Friday, February 12, 2010

TAQWA & PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Daripada Abi Najih'irbadh bin Ariyah r.a berkata:"Telah menasihati kami moleh Rasulullah S.A.W. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan airmata kami ketika mendengarnya,lalu kami berkata; Ya Rasulullah!Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda:"Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pemimpin ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R ABU DAUD DAN TARMIZI

KETERANGAN

Hadis di atas mengandungi pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah S.A.W.

1. Hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan mengerjakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya.
2. Mentaati pemerintah dan penguasa walaupun mereka adalah daripada golongan hamba asalkan mereka berpegang dengan al-Quran,sunah Nabi S.A.W dan sunah-sunah khulafa Ar Rasyidin.
3. Berpegang reguh kepada sunah Nabi S.A.W. dan sunah para khulafa Ar Rasyidi Al Mahyidin (Abu Baker,Omar,Osman dan Ali r.a) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T iaitu berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunah wal jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
4. Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah,iaitu apa jua fahaman dan amalan yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Jadikan taqwa sebagai jalan,
dalam hidup sepanjang zaman,
taat dan patuh pada pemimpin,
selama al-Quran jadi pegangan,

Sunnah Nabi dipegang teguh,
sunah khulafa diikut penuh,
mesti waspada ajaran musuh,
bid'ah dholalah wajib dijauh.

No comments:

Post a Comment