Wednesday, February 3, 2010

Orang Bakhil Golongan yang Rugi

BERDASARKAN keupyaan manusia menggunakan akal dan ilmu pengetahuannya,mampu menjadikan dirinya kaya-raya,maka Rasullullah S.A.W merasa optimis tentang masa depan umatnya. Tetapi apa yang dibimbangkan ialah pengaruh kekayaan itu terhadap diri manusia.

Ramai orang mampu menghadapi kemelesetan hidup tetapi tidak kurang juga tergoda dengan kesenangan dan kemewahan hidup,sehingga menjermuskan kepada kufur nikmat. Malah tidak kurang juga yang menjadi hamba dunia,asyik menghimpunkan harta kekayaan tanpa menginfaqkan kepada perkara yang menuju akhirat.

Sewktu mereka menghimpun harta dengan penuh kecintaan sehingga dia lupa bahawa kekayaan yang ada itu tidak membebaskan dirinya daripada kemiskinan,iaitu kemiskinan amal kebajikan yang sepatutnya dapat dilakukan dengan harta yang banyak itu.

Sewaktu mereka menghimpun harta dengan penuh kecintaan sehingga dia lupa bahawa kekayaan yang ada itu tidak membebaskan dirinya daripada kemiskinan,iaitu kemiskinan amal kebajkan yang sepatutnya dapat dilakukan dengan harta yang banyak itu.

Banyak contoh tentang manusia dahulu yang tidak tahu mensyukuri nikmat Allah. Para penghimpun harta seperti Qarun dan Tha'labah yang akhirnya mati dalam laknat Allah,bersusah payah mereka menghimpu harta,sedangkan harta itu tidak dapat menyelamatkannya daripada bahaya api neraka.

Dua tokoh itu adalah contoh manusia yang hatinya terlalu cinta dunia,serta bahkil untuk berbuat kebajikan dengan harta yang dimiliki. Golongan bakhil ini akhirnya semakin jauh daripada rahmat Allah.

Seorang sahabat bernama Abu Zar al-Ghiffari meriwayatkan bahawa suatu hari Rasulullah S.A.W melihat Abu Zar masuk ke dalam masjid,tiba-tiba baginda bersabda,

"Sesungguhnya amat rugilah orang itu." Perkataan itu diulang-ulang beberapa kali. Lalu Abu Zar pun bertanya,'Siapakah orang yang rugi itu?' Lalu Rasulullah S.A.W menyatakan,"Orang yang rugi itu ialah orang bersusah-payah menghimpunkan harta tetapi ia tidak membelanjakannya pada jalan Allah. Mereka rugi kerana walaupun dia banyak harta tetapi miskin dengan amal kebajikan."

Apakah ertinya harta yang terkumpul itu,sedangkan apabila orang yang kaya itu mati maka hartanya akan dimiliki oleh waris-warisnya,dia dimasukkan ke dalam kubur dalam keadaan miskin,kerana hartnya yang banyak tidak pernah diinfaqkan dan tidak pernah bersedekah atau menderma. Kalau adapun hanyalah untuk siaran akhbar atau tv bagi mendapatkan publisiti.

Sedangkan roh seseorang yang berada di alam barzakh juga mempunyai keperluan yang dapat dipenuhi dengan pahala ganjaran dari segala amal dan juga derma atau sedekah jariah. Tetapi sayangnya dia seorang yang bakhil, maka sikapnya itu membuat dia miskin walaupun semasa dia mati meninggalkan wang berjuta.

Harta yang banyak itu tidak berfaedah buat dirinya sekiranya semasa hayatnya dahulu dia tidak menyediakan bekalan dengan mengirimkan terlebih dahulu melalui kemurahan hatinya menolong orang yang memerlukan,membantu fakir miskin dan menyerahkan hartanya itu untuk tujuan menegakkan agama Allah.

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan dua malaikat yang tugasnya setiap hari berdoa untuk orang pemurah dan orang yang bakhil,seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W.Malaikat itu memohon kepada Allah dengan doanya yang bermaksud;

"Ya Allah,aku bermohon kepada-Mu agar Engkau gantikan harta orang yang telah bersedekah semata-mata kerana-Mu.Ya Allah binasakanlah jalan-jalan mereka yang bakhil akan hartanya."

Oleh yang demikan kita dapati kehidupan orang yang suka menderma atau membelanjakan hartanya kepada jalan Allah tidak menjadikan mereka papa kedana,malah merasa bahagia dengan sikap pemurahnya itu. Sebaliknya orang yang bakhil itu walaupun dia kaya,tetapi hatinya tidak merasa puas,sikap tamaknya itu menjadikan dirinya seperti orang yang makan tetapi tidak pernah kenyang.

No comments:

Post a Comment