Sunday, February 7, 2010

Hari Pertama Kuliah Bermula

Syukur Alahmdulillah,hari ini masuk semester baru dan kuliah pertama di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Semangat baru dan azam semperna Tahun 2010. Pagi tadi kuliah bermula pada pukul 10.30,tengok jadual asal kuliah pertama buat di BS1,disebabkan masalah teknikal kene tukar ke BS21.Lepas tu pulak,kawan datang,kene tukar lagi kelas ke DK1.Aduss penat la asyik main tukar-tukar ni,dah la berjalan dari Blok A ke Blok C,lepas tu pulak patah balik semula ke Blok A,ermm..sabar jela..

Hari ni kuliah pertama bergabung dengan pelajar syariah sebab diaorang pun belajar subjek yang sama iaitu Pengajian Teks Al-Hadith. Memang seronok dapat jumpa kawan-kawan baru. Hari pertama pelajar usuluddin lagi ramai dari pelajar syariah..mungkin pelajar syariah yang lain ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Subjek Pengajian Teks Al-Hadith di ajar oleh Ustaz Khairulnizam,dapat pulak ustaz yang best dan sporting. Hari pertama kuliah ustaz dah bagi assignment. Tugasan pertama kene hafal 3 Hadith,tapi ini untuk yang tak nak buat tugasan,yang ke dua ustaz bagi assignment dan bagi tajuk. Pilih mana-mana tajuk yang kita suka. Saya tengah fikir mana yang berkenan tajuk nak buat assignment,ustaz bagi buat berkumpulan. Cadang nak buat sendirian jer lagi senang. Apa-apa pun kene pilih tajuk dulu. Bila dah bergabung dengan pelajar syariah dengan usuluddin,pelajar makin ramai.

Hari ini dua subjek belajar iaitu Pengajian Teks Al-Hadith dan PengajianTeks Al-Quran. Petang pula subjek Pengajian Teks Al-Quran di sampaikan oleh Prof.Madya.Dr.Abdul Rashid B.Ahmad. Semester lepas dia ajar saya Tafsir Maudu'i. Biarpun dia kurang sihat namun semangat untuk mengajar masih kental. Tadi bantu dia pasang notebook dan sahabat-sahabat lain bantu ustaz naik ke atas pentas. Insyaallah kuliah dia akan datang akan buat di BS1,lagi pun dekat dengan office dia,tak payah naik keatas. Dah masuk semester baru ni,saya mesti belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan lagi baik dari semester sebelumnya. Mudah-mudahan..Amin Ya Robbal Aalamin..

No comments:

Post a Comment