Saturday, February 6, 2010

Kikir Sifat Manusia yang Tidak Bersyukur

"Sifat kecintaan yang keterlaluan terhadap harta
benda dunia menyebabkan mereka terlalu kikir"

SESUNGGUHNYA harta kekayaan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T adalah suatu nikmat yang terkandung dalam ujian,mampukah manusia menerima ujian kesenangan dan kekayaan dunia. Ada manusia yang sabar menerima kesusahan dan kepayahan hidup,tidak kurang juga yang gagal apabila diuji dengan kesenangan.

Orang yang bersifat bakhil dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka,adalah antara mereka yang kecundang. Sifat kecintaan yang keterlalauan terhadap harta benda dunia menyebabkan mereka terlalu kikir,atau genggam tidak tiris.

Kekayaan adakalanya tidak memberi erti apa-apa terhadap pemiliknya,terutama ketika mereka ditimpa penyakit kronik. Selera makannya tiada walaupun dia mampu mengadakan makanan yang beraneka jenis dan serba enak. Tambah malang lagi apabila doktor mengenangkan pelbagai pantang larang,akhirnya walaupun lauk-lauk yang lazat-lazat terhidang di hadapannya,namun ia hanya menjadi penonton sahaja,kerana hampir kesemua yang lazat itu adalah pantang buat dirinya.

Andaikata orang itu sembuh daripada sakit yang dihadapi,sedangkan sakitnya itu menyebabkan ia telah kehilangan berbagai-bagai nikmat hidup itu,maka sewajarnya ia bersyukur atas kurnia Allah itu. Adalah aneh itu harta yang hampir-hampir tidak dapat menyenangkan dan membahagiakan dirinya ketika ia sakit dulu,tiba-tiba ia tetap kikir dan terlalu liat menghulur bantuan setelah ia sihat.

Pernah diceritakan oleh Rasulullah S.A.W tentang tiga orangyang menghidap penyakit sopak,rambut gugur dan buta mata. Setelah seorang tabib datang mengubat ketiga-tiga lelaki yang sakit itu,maka sembuhlah sakitnya.

Beberapa waktu kemudian orang yang telah sembuh daripada sakit sopak itu didatangi seorang sedekah yang sakit sopak,sayangnya peminta sedekah yang sakit itu tidak mendapat sedekah walaupun satu dirham.

Selang beberapa ketika,lelaki yang telah sembuh daripada sakit gugur rambut itu didatangi pula oleh peminta sedekah yang juga sakit gugur rambut,namun nasib peminta sedekah ini sama juga seperti peminta sedekah yang berkunjung ke rumah bekas pesakit sopak.

Sementara itu,lelaki yang telah dapat melihat semula setelah diubati seorang tabib didatangi oleh seorang buta peminta sedekah.nasib si buta peminta sedekah agak baik kerena lelaki yang dapat melihat setelah buta sekian lama tetap bersyukur dengan kurnia Allah. Apatah lagi dengan kedua-dua matanya dapat melihat alam,menyebabkan dia lebih mudah mencari rezeki.

Tetapi tiba-tiba lelaki buta peminta sedekah itu tidak lagi memerlukan wang atau harta sedekah yang dimintanya tadi, dia menyatakan bahawa sebenarnya dia tidak memerlukan harta dan wang ringgit dalam kehidupannya,kerana dia seorang malaikat yang datang untuk kali keduanya menjadi sebagai manusia. Kali pertama dia menyamar sebagai tabib yang mengubati ketiga-tiga pesakit iaitu pesakit sopak,rambut gugur dan juga buta.

Menurut malaikat itu dia datang menemui ketiga manusia itu kerana hendak menguji apakah tergolong orang uang bersyukur setelah sekian lama menghidap penyakit,lalu dia tahu hanya seorang sahaja yang mensyukuri nikmat Allah. Lantaran itu ia tidak keberatan bersedekah kerana dia tahu fadhilat sedekah,lebih-lebih lagi apabila dia mengingati betapa sulitnya hidup sebagai seorang buta,apabila Allah S.W.T sembuhkan butanya,maka amat besarlah syukurnya kepada Allah yang Maha Pengasih itu.

No comments:

Post a Comment