H.R. ABU DAUD & IBNU MAJAH
KETERANGAN
Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya percaya kepada al-Quran sahaja. Baginya,Hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan agama Islam. Pada realitinya seseorang itu tidak akan memahami al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi S.A.W.
Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak-kehendak ayat-ayat serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. Oleh kerana itu,syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja,tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi S.A.W.
Al-Quran itu kalam Ilahi,
pedoman hidup kekal abadi,
hadis junjungan jangan dinafi,
tempat kedua pedoman suci.
Ulama salaf jadi ikutan,
banyak mengarang berbagai 'Sunah'
jadikan ia sebagai pegangan,
janganlah ia kita abaikan.
pedoman hidup kekal abadi,
hadis junjungan jangan dinafi,
tempat kedua pedoman suci.
Ulama salaf jadi ikutan,
banyak mengarang berbagai 'Sunah'
jadikan ia sebagai pegangan,
janganlah ia kita abaikan.
No comments:
Post a Comment