Wednesday, February 24, 2010

RASUAH BERLELUASA

Daripada Muadz bin Jabal r.a berkata,aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fikir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya,"

H.R AT TABRANI & ABU NUAIM

KETERANGAN

Di akhir zaman rasuah akan menjadi-jadi dalam masyarakat. Wang mempunyai kuasa untuk membeli pangkat dan kedudukan dan wang juga diperlukan untuk mendapat kemudahan daripada pihak yang berpangkat dan berkuasa. Wang telah menjadi tuhan yang disembah oleh setiap orang yang tamak dan rakus. Dalam keadaan yang sebegini rupa orang sudah tidak mempedulikan sesiapa. Maka musnahlah akhlak dan runtuhlah segala budi dan wujud hanyalah kezaliman dan penindasan dari setiap lapisan terhadap lapisan yang memerlukannya.

Bila harta jadi idaman,
wang dianggap sebagai Tuhan,
hilanglah malu dan rasa segan,
meminta rasuah jadu amalan.

Ketika itu runtuhlah akhlak,
usah tanyakan rakus dan tamak,
cantas-mencantas,salak-menyalak,
bagaikan anjing didalam semak.

No comments:

Post a Comment