Tuesday, February 9, 2010

Islam Menganjurkan Penerokaan Tanah Terbiar

"Petani atau peladang harus tahu menilai antara
keinginan mendapatkan pahala"

PENEROKAAN terhadap sesuatu kawasan tanah itu disebut dalam bahasa kitab sebagai menghidupkan tanah yang mati,usaha tersebut diberi ganjaran oleh Allah S.W.T. Justeru dengan mengusahakan tanah yang mati itu beerti ia menambahkan bagi peluang mendapatkan rezki,apabila pokok-pokok yang ditanam itu mengeluarkan hasil,beerti ia bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada peneroka yang berusaha jerih,tetapi juga kepada makhluk yang lain.

Setiap hasil tanaman sama ada buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan oleh makhluk lain seperti binatang dan sebagainya,beerti Allah S.W.T menjadikannya sebagai sumber pahala kepada petani yang mengusahakannya,dengan syarat bahawa ia reda serta tidak menyumpah seranah terhadap haiwan yang memakan buah-buahan atau tanaman tersebut. Apakah salahnya haiwa berkongsi rezeki dengan memakan buah-buahan atau tanaman yang lain,ia sesuai dengan maksud hadis Rasulullah yang menyatakan;

"Bahawa setiap buah-buahan atau tanaman yang dimakan oleh
haiwan itu akan diberikan oleh Allah S.W.T ganjarannya."


Di sini timbul suatu pertanyaan,apakah seseorang peladang atau petani mesti membiarkan sahaja tanaman atau buah-buahan dimakan oleh binatang sehingga menimbulkan kerosakan kepada hasil yang akan dikutip,ataupun wajarkah dibunuh sahaja binatang perosak itu.

Seseorang petani atau peladang harus tahu menilai antara keinginan mendapatkan pahala,meredakan haiwan memakan hasil tanaman,dengan mengambil kira kerosakan yang ditimpakan oleh haiwan-haiwan itu. Sekiranya sekadar memakan buah atau sayur-sayuran tanpa merosakkannya pohon-pohon yang ditanam,tentulah ia tidak menggugat punca rezeki dan tidak menyakitkan hati kecil pemilik tanaman itu untuk meredakan hasil tanaman yang dimakan binatang itu.

Tetapi sekiranya haiwan yang telah mrosakkan tanaman dengan teruknya.wajarkah petani itu memikirkan untuk melindungi tanaman mereka daripada dimusnahkan oleh binatang. Terserahlah cara mana hendak melindunginya,sama ada dengan membunuh binatang pemusnah itu atau mungkin dengan mengadakan pagar dan sebagainya.

Jesteru dengan membunuh binatang yang memusnahkan tanaman atau buah-buahan itu juga boleh mendatangkan pahala,kerana apabila buah-buahan atau tanaman itu selamat,maka seseorang itu masih boleh mendapat pahala sesiapa jua. Malah hasil jualan itu boleh digunakan untuk menderma dan berbuat kebajikan.

Yang penting dalam pengajaran hadis baginda itu ialah anjran agar berusaha meneroka tanah yang terbiar atau juga disebut yang menghidupkan tanah yang mati,kerana manfaatnya sangat jelas,ia menjadi sumber rezeki.

Malah sesetengah haiwan seperti ulat atau serangga yang makan tanaman sesetengahnya memberikan kebaikan kepada manusia,contohnya daun sayuran yang dimakan oleh ulat adalah memberi isyarat kepada manusia bahawa daun tersebut tidak mengandungi racun,oleh yang demikian ia selamat untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment