Thursday, February 4, 2010

Hati yang Ikhlas Lebih Hebat daripada Taufan

"Orang yang mampu merahsiakan perbuatan
menderma atau bersedekah itu adalah orang yang
berjaya mengawal keikhlasan hati"

RASULULLAH S.A.W telah bersabda memberitahu tentang kejadian bumi ini, di peringkat awal dataran bumi ini dalam keadaan tidak mantap, tanah-tanih yang bergelombang bagaikan cecair. Lalu Allah menciptakan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi, dengan itu dataran bumi menjadi kukuh dan dapat dihuni oleh manusia dan lain-lain makhluk.

Setelah itu malaikat bertanya kepada Allah, selain dari gunung batu yang pejal, masih adakah bagi yang lebih kukuh dan kuat dari batu-batu pejal?Allah membertitahu malaikat, bahawa selain dari batu ada makhluk lain yang lebih kuat,iaitu besi.

Besi mempunyai sifat yang sangat keras mengatasi kekerasan batu, kerana itu manusia mencipta berbagai jentera besar daripada besi yang mampu meruntuh gunung-gunung batu dan dihancur lumat.

Malaikat bertanya lagi kepada Allah, apakah makhluk yang lebih kuat daripada besi? Allah memberitahu malaikat bahawa api lebih mempunyai kekuatan untuk mengatasi besi. Dengan kepanasan yang tinggi besi dapat dicairkan.

Kemudian malaikat bertanya pula kepada Allah, apakah makhluk yang lebih kuat dan gagah boleh kehebatan api? Maka Alllah memberitahu bahawa air lebih berupaya mengatasai api,terbukti air mampu memadamkan api.

Malaikat terus bertanya kepada Allah, apakah makhluk lain yang boleh mengatasi kehebatan air? Lalu Allah memberitahu malaikat-Nya, sesungguhnya angin adalah makhluk Allah yang lebih kuat daripda air. Sebab itu apabila Allah jadikan sekumpulan angin yang kuat bernama taufan, ia boleh menggelorakan lautan sehingga air laut melimpah membanjiri daratan, melanda dan memusnahkan segala apa yang ada di permukaan bumi.

Malaikat masih tidak jemu dan ingin tahu masih adakah makhluk Tuhan yang lebih kuat dari segala kejadian itu, Allah memberitahu malaikat bahawa masih ada makhluk yang lebih hebta daripada semua makhluk yang disebut di atas. Dia ialah seorang yang bersedekah secara senyap, sehingga apabila tangan kanannya menghulur , tangan kirinya tidak mengetahui.

Maksdunya ialah orang yang bersedekah denga penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata, dia merahsiakan daripada pengetahuan orang lain. Kekuatan menahan dari terbocor kepada pengetahuan orang,dianggap sebagai lebih kukuh dari batu dan besi.

Orang yang bersedekah secara rahsia ialah orang yang tidak suka kepada publisiti murahan sepeti yang sering berlaku kepada masyarakat kini, apabila mereka menderma suka menunjuk-nunjuk. Mereka cipta replika cek berukuran besar untuk dipamerkan dikhalayak ramai, sama ada melalui siaran akhbar atau TV tujuannya tidak lain hendak berbangga dan riak.

Allah menjelaskan bahawa seseorang yang mampu mengawal dirinya daripada sifat riak dan mununjuk-nunjuk ketika menderma dan bersedekah, adalah makhluk Allah yang kuat mengekang dorongan nafsu dari sifat-sifat mazmumah yang boleh merosakkan amalan itu.

Orang yang mampu merahsiakan perbuatan menderma atau bersedekah itu adalah orang yang berjaya mengawal keikhlasan hati daripada godaan iblis, kerana iblis adalah makhluk Tuhan yang sentiasa berusaha menjerumuskan manusia dengan merosakkan amalan mereka, agar iblis tidak keseorangan di dalam neraka kelak


No comments:

Post a Comment