tetapi yang datang bersembahyang didalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

Masjid mereka tersergam indah,

Bagai istana yang sangat mewah,

Jadi tumpuan pelancong berkelah,

Tiada malu aurat didedah.


Ketika azan nyaring diseru,

Dari menara tersedu-sedu,

Hanya sedikit datang menuju,

Yang lebih banyak duduk terpaku.

No comments:

Post a Comment